Sunday, June 28, 2009

PERGINYA MIKHAIL MENEMUI TUHAN

Mikhail engkau mengembara lagi

Mencari alam abadi untukmu

Keagongan dunia sudah kau cipta

Namamu jadi sebutan seantero dunia

Media komunikasi mengangkatmu di puncak jaya

Timur dan Barat nyanyianmu jadi siulan

Anak kecil hingga bergelar kakek turut terhibur

Kekayaan menjulang melimpah ruah

Gadis cantik sekeliling pinggang

Petik jari tunduk menyerah

Pangkat kedudukan menjulang tinggi

Apapu kau dapat habuan dunia

Perut bumi jua tempat bersemadi

Kain putih jua pembalut tubuh

Maka,

Aku yang bernama insan

Merenung jauh ke lubuk mata hati

Sebentar lagi aku juga bersamamu

Juga ratusan jutaan peminatmu juga ke hujung sana

Menemui panggilan Rabb, Maha Kuasa Pencipta Manusia

Pangkat yang ada bukan untuk dipuja

Harta yang ada bukan untuk sengketa

Ilmu yang ada bukan untuk alpa

Usahlah bongkak dan sombong berpanjang arus

Hari mendatang tahulah kamu siapa kalian

Selaut gelaran dicipta; takutlah Allah

Segunung kekayaan; masih ada yang meminta

Pangkat dicipta; bongkak dan sombong bukan penghias diri

Nikmat dunia seluas lautan sudah diraih

Akhirnya, Allah jua yang kau cari

Dan aku adalah sebaris saudara seislammu

Kuhantarkan alfatihah ke liang kuburmu

Moga selamatlah engkau seksa kubur

Moga mudahlah timbanganmu di Mahsyar nanti

Moga luaslah jalan menuju ke syurga Allah

Di situlah tempat; kau akan temui damai abadi

Itulah yang dipinta ; itulah yang dipohon.

Sarji

Bandar Bera

29/06/2009

Wednesday, June 10, 2009

ZIKIR


Ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (QS; Al-Baqarah, 152)

Zikir adalah syurga Allah di bumiNya
Masuklah kalian ke alam zikir
Basahkan mulutmu dengan zikir hati
Tempatmu adalah di syurga Allah
Pintu Rahmat Ilahi pasti kau raih

Berzikirlah
- Itulah penyelamat jiwa
Penghapus kerisauan
Penghapus kekesalan
Penghapus kegoncangan
Penghapus kesempitan
Membuka pintu keimanan
Penutup pintu kejahatan yang bersarang

- Ketakutan, kegalauan, kecemasan, kesedihan
Segunung resah mencengkam pasti kan runtuh
Selaut kekesalan pasti kan surut
Pintu taubat pasti kan bertaut
Gemparlah segala syaitan melihat
Umat Muhammad tiada bisa ditakluk
Berkat zikir, pintu rahmat kian mendekat
Tenanglah hati dibungkus dengan irama zikir
ucapkan di hatimu, ucapkan di bibirmu dan
Ikutlah kata hati dan ucapmu
Bersama amalmu
Itulah pintu zikir pembawa ke syurga Ilahi

Itulah berkat zikir
Itulah berkat pertolongan dariNya
Kebahagiaan akan dicapai
Ketenteraman jiwa kan diraih
Ketenangan kan dicapai
Cahaya kan dikecapi
Cahaya gembira akan sirna
Kegembiraan terus berkekalan
Itulah matlamat seorang insan
Keredhaan Ilahi moga melimpah
Itulah yang dipinta
Itulah yang dipohon
Selamatlah insan dipayungi pintu zikir
Bertuahlah insan
Zikir adalah sahabat setia
Bahtera setia ke pintu kubur

10 Jun 2009
Bandar Bera

Sunday, June 7, 2009











‘Ain – Pengalaman dalam rawatan




QS Yusuf: 67 – 68

وَقَالَ يَـٰبَنِىَّ لَا تَدۡخُلُواْ مِنۢ بَابٍ۬ وَٲحِدٍ۬ وَٱدۡخُلُواْ مِنۡ أَبۡوَٲبٍ۬ مُّتَفَرِّقَةٍ۬‌ۖ وَمَآ أُغۡنِى عَنكُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ‌ۖ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ‌ۖ وَعَلَيۡهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُتَوَڪِّلُونَ (٦٧) وَلَمَّا دَخَلُواْ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَهُمۡ أَبُوهُم مَّا ڪَانَ يُغۡنِى عَنۡهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ إِلَّا حَاجَةً۬ فِى نَفۡسِ يَعۡقُوبَ قَضَٮٰهَا‌ۚ وَإِنَّهُ ۥ لَذُو عِلۡمٍ۬ لِّمَا عَلَّمۡنَـٰهُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ (٦٨)

Yusuf

Dan dia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (67) Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya dia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).

