Friday, July 30, 2010

AIR BERA

Air Bera nampaknya tidak sama dengan air di tempat lain. Air Bera sangat mahal harganya. Lihat sahaja di Felda Mayam dan Felda Purun, peneroka di sini sudah mampu mempunyai generasi ketiga tetapi tahap operasi air sama seperti zaman "dahurarat". Anehnya, semenjak TV3 bersama Aduan Rakyat datang berkampung di Bera, masalah ini dapat diselesaikan keesokkan hari.

Ini bermakna, masalah yang dianggap besar oleh kami di sini rupanya tidaklah sukar sangat untuk diselesaikan. Wahai pejabat air, jangan biarkan tangki air kami kering. Kami bayar harga air tapi kami tak dapat perkhidmatan. Seingat kami, negara komunis pun tidak seperti ini.

Wahai orang besar, datanglah jenguk kami dan lihatlah penderitaan kami di sini. Kami di sini, tidak perlu bangunan setinggi langit tapi cukuplah kemudahan asas untuk kami disediakan sebaik yang mungkin.