Saturday, March 22, 2008

Panduan Menjawab Bahasa Melayu PMR -Bhg A

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(i)(Ringkasan)

Masa yang dicadangkan : 40 minit
Markah : 20 Markah

1. Soalan Bahagian A Kertas 2 PMR terdiri daripada:
i) Ringkasan

Bentuk soalan

1. Satu petikan diberikan sebagai bahan rangsangan
2. Petikan terdiri daripada pelbagai bidang ilmu. Jumlah patah perkataan yang diberi setiap petikan ialah 200 – 220 dan jumlah tersebut perlu diringkaskan kepada 80 patah perkataan sahaja.
3. Kunci soalan – kemudian ringkaskan-
4. Ringkasan karangan tidak melebihi 80 patah perkataan

Kehendak soalan

1. Peruntukan markah isi ringkasan

(a) Isi – 10 markah
(b) Bahasa – 10 markah
(c) Markah keseluruhan – 20 markah

2. Markah untuk bahasa akan ditolak sekiranya terdapat kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum

1. Pelajar mesti membaca arahan soalan yang dikemukakan dengan teliti. Sekurang-kurangnya baca dua kali. Tujuannya ialah untuk mengetahui dan memahami maksud keseluruhan petikan.
2. Fahami arahan dalam soalan. Terdapat kata kunci dalam soalan. Contohnya ........tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah berkebun.
i) Semasa membaca, gugurkan ayat atau ayat-ayat yang memperlihatkan pertindihan makna.
ii) Memendekkan frasa pada bahagian subjek atau predikat yang agak panjang. Gugurkan “contoh-contoh” atau “misalan”
ii) Menggunakan suatu perkataan atau
sesuatu frasa yang ringkas bagi menggantikan sesebuah penghuraian yang panjang.
iii) Gariskan semua isi penting dalam
petikan
iv) Jangan salin ayat terus daripada
petikan. Gunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ubah kepada perkataan seerti
3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan kehendak soalan iaitu “faedah-faedah berkebun.”
4. Pelajar mesti mengemukakan sekurang-kurangnya lima isi berdasarkan kehendak soalan. Pelajar perlu menggunakan bahasa yang gramatis
5. Jawapan hendaklah tidak melebihi 80 patah patah perkataan. Pelajar dikehendaki menulis jumlah perkatan selepas menjawab soalan ini. Bina ringkasan dalam satu perenggan sahaja.

5.1 Panduan mengira perkataan;

- Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan, nama khas, penggunaan kata sendi di dan ke, tarikh, angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan, gelaran, kata perulangan/ganda.

6. Pelajar digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal yang terdapat dalam petikan.
7. Soalan meringkaskan karangan adalah untuk menguji kelancaran bahasa dan kecekapan pelajar dalam mengecam isi-isi utama.
8. Bahan rangsangan yang dikemukakan ialah rencana yang dipetik daripada akhbar dan majalah
9. Pelajar dikehendaki menulis isi-isi agar menjadikan karangan itu padat dengan maklumat, tetapi ringkas.
10. Isi yang dikemukakan mestilah isi utama yang terdapat dalam petikan. Jangan masuk pendapat sendiri dalam jawapan anda.
11. Ringkasan karangan tidak memerlukan pendahuluan dan penutup.
12. Markah akan dinilai berdasarkan isi dan bahasa. Sekirannya isi salah atau tidak ada dalam jawapan, maka markah untuk bahasa tidak dapat secara maksimum.
13. Tulis ringkasan karangan mengikut arahan soalan, iaitu tidak melebihi 80 patah perkataan. Markah tidak dikira bagi jawapan yang ditulis selepas 85 patah perkataan.
14. Kira jumlah perkataan dan tulis jumlahnya pada bahagian bawah ringkasan.
15. Semak ejaan dan bahasa.











SISTEM PEMARKAHAN SOALAN BAHAGIAN A(i); 20 Markah

Markah Bahasa(10 markah)

Peringkat Ciri-ciri Markah
Sangat baik Baik dan lancar
Kosa kata luas 9-10
Baik Masih baik dan lancar
Kosa kata masih baik 7-8
Sederhana Memuaskan/kurang lancar
Kosa kata agak terhad 5-6
Lemah Tidak cekap/lemah
Kosa kata terhad
Menyalin bulat-bulat daripada petikan 1-4


Markah isi (10 markah)

Bilangan Isi Markah
5 9-10
4 7-8
3 5-6
2 3-4
1 1-2















PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(ii)(Pemahaman Petikan)
Markah : 10 markah

Bentuk Soalan

1) Pemahaman petikan umum: 3 items respons terhad
- 1) maksud rangkai kata
- 2) jawapan dalam teks
- 3) jawapan luar teks
2) Markah yang peruntukan ialah 10 markah
3) Semua soalan wajib dijawab

Kehendak solan

1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar ditulis dengan lengkap dan ayat yang sempurna untuk memperoleh ayat yang penuh
2. Pelajar tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat jawapan daripada petikan. Pelajar hendaklah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
3. Jawapan yang tidak lengkap atau terdapat kesalahan bahasa dan ejaan akan di tolak markah.
4. Jawapan tidak boleh ditulis dalam bentuk poin atau frasa(ayat tergantung)