Qs Al-Qalam: 51

وَإِن يَكَادُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَيُزۡلِقُونَكَ بِأَبۡصَـٰرِهِمۡ لَمَّا سَمِعُواْ ٱلذِّكۡرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ ۥ لَمَجۡنُونٌ۬

Al-Qalam

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila. (51)

Hadis Rasululah

Dari Abu Hurairah radliyallaahu anhu ia berkata; Telah bersabda Rasululah SAW: Al-‘Ain adalah haq (benar)” (HR. Bukhari n. 5408 dan Muslim no. 2187)

Ayat al-Quran dan petikan dari hadis Nabi Muhammmad SAW tersebut telah mengesahkan bahawa ‘Ain merupakan satu penyakit yang berpunca dari pandangan mata yang bersifat kedengkian sehingga boleh menimbulkan penyakit kepada anak Adam. Sorotan mata yang bersifat kedengkian itu tadi boleh menyebabkan memancarkan kekuatan sihir dengan izin dan ketentuan Allah.

Ramai antara kita yang melihat seseorang mendapat anugerah daripada Allah SWT, misalnya kekayaan, ilmu pengetahuan, dan zuriat kemudian kita merasa dengki dengan nikmat tersebut diterima oleh saudara kita. Dan pada masa itu, terbitlah ‘Ain sekiranya kita tidak membentanginya dengan bacaan “Ma Syaalah Tabaaraka Wataala” pada saat itu. Atau mana-mana bacaan untuk melindungi saudara kita dari gangguan sihir yang disebabkan oleh pandangan mata kita itu. Hari ini, memandangkan kita sudah mendapat ilmu,marilah kita bersama-sama mengucapkan ucapan tersebut semoga saudara kita tidak terkena pandangan ‘Ain itu sehingga boleh mengakibatkan kejadian yang buruk. “Ma Syaalah Tabaaraka Wataala”

Kali ini saya akan menceritakan pengalaman yang berkaitan dengan ‘Ain. Saya telah melakukan teknik TKR bersama sahabat saya. Sewaktu teknik TKR itu, semasa untuk mengesan OKS, Allah swt telah menunjukkan jiran-jiran dan sahabat-sahabat saya yang saya kenali semasa proses TKR brlangsung. Di sini timbul pertanyaan, setiap kali saya melakukan TKR mengapa wajah orang itu muncul di kepala saya. Atas tujuan, untuk menjaga maruah sauadara saya, saya tidak menceritakan kejadian ini kepada perawat saya. Lagipun, yang membimbangkan saya kemungkinan ini adalah imaginasi saya atau ini adalah sebahagian permainan syaitan untuk menimbulkan gelombang fitnah yang membuak-buak sesama kita.

Pun begitu, persoalan ini tetap menjadi tanda tanya kepada saya. Saya terus membaca bahan-bahan yang berkaitan perubatan ruqiyah Saya sangat tertarik dengan satu ulasan dari buku yang berjudul “Sihat Jiwa Raga Cara Islam (Seni Berjampi); Abdullah bin Abdul Aziz bin Abdullah. Antara petikannya seperti berikut;

“Dendam, dengki, iri hati makin bercambah dalam masyarakat kita tidak kira masyarakat bandar atau kampung. Orang akan merasai iri hati dengan nikmat yang kita dapat misalnya kekayaan, pangkat, ilmu pengetahuan, zuriat dan lain-lain. Penyakit ‘ain (kekuatan sihir dari sorot mata) dengan izin Allah menyebabkan ramai umat Islam menderita disebabkan penyakit ini. Kadang-kadang yang memandang tidak ada niat untuk menganaya tetapi disebabakan rasa dengki yang begitu tebal memberi pengaruh kepada mereka meyebabkan mereka lalai. Kelalaian inilah yang membuat saling menimpakan penyakit “Ain tanpa mereka sengaja walaupun mereka itu merupakan keluarga dan kerabat misalnya sorot mata kekaguman saat mereka mnyaksikan sesuatu yang mereka kagumi (hlm. 5)” Download fail Berkaitan ar-ruqiyah.

Jesteru itu, timbulah keinginan saya untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan “Ain ini. Saya telah membuat rawatan sendiri dan dari hasil yang diperoleh semasa rawatan tersebut amat memeranjatkan. Hasil dailog dengan jin yang terdapat dalam tubuh saya (melalui bahasa isyarat pergerakan jari tangan) terdapat tiga jin iaitu jin sihir, jin saka dan jin “Ain. Saya sempat bertanya apakah terdapat jin terbang atau jin berpindah rendah ternyata tidak ada. Kesempatan ini saya tidak mahu menulis berkaitan dengan jin sihir dan jin saka kerana hal ini sudah lumrah diperkatakan oleh perawat lain.

