Monday, January 11, 2010

PENGARUH KEADAAN – SELASIH

PENGARUH KEADAAN – SELASIH

Watak lelaki

Syahru’ddin

Syafril

Sutan Ibrahim

Mohd Ali –peranakan Arab

Watak Perempuan

Yusnani

Rosnar

Nurmans

Ratinam/Tinam

Nenek Nurmanistahu hal se

Suryusti – anak Rosniar

Pendidikan (7 – 25)

Yusnani mencari buku ilmu bahasa. Dimarahi ibu tirinya kerana mengganggu masa tidur ibunya biarpun hari hari sudah pagi. Sampai di sekolah dimarahi gurunya bahawa Ros Syahruddin sebab sering datang lambat. Terima hukuman selepas balik dari sekolah. Guru bertanya tentang kegiatan yang dilakukan di rumah sepanjang hari –tanak nasi, cuci pinggang, bersih rumah, Guru mengetahui hal sebenar. Rosnani mencuri buku Yusnani. Guru memberi wang untuk membeli makanan di luar. Guru pulang Tanya nyonya rumah tentang ayah Yusnani, Engku Sutan Ibrahim (Engku Opziner rimba). Nyonya rumah maklumkann kepada Guru Rusmani melakukan kerja rumah secara berlebihan.

Syahruddin berkeinginan untuk pergi ke rumah Rusnani “Di rantau kawan sanagari itulah, sanak saudara kita” (m/s 21)

Rosniar memaklumkan kepada Syahruddin Yusnani Berdusta dan pencuri. Rosnani di pukul ayahnya. Syahruddin memaklumkan perkara sebenar kepada Rosnani. Beliau tidak senang hati dengan tingkah laku Rosnani.

PENANGGUNGAN (25 -36

Sutan Ibrahim bermimpi sebagai orang ketakutan (m/s 25). Isteri Sutan Ibrahim yg Meninggal. Ratinam memarahi Sutan Ibrahim kerana Sutan Ibrahim memanjakan Yusnani. Yusnani dalam keadaan sakit.(M/S 27). Sutan Ibrahim sangat sayang kepada. Yusnani demam panas. Guna agama untuk kepentingan diri (31.)

Yusnani bermimpi ibunya datang bersama kakaknya Syafril. Mimpi Sutan Ibrahim sama dengan mimpi Yusnani. Nurmanis, sahabat Yusnani datinakit kuat. ajak ke sekolah tapi Yusnani. Memaklumka kepada Yusnani, neneknya akan dating menziarahinya.

BERLAINAN MULUT DENGAN PERBUATAN

Guru Yusnani datang melihat Yusnani. Ratnam memaklumkan Rosnani lebih rajin berbanding Yusnani. Yusnani pemalas, pengecoh, pencuri. Mencuri wang ibunya seketip. Shahruddin memaklumkan hal yang sebenarnya kepada Ratnam.

Guru beri wang untuk makan tengahari. Yusnani pengsan. Nenek beri sup. Shahruddin kasihan melihat kejadian yang berlaku kepada Yusnani. Shahruddin cadang ke rumah nenek Nurmanis.

Syafruddin mahu pulang, Shahruddin melihat gambar etek Yusnani yang meninggal dunia dan beliau ingin mengetahui hubungan Yusnani dengan Syafril (49)

SYAK WASANGKA (50 -61)

Kedatangan guru diterima oleh nenek Nurmanis dengan muka yang berseri. Tujuan kedatangan ialah bertanyakan hal Yusnani

Menantu nenek tidak mau bercerai dengan cucunya, Nurmanis.

Ayah Nurmanis meningal dunia. Td orang jaga Nurmanis.

Keluarga dari kampong tidak datang jemput untuk bawa balik kampung sedangkan semua harta telah dijual. Meneruskan kehidupan dengan menjahit dan berjaja kain.

Kehidupan di kampung susah sebab tidak ada harta.

Nurmanis tidak dapat belajar

Buat keputusan untuk menetap dan beli pondok buruk

Guru bertanyakan hal kepada Yusnani gambar yang ada di rumah Yusnani

Gambar itu adalah sahabat karib Yusnani. Yusani dipaksa bekerja dengan ibu tirinya.

Nenek melanggar adat kebiasaan ..Beri wang supaya ada pembicaraanya.

TERGODA (62 – 68)

Kawan Shahruddin bertanyakan tentang kelakuan Shahruddin menyaksikan anak muridnya bermain.

Engku Sutan Ibrahim tetap inginkan orang Minangkabau sebagai menantu.Rosniar pada masa dulu tapi sekarang tertarik kepada Rosnani.

PERBANDINGAN (67 -70)

Syahruddin beritahu kepada Rosniar dan Yusnani abangnya akan datang bulan puasa. Dapat tahu surat Syafril. Syafril dan Shahruddiin sekolah Radja Buktinggi.

Perbandingan perangai Yusnani dan Rosmani diperhatikan oleh Shahruddin.

MIMPI (67 – 70)

Yusnani ingin lihat gambar abangnya sebagaimana yang terdapat dalam mimpinya. Yusnani bersama Nurmanis Buat pengesahan seperti dalam gambar.

PERTEMUAN (76 -88)

Rosnani menyatakan kepada Shahruddin bahawa Yusnani berkelakuan buruk.

Rosnani menyatakan kepada Shahruddin Yusnani diseksa oleh ibu (80). Kena simbah air panas

Shahruddin marah kepada Syafril tidak beri tahu hal yang sebenarnya.

Ayah tidak peduli Shahruddin sebagaimana Syahruddin meninggalkan kota raja hidup dengan ayah angkat (83)

Seorang anak ingin melupakan pertalian dengan ayah

Kewajipan melindungi kaum perempuan yang dipercayakan kepada kita (84)

Pandangan anak lelaki kepada ibu tiri (83)

KEKUASAAN (89 -98)

Syahruddin memaklumkan beliau ingin pulang. Nurma ibu kepada Syahruddin.

Syahruddin lari dari rumah meninggalkan kotaradja. Datang kembali ambil Yusnani. Pertelingkahan ayah dengan anak lelaki berkaitan hak penjagaan anak-anak.

Rahsia ibu tiri Yusnani (Ratinam) menyeksa Yusnani daripada Rosnani

Ayah memanggil Yusnani bertanyakan tentang apakah dia ingin ikut bersama abangnya . Yusnani menyatakan tidak dihadapan abangnya.

Permintaan Syafril sekolahkan ke sekolah Raja atau sekolah lain.

Syafril minta yang peninggalan ibunya (98)

LARI (99 – 110)

Kelemahan ayah dalam kepimpinan keluarga. Terlalu dipengaruhi oleh isterinya.

Setelah Syafril melihat Nurmanis hatinya merasa berkenan sama sebagaimana yang diperkatakan oleh Shahruddin

Punca Yusnani tidak mahu ikut – Rosniar. Sering memaklumkan Syafril benci pada Yusnani (MS 104)

Yusnani ingin ikut Syafril setelah bertanyakan kali kedua di rumah Nurmanis

Malam – kata pada ayah pulang dengan kapal sebenarnya tidak pulang-berada di rumah Syahruddin

Jumaat – datang ke rumah Syahruddin berangkat ke Langsat – Medan.

PERCERAIAN (111 – 122)

Yusnani tidak datang ke rumah Nurmanis sebagaimana yang dijanjikan. Syafril minta Nurmanis melihat Yusnani di rumah dengan tipu helah (ms 115). Nurmanis datang memaklumkan Yusni di ikat ke tonggak dan penuh berlumpur darah.

Syafril terus ke rumah Yusnani. Melihat Yusnani diseksa. Bawa balik Yusnani dalam keadan pengsan dan di bawa ke rumah Nurmanis. Bawa diperiksa. Esok berangkat ke Timur

RAGU (123 – 128)

Khairuddin memaklumkan kepada nenek Nurmanis bahawa beliau akan menjadi apar Syafril. Rangkayo Ratinam meminta Khairuddin berkahwin dengan Rosniar.Khairuddin tertarik dengan Yusnani tapi hubungan dengan Yusnani terputus.

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN (`129 – 143)

Shahruddin dan Yusnani jumpa di pelabuhan Teluk.Bayur.

Mendapat tahu Nurmanis sengsara di Kotaradja setelah neneknya sakit.

Rosniar dan ayahnya juga hidup dalam kemelaratan.

Khairuddin meminta Yusnani jadi isterinya daripada Sahfril

Malu bermenantukan peranakan Arab (MS141)

BALASAN DENDAM YUSNANI (144 – 151)

Yusnani jadi isteri Shahruddin. Yusnani minta Shahruddin ke Kotaradja dalam bulan puasa dan bawa pulang ayah yang sakit, Rosniar dan adik-adik. Minta Nurmanis kembali ke Padang

PERJODOHAN (152 -158)

Nenek Nurmanis dan Yus menanti surat yang belum sampai. Kirim wang belanja pulang.

Syafril kembali k Aceh nak bawa famili ke kampong.

Nurmanis terima wang dari Syafril beli keperluan (MS 157)

Nurmanis jodoh sesuai dengan Khairuddin(159 – 172)

PENGARUH KEADAAN (159 – 172)

Ayah Khairuddin sakit

Anak lelaki tercengang

Rosniar menanggis

Sedarah – tidak balas dendam. Dalam kesempitan da kemelaratan

Jemput seisi rumah pulang ke kampung . Yusnani tidak berdendam dan tidak benci kepada keluarga

Semua keluarga di Aceh pulang ke kampong Nenek Nurmanis, Nurmanis, Ayah , Ratinam dan Rosniar.

PENUTUP

Cinta dan kasih sayang tidak terbatas.

Persoalan:

  1. Prihatin seorang guru lelaki berkaitan masalah pelajaran anak muridnya (perempuan)
  2. Semangat kemianagkabauan masih menebal meskipun berada di rantau
  3. Kasih sayang ayah kepada anak
  4. Keluarga kampung tidak berperanan untuk menjaga keselamatan sanak saudara yang terlantar di rantau. Sepatutnya mereka perlu beri perhatian.
  5. Tanggungjawab seorang abang menyelamatkan adik yang tidak diperhatikan oleh ayahnya
  6. Syafril bawa keluarga dari Aceh pulang ke kampung halaman.

MENTJARI DJODOH – A. DAMHOERI

MENTJARI DJODOH – A. DAMHOERI

  1. SURAT DARI MAMAK

Mamak Shahruddin (Sutan Saidi) menulis surat kepada Shahruddin tentang keinginan beliau untuk mejodohkan anak angkat mamaknya (Rohmiliar)

  1. TAK MAU DIPAKSA

Shahruddin menulis surat kepada mamaknya tentang keinginan beliau untuk berkenalan dengan Rohmiliar memandangkan beliau belum berkenalan. Minta Rohmilar tulis surat kepadanya.

  1. ROHMILIAR

Shahruddin terima surat dari Rohmiliar dari Medan. Berdasarkan foto yang dikirim gadis tersebut tidak sesuai dengan Shahruddin.

  1. MENTJARI SENDIRI

Mamaknya terima dengan hati terbuka kerana mamaknya thu masalah kahwin terpaksa. Minta Shahruddin pergi ke Padang dan tinggal di rumah kawannya. Sebelum ke Padang,minta singgah ke Bukit Tinggi. Shahruddin memuji mamaknya kerana menenggang rasa.

Sutan Saidi menghantar Shahruddin di stesen keretapi. Hatinya gembira dan dia menduga tentu ada sesuatu mengapa mamakna berbuat deikian.

  1. SEEKOR TJENDERWASIH

Sampai di rumah kawannya, bilik Shahruddin tersusun dengan baik dan berbau wangi. Waktu agi nampak seorang anak gadis. Shahruddin menyangka namanya Rahmaniar. Bercakap dengan tuan rumah di padang. Tuan rumah menyatakan bahawa dia mempunyai anak tunggal bernama Rahmanir. Tamat HIS.

  1. ASAL MULA ASMARA DATANG

Bermimpi bahawa beliau mencintai gadis yang tinggal di rumah yang ditumpanginya itu.

Sewaktu selesai mandi, Shahruddin terserempak degan gadis tersebut di pintu biliknya. Biliknya telah disusun dengan baik oleh gads ersebut.

  1. TERJERAT HATI, TERSANGKUT SAYANG

Pergaulan Shahruddin dengan gadis tersebut agak bebas juga. Mula bercakap engan Shahruddin.

Sewaktu kawan mamaknya tidak ada di rumah, Shahruddin sempat berjumpa dengan gadis tersebut dan belia menyataka rasa cintanya kepada gadis tersebut.

Tidak lama kemdian, Sutan Menteri dan isterinya masuk ke dalam.

  1. MENINGGALKAN KOTA PADANG

Sutan Menteri dan gadis tersebut mnghantar Shahruddin ke setesen. Mereka berangkat dengan Bendi

Gadis tersebut memberikan sapu tangan. Dalam sapu tangan itu ada surat cinta Rahmaniar menyatakan dia juga cina kepada Shahruddin.

9. TIGA BULAN KEMUDIAN

Surat dari mamaknya yang menyatakan permintaan Shahruddin jadi menantu telah diterimanya.

  1. TERTIPU

Sahabatnya Arbi mengucapkan selamat kerana Shahruddin akan berkahwin dengan Rohmiliar. Ia merasa tertipu kerana gadis pilihannya bernama Rahmaniar.

Shahruddin panas hati kerana ia menganggap ia telah tertipu oleh mamaknya.

Beliau pergi ke Bukitinggi h bertanyakan hal yang seenarnya.

Mamaknya menyatakan perkahwinan ini dengan Rahmaniar. Takdir Allah jodoh pilihannya telah hilang. Persiapan sudah siap jadi dinikahkan dengan Rohmiliar

Shahruddin masuk dalam bilik Rohmiliar ada dalam bilik. Rupanya Rahmaniar kekasihnya.

Rohmiliar menerangkan halnya yang sebenar. Beliau adalah anak angkat mamak Shahruddin.

Mamaknya menerangkan mengapa dia bertindak demikian. Agar Shahruddin cepat mencari jodoh

Persoalan lelaki

  1. Tanggungjawab mamak mencari jodoh untuk kemenakannya
  2. Keinginan anak muda untuk mencari jodoh sendiri yang sesuai dengan keinginannya. Sanggup menolak jodoh yang diberikan mamaknya. Perubahan cara berfikr di kalangan anak lelaki Minangkabau.

KARENA ANAK KANDUNG – M. ENRI

KARENA ANAK KANDUNG – M. ENRI

KORBAN MALESE

Chairil terpaksa letak jawatan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak stabil. Wang simpanan terpaksa diguna untuk perbelanjaan seharian. Niat kumpul wang untuk anaknya Noviar, isteri Chairl, Rukajah

Chairil dan Rukajah muafakat akan bercerai dengan anaknya untuk mencari pekerjan.

Rohana dan Rukajah saudara St Malakawi (suami Rohana) saudagar kaya.

St Malakawi sangat kaya tapi sombong. Sering menghina Chairil. Rukayah pulang kampung bersama anaknya ke negeri Gadut.

Semua barang dari rumahnya dijual dengan harga rendah. Chairil pernah bercinta dengan Asni.

Noviar mengikut pertalian suami isteri yang mula renggang

HARTA DAN BUDI (12 -35)

Chairil hantar surat kpd St. Malakawi mengatakan keluarganya akan pulang ke kampong.

St. Malakawi tidak senang kpd Rukayah kerana apa yang dicakapkan tidak diendahkan. Suami Rukayah sangat benci kpd St. Malakawi.

St Malakawi beritahu kpd org kampung beliau ingin balas dendam kerana permintaannya untk menikahkan Rohana dengan kemenakannya di tolak.

NIAT – USAHA CERAIKAN Rukayah dengan Chairil dan dikahwinkan dengan Djamali. Ibu Rukayah menyesal anak menantu tidak mahu ikut kata ibunya semenjak dahulu

KenalanKhairil datan turut simpati. Di Bukit Tinggi, cuba cari kerja tapi tak dapat

St Malakawi menyakiti hati Chairil.

Chairl rasa pahit makan harta orang lain. Penerimaan keluarga Rukayah makin berubah

Tidak tahan dengan cemuhan- ingin cari Rukayah. Tidak jadi.paling penting setia kpdnya.

Keinsafan – wang beri pengaruh kpd manusia

Timbul keinsafan – ingin belajar lagi bidang BI dan boekhouden.a

PENGARUH WANG (22 - 35)

Kepulangan dari Padang tidak disambut oleh isterina. Isterinya telah berubah. Rukayah ada niat halau Chairil.

Tidak dapat naik rumah isternya dan terus ke rumah ibunya. Chairil sakit. Ibu pergi ke rumah Rukayah mnta Noviar datang lihat ayahnya dan dan ibunya datang.

Fikiran St. Malakawi hanya harta yang dapa mengangkat darjat seseorang dimata umum. Chairil sakit teruk tapi beransur baik dengan rawatan doctor

Datuk nakodoh (mamak Chairil) bermuafakat gadai sawah untuk menyempurnakan maksudnya

Chairil tidak mahu guna harta pusaka.. Bukan haknya tap hak kakaknya yang berada di B/papan

Cara penyelesaian – guna wang Noviar. Rukayah makin jauh dengan Chairil s bab tiada kerja(MS 31)

Kewarasan seorang lelaki. Tanya sendiri kpd isterinya. (MS 35)

KEHILANGAN HAK (36 – 48)

St. Malakawi baca surat Chairil. Hajatnya dinikahka dengan Rukayah dengan Djamali

Rukayah sangat senang dengan pemberian hadiah dari Djamali. Bakal suaminy. Chairil jumpa dengan anaknya (MS 38). Peristiwa rebut anak.

Di Bukit Tinggi Chairil jumpa dengan Sabaruddin, teman sekolah HIS. Bimbang keselamatan anaknya.

GADIS PENUTUP MALU (48 -59)

Dt. Nakhodoh (keluarga) – Chairil berlebihan memperlihatkan sayangna kpd anaknya. Perceraian tidak dapat mengubah k/saying kpd anaknya.

Chairil ingin dijodohkan dgn gadis kampong tapi dia tidak mahu

Anak perempuan (Rosnani) meminta jadi suaminya. Chairil tolak permntaan tersebut.

Keluarganya merada Chairil tidak laku. Chairil malu bukan pada tempatnya (lelaki yang ada prinsip dalam hidup

Chairl memutuskan beliau tidak akan beristeri lagi. Kalau dipaksa, tinggal kampong.

MEMPEREBUTKAN ANAK (60 – 73)

Djamali tidak suka anak Cairil. Dia hanya suka kpd ibunya.

Chairil ingin bawa Noviar tapi ditegah oleh pembantu Djamali. Ingi merebutkan anak cara kekerasan api tidak berjaya.

Dapat bantuan dari A. Palindih

(mamak Rukaah) tapi tidak berjaya. Chairil mempersoalkan peranan mamak yg tidak mampu mengajar kemenakannya.

Chairil dapat bersama dengan anaknya sebab mengancam A. Palindih akan mengadukan

Kpd rapat adapt sekiranya A. Palindih tidak mahu campur tangan permintaannya. Bimbang rahsia keluarga terbongkar.

MENINGGALKAN ANAK (73 – 85)

Djamali akan meninggalkan Bukittinggi dan pindah ke Medan. Rukayah pergi bersama. Sangat senang dapat jumpa dengan sahabat lama. Meninggalkan Noviar dengan nenek di kampong. Perbuatan itu menjadi bualan orang kampung Chairil

Noviar bersama Chairil dan dijaga bersama keluarga.

Noviar rindu kpd ibunya.

INSAF (85 – 101)

Kehidupan Rukayah di Medan sangat sunyi. Hubungan dengan Zahara semakin renggang. Suaminya sibuk dengan urusan kerja.

Uk surat

Rukayah ingat anaknya (87). Tulis sepucuk surat kpd ibunya mengantarkan Noviar ke Medan. 15 ari kemudian, dating ibunya bersama Noviar ke Medan.

Djamali kesal dan benci dengan perbuatan isterinya.

Ibunya membusukan bekas menantunya. Rukaah malu dan menyesal perbuatan yang dilakukannya. Djamali tidak senang dengan kehadiran Noviar ke rumahnya kerana tidak ada hubungan darah.

Rukayah terjumpa surat tertulis dengan nama bunda dan mamak Djamali. Djamali tidak suka kepada anaknya.

Rukyah ingin pulang kampong bersama Noviar. Tidak bawa pembelian suaminya yang baru.

Minta tolong dengan engku Azwar dan Halimah untuk pulang kampong.

Bantuan Azwar – perselisihan keluarga didamaikan di rumah Azwar. Rukyah menyesal bersama Djamali dan minta dibebaskan (101)

MENEBUS DOSA (102 -117)

Perkelahian suami isteri tidak dapat diselesaikan. Ibu Rukyah dan mamak datang untuk mengurus hal Rukyah. Terus ke rumah Azwar. Djamali tidak pergi.

Ibu Rukyah dan mamak dating untuk mengurus hal Rukyah.

Mamaknya marah kepada Rukyah (104). Rukyah tetap bertegas tidak akan kemali lagi.kpd Djamali. Kalau dipaksa minta dibunuh.

Kritik kpd mamak (106) terlalu pentingkan kemewahan dan kesenangan hidup biarpun dirinya merana

Rukyah menceritakan hal yang sebenarnya kepada mamak.

Mengikut alas an mamak Rukyah – Djamali akan kahwin lagi. Rukyah menerangkan masalah itu tidak penting. Yang penting dia perlu bersama Noviar

Cara penyelesaian – Noviar dijaga oleh mamak Rukyah tetapi Rukyah bertekad bunuh iri kalau keinginan tidak dipenuhi.

St Malakawi tidak mahu ambil tahu hal Rukyah dan Djamali.

Rukyah ingin kembali kpd Cairil tapi ditolak oleh Cairil.

PERTEMUAN YANG TAK DISANGKA (117 – 135)

Mak Ebot tukang masak Chairil. Maklumkan kpd Mak Ebot dia nak bercerai dan akan bawa anak ke Jakarta

Pulang ambil Noviar dari Rukayah untuk di sekolahkan di Jakarta. Lamaran tuan Idris anak sanagari dengan Chairil tetap ditolak.

Chairil jumpa dengan kekasih lamanya- Asni

Permintaan Asni – Chairil jadi suaminya. Asni tidak dapat melupakan Chairil (129). Contoh s/tangan Chairil tetap dipegangnya waktu Chairil hendak kawin dulu.

Asni minta nak lihat kemenakannya dan hendak bertemu dengan iparnya dahulu – dah anggap saudara.

PETARUH TUHAN (136 – 144)

Cinta seorang kekasih dan cinta seorang anak – berperang dalam dirinya.

Keluarga telah beri kebebasan untuk memilih siapa saja isterinya asalkan seagama (138)

Asni dating ke rumah Chairil nak jumpa dengan Chairil

Chairil tidak ada. Mak Ebot yang ada.

Asni Tanya isterinya ke mana tapi tidak dapat dijawab oleh Mak Ebot.

Asni baca surat yang ditulis oleh Chairil;

Chairil tidak sampai hati menjadikan seorang ibu tiri di sisi seseorang suami yang mesti memenuhi kewajipan dengan tulus ikhlas terhadap darah dagingnya sendiri.

Asni akur dengan apa yg berlaku. Tidak mungkin ksayang sama dengan ibu kandungnya sendiri.

Chairil tetap tidak mahu kembali kpd Rukayah walaupun diminta oleh

Asni.

TAMAT

Persoalan

  1. Kesanggupan seorang ayah mengasuh anak
  2. Kesombongan seorang kaya
  3. Campur tangan lelaki lain untuk merosakan kehdupan rumah tangga
  4. Tidak mahu beristeri lain untuk menjaga anaknya
  5. Peranan mmak – tidak sesuai pada tempatnya sehingga mengugat ketenteraman kehidupan rumah tangga.

MEMUTUSKAN PERTALIAN

MEMUTUSKAN PERTALIAN

Naik Pangkat

Engkoe Kasim guru Bantu di sekolah Goebernemen No 1 di Bukit Tinggi.

Guru Boerhan – tidak pro poligami

Mentua datang ambil isteri Boerhan untuk bersalin di kampong isterinya. Isterinya ada yang ingin Bantu dan ada doctor.

Kedudukan Boerhan sebagai orang semenda – Suami tidak dapat mengatur kehidupan rumah tangga. Pandangan seorang lelaki kpd perempuan – memandang rendah perempuan (m.s 10)

Engku Kasim terima surat naik pangkat ke Pontianak. Bahawa isterinya Guru Borhan terima surat dari dari isterinya di kg isterinya melahirkan anak laki-laki.

Karena Mentua(13-220

Engku Kasim memaklumkan akan dipindahkan jadi guru kepala ke Pontianak. Mentuanya Tiaman risau dan melarang beliau berpindah

Engku Kasim menyampaikan hasrat akan membawa Djailah ke Pontianak. Di bantah keras oleh Tiamen. E.K mahu bawa ibunya bersama tapi ibunya tidak mahu.

Terima surat dari kampong

Djamilah menulis surat Soetan Tjaniago membantunya agar ibunya membenarkan EK dtg ambil dari kg untuk ke Kalimantan.

Bulan puasa akan dating ambil.

Maklumkan kepada induk semang bulan puasa isterinya akan datang ke Kalimantan

Menjemput Anak(41 – 52)

EK pulang kampung dengan kapal

Selepas kematian isterinya, suka bermenung membenarkan sa

Hatinya bimbang – ke rumah mentuanya di Banto Darano isterinya tidak ada.

Pulang ke kampong

Hasrat jumpa dengan anak kesayangan

Pulang ke Banto Darono jumpa anak. Kematian isteri penyakit kolera

EK bosan hidup di kampung. Minta dia jadi orang semenda. Ek menjelaskan kepada Datoek Besar tentang hasrat ambil sjahroel (anaknya) pergi ke Kalimantan. Di tolak oleh Tiaman.

Datoek Besar risau dengan kesusahan yang akan dialami berkaitan makan makan minum Syahroel

Syahroel menjelaskan sayang.anaknya dijaga oleh induk semang. Tidak disenangi oleh kaum kerabat

Datoek Besar mengizinkan Ek membawanaknya ke Pontianak.

Ibunya tidak membenarkan Shahroel di bawa ayahnya.

EK insaf ia tidak ada hak dari segi adapt untuk bawa anaknya (MS 52)

ORANG SEMENDA(53-63)

EK sedar dia tidak ada hak dengan anaknya. Datoek Besar lebih berhak

Pergi jumpa dengan mamaknyan Datoek Gang. DG menjelaskan pertalian dengan isterinya sudah putus. Mamak yang berkuasa ke atas anaknya. Ek tidak ada hak di rumah isterinya.Ek harus mengasuh kemenakannya pula.

Ek menjelaskan adapt Mk ketinggalan zaman

Buat keputusan Ek akan meninggalkan tanah MK

MENINGALKAN NEGERI (64 -68)

EK sangat pan.

