Sunday, May 18, 2008

SEMBANG KANTIN SEKOLAH

Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhir-akhir ini masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas sering menjadi bahan bualan di kalangan guru-guru dan masyarakat sekitar. Siapakah yang bersalah dalam masalah ini? Apakah sistem yang digunakan selama ini tidak sesuai dengan anak didik. Dalam slot ini izinkan saya menulis berkaitan ponteng kelas masa terakhir terutama bermula jam 2.40 - 3.40 petang. Waktu ini kegiatan ponteng kelas hampir berlaku bukan sahaja di kalangan kelas berpotensi (kelas belakang) bahkan ia juga terjadi di kalangan kelas harapan (paling depan). Saya pernah bercakap secara langsung dengan dua kelompok pelajar ini. Katanya masa itu sudah tidak sesuai untuk kami pelajar. Kami amat letih dan amat bosan berada dalam kelas sepanjang hari. Tambahan pula perut kami kosong. Waktu itu kami sangat lapar. Ya, waktu rihat pelajar biasanya jam 10.10 pg - 10.40 pg. Sedangkan waktu makan tengahhari ialah jam 12.30 - 1.30 petang. Memang benar apa yagn dikatakan oleh pelajar itu. Sedangkan pada waktu itu guru diarahkan untuk memaksa pelajar agar terus berada di dalam gelas dan menerima ilmu dari guru. Soalnya?, apakah keadaan pada masa itu dan diikuti perut yang berbunyi dan pelajar yang keletihan untuk menerima pelajaran dari guru. Apa yang dipersoalkan sekarang, apa yang kita kejar. Kualiti P&P atau hanya untuk mencukupkan jam belajar. Sama-sama kita fikirkan apakah wajar waktu belajar selepas jam 2.30 tengahhari perlu kita laksanakan kembali. Guru boleh terus menunggu sebab cikgu sudah makan di kantin dan bagaimana dengan pelajar kita. Cuba renungkan sistem kitakah yang salah atau pelajar yang tidak betul atau cikgu yang buat tak kisah. Mari kita renungkan.