Wednesday, January 30, 2008

Menurut Ust. Fathi Yakan dalam bukunya Apa Ertinya Saya Menganut Islam, lewat bab Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah (rujuk perkara bil. 6) menyatakan bahawa "Saya haruslah menentukan masa-masa tertentu untuk membaca dan mengamat-amati al-Quran, terutama di waktu fajar, kerana firman Allah dalam Surah Al-Isra' : ayat 78 yang bermaksud, "Sesungguhnya bacaan di waktu fajar itu disaksikan oleh para malaikat."


Dari Nabi (saw) bersabda;"Sesungguhnya hati ini berkarat dan yang menghilangkan karatnya itu adalah membaca Al-Quran, ingat mati dan menghadiri majlis zikir"Hati ini memang berkarat jika pemiliknya tidak memperbaiki dengan apa yang disebutkan Nabi (saw). Jika hati itu, hitam pekat maka hati itu sudah menjauh dari cahaya( nur )hati menjadi hitam kerana terlalu cinta kepada dunia; cinta kepada harta, cinta kepada pangkat dan kedudukan, cinta kepada nafsu berlawanan pasangan dan sebagainya. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari cinta dunia.Orang yang ditempati cinta kepada dunia, maka hilanglah waraknya lalu ia menghimpun dari yang halal kepada yang haram, hilang pertimbangan membezakan yang halal dan haram, hilang malu kepada Tuhannya dan pengawasannya.Sesungguhnya hati apabila jauh dari nasihat maka menjadi buta. Hakikatnya taubat adalah mengagungkan dan membesarkan Allah dan seluruh jiwa raga hamba hanya untuk orang yang menjadikan Allah. Setiap orang yang tidak membesarkan urusan Allah dan tidak sayang kepada makhluk Allah maka dia jauh dari Allah.Wassalam. Mudah-mudahan ada manfaatnya dan sebarkan.

No comments: