Sunday, May 18, 2008

Hari Guru - Dari Satu Sisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 16 Mei yang lalu semua sekolah telah menyambut Hari Guru. Tahniah kepada pihak sekolah yang dapat menganjurkan Hari Guru dengan sukses. Sekolah saya juga tidak terkecuali. Pagi-pagi lagi guru dan pelajar diminta untuk hadir ke tapak perhimpunan. Pada pagi itu, suasana seperti biasa cuma yang agak kelainan ialah sambutan dari pelajar cina nampaknya tidak bgitu meriah. Mengapa, saya cuba membilang hanya beberapa pelajar cina sahaja yang hadir. Yang lain, tidak hadir atau masuk hutan (ponteng)! - Itu di luar pengetahan saya.
Mengapa pelajar cina tidak mahu menyambut perayaan Hari Guru?. Itulah yang sedang bermain difikiran saya. Mengapa mereka tidak sanggup bersama kaum-kaum lain untuk menyambut perayaan ini. Apakah pada anggapan mereka kedatangan ke sekolah pada 16 Mei itu tidak memberi apa-apa manfaat dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Tamadun cina sangat menyanjung tinggi nilai kehidupan seorang guru. Persoalan sekarang, apakah nilai itu masih hidup atau sudah tersimpan di muzium. Apakah mereka tidak memahami lagi ajaran Gautama Buddha atau tidak mempelajari lagi ajaran Confusious (C0n Fu Tze) (maaf kalau tersalah eja). Nampaknya, pemimpin Cina dalam semua peringkat harus membuat homework agar nilai menghormati guru sebagaimana yang terkandung dalam ajaran dan falsafah mereka benar-benar dapat diimplimentasikan dalam kehidupan. Jangan biarkan budaya dan tamadun yang begitu tinggi tenggelam dan terkubur begitu saja. Semoga...