Perempuan teranaya di di Minangkabau

Bapa yang berhak dan wajib mendidik anaknya.EK bertekad tidak mah kahwin dengan perempuan dari kampungnya.

Persoalan Lelaki

  1. Kedudukan seorang semenda
  2. Kedudukan seorang semenda selepas kematian isteri
  3. Kuasa seorang mamak
  4. Protes adapt yang tidak sesuai dengan zaman – bertekad meningalkan MK dan tidak mahu kembali lagi.
  5. Mamak membenarkan Engku Kasim membenarkan anaknya dibawa ke Pontianak

KALAU TAK UNTUNG – SELASIH

KALAU TAK UNTUNG – SELASIH

  1. Pendidikan dan Kesukaran Hidup

Ibu Rasmani membangunkan Ramani untuk ke sekolah. Ibunya meminta kakak Rasmani bernama Dalipah untuk menyisir rambut dan menyediakan sarapan untuk ke sekolah. Sarapannya ala kadar disebabkan kemiskinan. Meskipun musim sentiasa hujan, mereka tidak dapat menyediakan paying kepada Rasmani.

Dalipah terpaksa berhenti sekolah kerana ayah tidak dapat membayar yuran sekolah. Dan Rasmani juga masuk sekolah.

Ibu teringatkan bagaimana hartanya telah dihabiskan oleh saudara lelaki. Sawah lading digadaikan, batang kelapa di jual, kerbau dan lembu juga di jual, tebat ikan dan tempat tinggal pn menjadi milik orang. Waktu kecil ia idak dapat mempertahankan haknya. Harta pusaka milik orang tuanya.(MS 13) Kini, kakaknya lebih melarat berbandin ibu Rasmani.

Suaminya, Datuk Sinaro tidak pernah menyesali kemiskinannya dan tak berniat untuk mencari perempuan lain. Biarpun kehidupan mereka sederhana, mereka tetap ingin sekolahkan anak mereka.

  1. Persahabatan yang Karib

Hari hujan dan berpayung bersama Masrul, saudra jauh (MS 16). Semenjak kejadian itu, mereka pergi sekolah bersama-sama. Masrul sentiasa menjaga keselamatan Rasmani.

  1. Pertukaran Keadaan

Masrul datang ke rumah Rasmani untuk memberitahu suatu hal yang penting kepada keluarga Rasmani. Masrul akan berpindah ke Painan kerana dinaikkan pangkat. Berasa sedih terpaksa tinggalkan kaum keluarga dan kampung halaman. Lebih-lebh lagi Masrul anak tunggal

Ibunya minta berkahwin dengan anak mamaknya (MS 27). Masrul jadi risau kerana bakal isterinya tidak bersekolah.

  1. Ibu dan Anak

Masrul mempunyai mamak tua, mamak tengah dan mamak kecil. Ibunya meminta Masrul berjumpa dengan mamk tua.Ibnya meminta, Masrul dapat menerima Aminah jadi teman hidup

Masrul singgah ke rumah engku opziener. Minta beliau mengangkat Rasmani jadi guru.

Masrul belum bersedia beristeri dan berjanji kepada ibunya akan berkahwin 3 tahun lagi bersama Aminah. Masrl minta Aminah belajar menulis dan membaca dan pekerjaan rumah tangga (MS 36)

  1. Perceraian

Masrul pergi ke rumah Rasmani untuk mengucapkan selamat jalan. Sempat memberitahu kepada keluarga Rasmani, beliau telah berjumpa dengan engku opziener untuk mengangkat Rasmani menjadi guru di Kototuo denan gaji tujuh ringgit sebulan. Keluarga Rasmani memberikan hadiah kepada Masrul

Seterusnya pulang ke rumah untuk mendoa minta kesjahteraan sewaktu Masrul diperantauan. Peranan mamak menasihatkan Masrul pandai-pandai hidup di rantau orang. Masrul minta keluarga di kampong jaga ibu sewaktu beliau berada di Painan.

  1. Sepeninggal Sahabat

Masrul menulis surat kepada Rasmani meminta Rasmani mengajar bakal isterinya pandai tulis baca dan hal rumah tangga. Permintaan itu diterima dengan hati yang terbuka oleh Rasmani. Rasmani pergi ke rumah Aminah dan mengajar sehingga Aminah pandai tulis baca

  1. Jauh di Rantau

Masrul tinggal di Painan di rumah induk semang. Mak Sawiah dan Engku Jaksa nama tuan rumah. Berkenalan dengan Engku Guru gedang. Tertarik dengan seorang anak gadis yang lalu di depan rumahnya.

  1. Terpikat

Ada orang datang ke rumah Mak Sawiah untuk minta Masrul jadi menantu. Masrul beri harapan. Gadis pilihan bernama Aminah. Seorang berpangkat dan kaya di kampung itu. Masrul masih tidak dapat beri kepastian.

  1. Nasihat Rasmani

Rasmani menasihatkan Masul berkaitan dengan jodoh Masrul. Semuanya terserah kepada Masrul.

  1. Jurang yang Tak Terjembatani

Masrul terpikat dengan Muslina. Pintar, berpangat dan kaya. Dipaksakan hatinya untuk melupakan Rasmani. Engku Jaksa dan isterinya tidak menyukai tindakan yag dilakukan Masrul. Tulis surat kepada ibu dan mamak tentang keinginannya untuk berkahwin dengan gadis pilihannya, Muslina.

Ibunya sangat kesal dengan tindakan yang dilakukan Masrul.Juga mamaknya sangat marah.

Waktu perkahwinan, tidak ada orang hadir dalam majlis perkahwinan Masrul. (MS 86). Ia tidak dapat diberi gelar.

