Friday, June 27, 2008

Sidang Dewan Kedai Kopi

Salam untuk semua,
26. 06.2008 bermulalah palu berbunyi berkaitan isu Pedatang Tanpa Izin di Sabah. Mengapa isu PATI di Sabah dibincangkan. Anda kan ahli politik berwibawa. Tidak lain disebabkan wakl rakyat parlimen Sabah bersungguh-sungguh isu ini dapat diselesaikan. Susah juga Rembana Ubi nak cakap berkaitan isu PATI di Sabah disebabkan masalahnya sangat kronik. Bagaimana dengan anak-anak mereka, masalah warga tidak berwarganegara, isuberkaitan suaka politik, dan tentunya mengeruhkan hubungan dengan negara jiran, Indonesida dan Filifina.
Walau apapun, usaha mengatasinya perlu dilakukan tetapi jangan pula isu-isu kebajikan mereka diabaikan atau hak-hak kemanusiaan mereka digadaikan. Inilah satu masalah yang prlu dikaji tetapi pada hakikatnya rakyat Sabah sudah muak dengan masalah ini. Kita di semenanjung juga harus belajar mengapa fenomenan ini berlaku. Tidak mustahil, masalah yang sama juga akan berlaku. Apa yang penting, tindakan membenteras masalah PATI perlu dilaksanakan secara berterusan. Lihat Brunai, Singapura, dan Thailand tidak menghadapi masalah PATi sebab tindakan mereka tegas, berterusan dan undang-undang mereka dilaksanakan.
Bertindakalah sekarang. Rembana sudah dipalu. Apa lagi....

Tuesday, June 24, 2008

Minyak - Semua Jadi Kalut

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nampaknya berikutan kenaikan harga minyak mempunyai kesan yang amat membebankan kepada rakyat bawahan. Maka, bercakaplah para hulubalang dan beteorilah segala pak dalang bagaimana usaha untuk mengurangkan beban tersebut.
Kakitangan awam juga tidak terkecuali. Maka datanglah idea gaji dua kali sebulan yang idea ini sememangnya tidak diterima oleh para pemakan gaji. Maka malunya siapa? Timbul lagi idea kaki tangan awam boleh berniaga untuk meningkatkan pendapatan mereka. Satu pertanyaan, apakah usaha yang dilakukan untuk meningkatkan pendapaan nelayan, petani dan golongan bawahan lagi. Kalaulah golongan pemakan gaji dah rasa tersiksa, bagaimana pula yang langsung gaji atau pendapatan mereka yang tidak tetap. Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk golongan ini? Ternyata daya beli mereka amatmerosot sekali.
Sebetulnya kita masih mengharapkan sumber tenaga fosil ini sedangkan usaha yang bersungguh-sungguh untu mencari sumber tenaga alternatif kurang kita lakukan. Disekelilng kita masih banyak sumber yang boleh kita jana contohnya tenaga suria, tenaga angin, tenaga ombak, tenaga air pasang dan surut, tenaga hidroelektrik, tenaga atom, pokok jarak, tenaga gas dan lain-lain lagi. Mengapa tidak sejumlah wang negara digunakan untuk usaha ini. Inilah cara penyelesaian yang terbaik. Kerajaan kita juga seharusnya membenarkan kereta buatan India yang menggunakan kuasa angin untuk berlegar di jalanraya Malaysia. Ternyata teknologi kita masih mentah berbanding dengan mereka.
Bagi rakyat biasa pula sudah sampai masanya kita beralih menggunakan basikal untuk perjalanan jarak dekat, motosikal, memasak dengan menggunakan kayu, kayu arang atau minyak gas (kalau harganya murah). Nampaknya apa yang diusahakan oleh nenek moyang kita dahulu masih lagi kita boleh gunakan kalau bersesuaian.
Akhir kata, berhati-hati dengan penggunaan minyak dan semoga kita menjadi pengguna yang bijak.