Saya sempat bertanya berkaitan dengan umur jin terutama bila dia masuk ke dalam tubuh saya. Salah satu jin mengaku dari Jin ‘Ain jiran saya dan dia sudah menetap hampir 3 tahun dalam tubuh saya dan memang benar saya mengenali jiran saya itu hampir 3 tahun.Ada jin lain mengaku dari sahabat saya sendiri dan dia mengaku dia masuk disebabkan rasa dengki sahabat saya itu. Kalau dlihat dari sifat luaran, sifat-sifat kedengkian sahabat saya itu memang ada. Walau bagaimapun, saya percaya kedengkian itu tidaklah sehingga dia sanggup untuk mengupah si tukang sihir. Inilah yang dikatakan “Ain. Bilangan setiap jin “Ain ini juga berbeza. Ada bilangannya setiap orang 20 – 150 jin. Kemungkinan banyak dan sedikitnya jumlah jin “Ain bergantung kepada berapa kali dia memandang saya dengan rasa kedengkian yang menebal.

Kesimpulannya, hasil dari peristiwa ini saya percaya bahawa Jin ‘Ain ini memang wujud. Oleh yang demikian, saya sarankan kepada perawat selain menghalau jin sihir, jin saka, jin terbang dan jin berpindah-randah, jin “Ain juga perlu dihalau. Berdasarkan penemuan saya, hampir semua jin ini mengaku beragama Islam dan dia bersedia untuk keluar dengan lebih mudah berbanding Jin sihir dengan jin Saka. Untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini, elok rasanya sahabat-sahabat, keluarga terdekat dan jiran-jiran tidak perlu disebutkan untuk mengenali ‘Ain dari siapa. Walau bagaimanapun untuk tujuan awasan atau berjaga-jaga terpulang kepada perawat. Yang penting ialah kita mahu menghalau jin ‘Ain itu bersarang dalam tubuh si pesakit dan tiadanya kesan negatif selepas penerimaan rawatan. Kalau tidak dihalau, tentunya akan memberi implikasi yang lebih buruk kepada si penderita. Lagipun, jin “Ain ini wujud bukan berdasarkan kehendak individu yang terbabit malahan ia timbul atau lahir secara tidak sengaja. Dengan sebab itulah, kalau kita memandang sahabat kita atau sesama saudara kita janganlah memandang dengan sorot mata kedengkian yang melampau. Kalau timbul cepat-cepatlah beristighfar dan sebutlah ““Ma Syaalah Tabaaraka Wataala” dan terus membaca tiga kul. Mudah-mudahan sorot mata kta itu tidak mengeluarkan /menerbitkan jin “ain kepada saudara kita.

Dalam karya Syaikh Wahid abdus-Salam Bali terdapat tiga langkah untuk mengatasi Jin Ain ini iaitu membaca tiga kul di atas penderita disebabkan “Ain. Sila rujuk tulisan Syaikh Wahid Abdus-Salaam Bali. Sila buat download diblog ini dibahagian

Download fail Berkaitan ar-ruqiyah. Jenis-jenis rawatan di bahagian akhir tulisannya ada dibincangkan secara mendalam. Berdoalah kepada Allah swt mudah-mudahan kita tidak termasuk golongan umat Nabi Muhammad sebagaimana sabda junjunan kita “Sebahagian besar umatku mati kerana – setelah qadha dan qadar Allah – penyakit ’Ain”

Sarji Kasim

Bandar Bera

06.06.2009

Thursday, June 4, 2009

Hamparan Sejadah



Hamparan Sejadah


Hamparan sejadah inilah
menemukan aku dengan Rabbku
Waktu malam dalam kesepian
Kubasahkan wajahku dengan wuduk
Mohon keampuan dariMu, Rabbku
Betapa malam siang dipayungi dengan dosa hitam

Aku tahu
Kau Maha Pengampun dan Penyayang
Biarpun dosa berbuih seperti di lautan
Namun, sifat pengampunMu tak pernah terhenti
Kini, saban kali tetap kuberdosa
Dan tetap itu juga aku mohon ampun dariMu
Entahlah, siapalah aku tak pernah berhenti meminta

Hamparan sejadah inilah
Kumengangkat menadah tangan memohon dariMu
Memohon sesuatu dan tiada pernah berhenti
Dosa hitam pekat yang pernah tercalit dan tercalar
Mohon dari Kekasihku, moga semuanya tercabut