  1. Arti Mimpi

Masrul kesal dengan tindakannya itu. Rasmani dan Dalipah juga sedih dengan tindakan yang dilakukan Masrul.

Rasmani bertanyakan kepada nenek berkaitan mimpinya.

  1. Kalau Tak Ada Berada, Masakan Tempua Bersarang Rendah

Engku Rahman bercakap dengan Engku Guru Rasad berkaitan Masrul. Keadaan Masrul tidak seperti biasa. Muka cengkung dan kurus. Keluarga tidak peduli demikiann juga pihak mentua.

Tidak dapat meninggalkan isteri begitu saja. Ia djemput (MS 95)

Masrul tersalah pilih. Muslina sebenarnya sudah bertunangan dengan doctor tetapi erpacaran dengan orang lain. Keluarga doctor tidak mahu. Sebab itu dipikat Masrul, sebab Masrul tidak tahu hal sebenarnya.

Taktik engku guru sangat baik. Mampu membuatkan Masrul terhutang budi dan sangat percaya kepadanya sehingga Masrul tidak dapat mengelak lagi.

  1. Suami Isteri.

Masrul pindah ke Padang. Mula mnum bir kerana tidak tahan denan masalah keluarga. Jumpa dengan Engku Guru Rasad. Masrul pulang dimarahi isteri. Berlaku pergaduhan. Masrul keluar rumah dan pergi ke tepi laut. Teringatkan Rasmani.

  1. Peperangan Pikiran

Tidak tergamak untuk enceraikan Muslna meadangkan Muslina masih beranak kecil. Teringatkan Rasmani. Tidak tahu apakah Rasmani masih ingat kepada Masrul.

Masrul sangat kesal dengan tindakannya membelakangkan keluarga. Tidur ditepi laut. Pagi minta anak kecil beli pisang oreng.Pagi perg ke kantor. Muslina mencarinya dan Muslina minta maaf dengan tindakannya itu. Ingin kembali kepada Rasmani.

  1. Sahabat lama

Masrul menulis surat kepada rasmani dan Rasmani mengirim surat kepada menasihatkan apa yang patut.

  1. Pertemuan

Rasmani tak mahu digelar orang sebagai merampas isteri orang.

Masrul pulang dan pergi berjumpa Rasmani di rumahnya

Masrul berhenti kerja secara terhormat

EngkuMuhammad Rasad menasihatkan Muslina sentiasa berlaku baik kepada Masrul

Orang tuanya meminta Muslina ditinggalkan kerana tidak mungkin Muslina ke Bonjol kerana ibu dan ayahnya sering sakit.

Rasman merasa hairan kerana Masrul tidak membuka kisah berkaitan cintanya.

  1. Harapan Baru

Rasmani dapat surat Masrul akan ke Medan dan keluarganya.

Masrul datang jumpa Rasmani dan menyatakan rasa cintanya kepada Rasmani.

Adik Egku Rasad dada bekerja di Maskapai di Medan akan menolong Masrul mendapatkan kerja.

  1. Putus Asa

Teima surat dari Masrul belum dapat kerja.

Hantar surat kepada Rasmani, beliau tidak dapat berkahwin dengan Rasmani.

Rasmani hilang harapan. Rasmani jatuh sakit.

Daipah hantar surat kepada Masrul menceritakan keadaan Rasmani yang jatuh sakit.

  1. Sesal yang Tak Berkeputusan

Masrul pulang dari Medan. Hajat ingin terus ke Bukit Tinggi. Jumpa dengan Rasmani. Ibunya minta singgah dulu. Besok ibu akan pergi sama

Ibunya memaklumkan Rasmani telah pergi untuk selama-lamanya.

Masrul dan ibu pergi ke rumah Dalipah. Pergi ke kuburan Rasmani. Rasmani meninggalkan surat untuk Masrul.

Masrul sangat kesal dengan tindakannya.

Penutup..

Surat Rasmani yang menyatakan ia akan pergi untuk selama-lamanya. Menganggap telah membunuh orang yang mencintainya.

Persoalan;

Ayah Rasmani – seorang ayah yang bertanggungjawb

Mamak Rasmani – tidak mampu melaksanakan peranan mamak sebagaimana yang terdapat dalam adat

Masrul – perantau, tidak tetap pendirian

Mamak Masrul – ngin mejodohkan keenkannya dengan Masrul/ Aminah

Engku Jaksa – induk semang Masrul. Prihatin dengan masala Masrul

Engku Guru gedang – Jadikan Masrul sebagai penghilang malu keluarga

Engku Rahman – prihatin dengan masalah Masrul

Engku Guru Rasad – seorang leaki yang bertanggungjawab. Ada sifat kepimpinan

APA DAYAKU KARENA AKU PEREMPUAN – NURSINAH ISKANDAR

APA DAYAKU KARENA AKU PEREMPUAN – NURSINAH ISKANDAR

CITA-CITA(1- 8) – haram bercampur dengan laki-laki. Aku mahu bersekolah kerana mamaknya orang berkuasa.

Bapa tidak berkuasa kepada anak-anaknya

Mamak lebih berkuasa daripada bapa seperti abu di atas tunggul di rumah isterinya.(MS 4)

Keluarga bermuafakat ingin menjodohkan aku dengan anak mamaknya. Adat kebiasaan di kampong kemenakan lebih dahulu ditawarkan oleh mamak kepada anaknya sebelum dberikan orang lain.

Mamak meninggal dunia – hilang tempat pergantungan.

