![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsLQO2a9QxnLrTTC2iB8rxnxTWvXAC6-79YV3kLa84EtscA2nfrqzSXx-pU0VfndisNaTlhK7lb1-CtEzwTKxVnPmGXqDnFjhbGQniYIUtClA8lsfroVX2BuuN0b-k3o8DEJnUzTJr9Jo/s320/Image032.jpg)
REMAJA WAWASAN
Alang tampiran bertimpa api,
Kelapa palembang tandannya silang;
Remaja wawasan terjaga rapi,
Mengapa matlamat sering terhalang?
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Perahu nelayan mudik ke hulu,
Dipukul ombak tidak sekali;
Internet pengancur generasi baru,
Bagaimana mungkin jadi begini.
ALAM SEKITAR
Anak nelayan ke tanah seberang,
Diserang musuh di tusuk belati;
Hutan terang habis ditebang,
Mengapa terjejas system ekologi.
KEBERSIHAN/ALAM SEKITAR
Pergi menyandik di sungai Lipis,
Tergelincir jatuh meniti titian;
Sungai cetek tanah terhakis,
Gerangan apa jadi demikian?
REMAJA WAWASAN
Angin bertiup menyapu bayu,
Gugurlah bunga di tepi laman;
Zaman ini serba maju,
Remaja wawasan apa tujuan?
IT
Bunga kiambang mekar mewangi,
Datanglah kumbang mencari makan;
Globalisasi era terkini,
Apa yang harus kita sediakan?
BERSYUKUR
Nantilah kawan mencari peria,
Masaklah bersama burung terkukur;
Negara mewah hidup bahagia,
Mengapa bangsaku tidak bersyukur.
2 comments:
Terima kasih untuk pantun2 ni n_n
syg awk <3
Ok noted �� thq Cap on the way to Garuda off.thks see u soon as possible, and I will be there. . .
Post a Comment