Hamparan sejadah inilah
Ku melihat dan menoleh ke dalam diri
Sudah beribu nikmat yang kau berikan untuk insan kerdil ini
Ku masih bisa menyedut udara segar ini hari
Ku masih bisa melihat alam yang cerah saban hari
Ku masih bisa berjalan meniti hari
Ku masih bisa menyuap sesuap nasi
Ku masih bisa menghirup seteguk air
Terima kasih Rabb, beribu nikmat kau berikan untukku
Namun, ku masih alpa
Nikmat dunia hanya untuk sementara

Hamparan sejadah inilah
Aku dapat melapangkan hati
Aku dapat menghilangkan keresahan
Aku dapat menghancurkan kegundahan
Aku dapat menghilangkan kesedihan dan keperitan
Aku merasa bahagia dan gembira bersamaMu, Rabbku
Aku memohon ampunan kepadaMu

Hamparan sejadah inilah
Aku menghimpun dan menghitung nikmat anugerah Ilahi
وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬
"Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescya kamu tidak akan sanggup menghitungnya" (QS, Ibrahim: 34)

Rezeki melimpah ruah yang kau anugerahkan
Nikmat kesejahteraan yang kuperoleh
Rupa paras kau anugerahkan kepadaku
Semuanya tersedia terhidang di depan mata

Maka berkata Allah swt;
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Rabb kamu manakah yang kamu dustakan"(QS, Ar-Rahman; 13)

Hamparan sejadah inilah
Menghitung nikmat tiada tara
Kesempurnaan tubuhku
Namun kumasih tiada menyedari
Aku masih resah
Aku masih sedih
Aku masih gelisah
Aku masih gundah
Meskipun:
Aku masih ada nasi untukku suap
Air segar untuk kuteguk
Kesihatan berpanjangan dan
udara untukku hirup, maka
bersyurlah dengan nikmat Allah
وَفِىٓ أَنفُسِكُمۡ‌ۚ أَفَلَا تُبۡصِرُون
"Dan, pada dirimu sendiri, maka, apakah kamu tidak memperhatikan" (QS, Adzariyat: 21)

Atas hamparan sejadah inilah
kumemohon kepada Rabbku
Janganlah aku termasuk;
وَمَا ذَرَأَ لَڪُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُخۡتَلِفًا أَلۡوَٲنُهُ ۥۤ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَذَّڪَّرُونَ

"Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka menginkarinya"(Qs, An-nahl:83)
Aku memohon keampuan dariMu
Permintaan ini tiada kan berakhir
Hingga Malaikat Maut datang menjemputku
- Dan aku bersedia menanti hari itu

Monday, June 1, 2009

Musibah






Al-Hadid (22 -23)


سُوۡرَةُ الحَدید
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ (٢٢) لِّكَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ (٢٣)


Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22) (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (23)


Musibah

Semalam musibah datang menjemputku

Dan aku sempat bersua dengannya

Kau datang menguatkan imanku

- Mengakui keagunganMu

Kau datang meluruhkan himpunan dosaku

Hancurlah rasa ujub yang bersarang

- Dalam jiwa seorang insan

Kau datang meluruhkan kelalaianku

Kini kusemakin dekat

- Menyalakan tahmid dan zikir

- Menyalakan istighfar dan selawat

Kini

Mengertilah aku nikmat kesabaran

Yang kutanam dalam hati yang penuh kezaliman

Kau berikan musibah

- Bukan mencelakakanku

- Bukan menyeksaku

- Bukan melukakan hatiku

Kau berikan musibah

- Menguji kesabaranku

- Menguji keikhlasanku

- Mendekatkan diriku kepadaMu

Inilah masa menghadap

Yang Maha Agung

Ya Rabbi

Benarlah, air mata kesabaran

Adalah nikmat memuji kebesaranMu

Terima kasih Rabbi

Aku masih ada al-Quran

Untukku gali hikmah tersembunyi

Aku masih ada selawat

Mendekatkan diri dengan Rasulku

Aku masih ada doa

Meminta keampunan dariMu

Ku masih bisa bertasbih

Memuji kebesaranMu

Ku masih ada zikir

Menghidupkan malam penuh kesunyian

Mengertilah aku

Hati ini adalah milikMu

- Mengenal, mencintai dan mengesakanNya

- Ku serakan diri ini untukMu

- Ku berlindung dan mengadu kepadaMu

Kini, aku masih mengembara

Mencari nikmat kebesarannMu

Terhentinya pengembaraan ini

Pabila maut berada di kerongkongku

Dan tubuhku dibungkus sehelai kain putih.

Daripada:

Sarji Kasim

Bandar Bera

2 Jun 2009