DI SAWAH (8 – 27)

Anak laki-laki mengaji dan tidur di surau

Melarat hidup di rantau

Kehidupan anak gadis di kampung

CINTAKU TERANCAM 27 – 41)

Tunangnya dating ke rumah. Hendak pergi Jakarta. Tidak etah tinggal di kampong. Penganti kepada mamak yang meninggal dunia. Berjanji selepas setahun akan kembali ke kampong.

Risau – kadang-kadang ada anak muda yang belajar ke Betawi idak mahu pulang ke kampong halaman.

Kawan datang mengadu akibat kahwin muda. Tidak boleh bantah sebab kehendak orang tua.

Suami tidak bertanggung jawab (MS 33)

Masalah kahwi paksa – laki-laki memandang perempuan seprti enda yang tidak bernyawa.

Malu keluarga kalau anak gadis lambat berkahwin

Kahwin bawah umur mendatangkan banak masalah.

Ani – perempuan yang berani berterus terang.

Harta yang ada adalah milik mamaknya – hasil usaha bapanya

Fikiran singkat seorang ayah – bila anak disekolahkan terlibat dengan cina (MS 39).

Sifat otokratik seorang ayah kepada anak perempuan (MS 40)

MINTA AKAL DAN TIMBANGAN (41 – 59)

Ani terpaksa tulis surat kepada kekasihnya supaya menjemputnya segera walaeluar pun dia tahu kehidupan kekasihnya bem manap.

Terima surat dari kekasihnya dan permintaan adiknya belum dapat dikabulkan.

Cita-cita kekasihnya – kahwin setelah sampai umur (MS 49).

Fikiran lelaki perantau tentang kahwin muda (MS 50).

Bapa ani minta tulis surat, kekasih Ani mesti ulang dan perhelatan akan dilangsungkan. Kalau tidak kirim surat putus, sura talak bagi isterinya (ms 53)

Malu keluarga- anak perempuan lambat bersuami.

Konsep aak pisang – mesti mnutup malu keluarga.

Kahwin sebelum berpencarian akan menimbulkan masalah besar dalam institusi keluarga.

Pandangan cetek generasi tua berkaitan agama Islam – kahwin tua tiru macam orang Belanda.

Ayah merasa terkilan mamak menekoahkan Ani tidak mahu meurut orang tua.

PENGHARAPAN TIMBUL KEMBALI (59 -8

Sesuatu yang baru sukar untuk diubah walaupu ada kebenarannya.

Percakapan adik perempuan dengan kakak – tidak dapat melupakan DURKANA (61)

Mamak Dato’ Hitam – fikiran sehaluan dengan tunanangan Ani. Kakaknya menjelaskan peranan Dato Hitam masalah yang dihadapi.

Terma surat dari kekasihnya – mamak Dato’ hitam akan pulang kampong menjelaskan al yan sebenar

Amak dato’ hitam –bukan mamak kandung. Fikirannya di dengar dan dihormati oleh masyarakat kampong.

Peranan mamak Dato’ Hitam – budi pekerti yg lembut, jasa kepada kampong, pertanian, pendidikan

Fikiran mamak Dato Hitam berkaitan perkahwinan usia muda.(MS 70). – iterima dengan dua macam – setuju dan yang disindir secara halus adapt kebiasaan yang masih diamalkan oleh masyaraka kampong.

Mengapa Durkana tangguhkan perkahwinan:

- menguatkan diri dengan senjata hidup.

- Si Ani juga berjanji akan menunggu masa yang sesuai

Peranan mak Dato’ Hitam

- Kaum laki-laki harus menaruh belas kasihan kepada isteri

Mamak Dato’ Hitam – laki-laki lupa kepada perasaan perempuan

- orang bangsawan menganaya kaum perempuan

- orang tua yang ingin beristeri muda

Kakak menceritakan keluarga akan menanti bakal suaminya dan perkahwinan itu tidak diputuskan.

HABIS UNTUNG (

Friday, August 28, 2009

Rumah ujian

Rumah Ujian

Inilah rumah ujian
Masuklah kalian ke dalam rumah ini
Di sini ada pintu keimanan
Di sini ada pintu kejujuran
Di sini ada pintu keikhlasan
Binalah rumah ini sebaiknya

Bulan Ramadan datang lagi
Bersyurlah dapat menemui rumah ini
Sahabat dan rakan taulan ada yang sudah meninggalkan rumah ini
Insyaalah, kita juga akan ikut bersama
Hanya detik yang menanti

Binalah rumah ini sebaiknya
Jangan biarkan ia condong
Jangan biarkan ia bergoncang
waktu ribut melanda atau hujan membadai
Binalah rumah ini seutuhnya

Pintu taubat masih terbuka
Selagi darah mengalir di jantungmu
Hilangkan riak takabur
Hilangkan dengki sengketa
Hilangkan kikir kedekut
Dalam rumah inilah rezeki melimpah
Malam Lailatu-qadar hadir di rumah ini
Hanya untuk bulan ini
Basahlah lidah dengan tasbih tahmid
Di rumah ini

Pagarlah rumah ini sebaiknya
Jangan biarkan ia bergoncang
Berzikir dan bertasbih di rumah ini
Akan mengingatkan kita ini milik siapa
Bersyukurlah nikmat yang melimpah
Hati, lidah, perbuatan
Sebatikan ia menjadi rumah yang kukuh
Moga ia memancarkan pintu kebahagiaan dan kesejahteraan

Di situlah penantian abadi
Rumah manakah yang kita inginkan
Bulan inilah tempat untuk merenung ke mata hati
Layakkah kita untuk ke rumah itu?