Bagaimana mendapat markah yang maksimum

1. Soalan A(ii) i peruntukkan markah maksimum bahagian ini ialah 2 markah. Bahagian ini memerlukan calon;

i) memahami/menerangkan maksud sesuatu rangkai kata dengan tepat. Biasanya perkataan tersebut akan dimiringkan.
ii) Pelajar tidak dibenarkan menulis jawapan dengan panjang lebar seperti jawapan pemahaman yang lain.
iii) Jawapan mestilah menjelaskan maksud rangkai kata dengan mencari kata sama erti atau sinonim tanpa mengubah maksud rangkai kata yang ada dalam petikan.
2. Dalam A(ii) ii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah.
i) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan daripada petikan
ii) Terdapat dua isi yang diperlukan dalam bahagian ini. Pelajar diminta mengemukan sekurang-kurangnya 2 isi. Kalau lebih markah tidak akan dipotong.
iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang tiada dalam petikan
iv) Jawapan yang diberikan mestilah lengkap dan bertepatan dengan peruntukan markah yang diberikan dalam soalan.
3. Soalan A(II) iii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah. Soalan dalam bahagian ini ialah soalan KBKK.
i) Pelajar perlu berfikir luar dari teks tetapi masih membicarakan topik yang sama.
ii) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan yang tiada dalam petikan. Biasanya soalan ini memerlukan langkah-langkah, cadangan, cara-cara penyelesaian, sebab-sebab dan lain-lain.
iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang ada dalam petikan
iv) Jawapan mestilah logik dan rasional
v) Berikan jawapan seberapa banyak yang anda tahun dalam bahagian ini

Strategi menjawab

1. Baca petikan dengan memahami keseluruhan idea, kemudian perhatikan soalan yang diberikan.
2. Tentukan kehendak soalan dan jawab soalan dengan memenuhi kehendak soalan bagi memperoleh markah penuh.
3. Bina ayat yang lengkap dan elakakan menulis frasa atau ayat yang tergantung.
4. Semak ejan, tatabahasa, dan tanda baca bagi mengelakkan pemotongan markah.
5. Jawab soalan yang mudah dahulu.


PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B(Bahan Rangsangan)

Masa yang dicadangkan: 25 minit
Markah : 20 markah

Bentuk Soalan

1. Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik.
2. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan yang melebihi 120 patah perkataan.
3. Pada kebiasaanya, pelajar diminta membuat ulasan umm, menyatakan sebab, memberikan cara-cara mengatasi atau memberikan cadangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.
4. Masa untuk menjawab soalan ini ialah 25 minit. 3 minit untuk memahami soalan dan merangka jawapan dan dua minit untuk membuat semakan. 20 minit masa untuk menjawab soalan.
5. Soalan ini mula ditanya mulai tahun 2005.

Kehendak soalan

1. Anda perlu menjawab mengikut kehendak soalan
2. Jawapan yang dihasilkan mestilah melebihi 120 patah perkataan
3. Soalan ini wajib di jawab

Bagaimana mendapat markah yang maksimum

1. Pelajar perlu membaca dan memahami arahan soalan yang diberikan.
2. Pelajar perlu meneliti bahan rangsangan yang diberikan dan mengaitkannya dengan kehendak soalan
3. Pelajar perlu berhati-hati semasa membuat tafsiran untuk merangka isi dan seterusnya memulakan penulisan.
4. Pelajar perlu mengikut teknik menulis karangan yang betul, iaitu dimulai dengan perenggan pendahuluan, isi, da diakhiri dengan perenggan penutup atau kesimpulan.
5. Sekurang-kurang perlu ada tiga isi. Ini bermakna sebaiknya pelajar dapat membuat lima perenggan
6. Untuk mendapatkan pencapaian cemerlang(16-20 M), semasa menjawab soalan ini, aspek berikut perlu dititikberatkan:
A) Penggunaan kata dan ayat gramatis
B) Penggunaan kosa kata luas dan tepat
C) Penggunaan ejaan dan tanda baca betul
D) Isi mestilah tepat berdasarkan tugasan
E) Huraian, isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan, dan kesimpulan yang sesuai dan berkembang.
F) Pengolahan menarik dan berkesan


PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C(Karangan Respons Terbuka)

Masa yang dicadangkan: 45 minit
Markah : 40 markah
Bentuk Soalan

1. Soalan karangan respons terbuka adalah soalan Bahagian C Kertas 2 PMR Bahasa Melayu.
2. Tajuk karangan respons terbuka adalah berdasarkan kombinasi bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika.
3. Terdapat lima soalan dalam bahagian ini. Jenis karangan yang ditawarkan terdiri daripada karangan berformat iaitu ceramah/ ucapan/ pidato/ perbahasan/wawancara@dialog/laporan/ rencana akhbar/Surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Karangan tidak berformat termasuklah perbincangan, ulasan, fakta, gambaran, peribahasa/cogan kata dan cerepen.
4. Masa yang dicadangkan ialah 45 minit
5. Pelajar hendaklah menulis karangan lebih daripada 180 patah perkataan.





Bagaimana mendapat markah yang maksimum


PERINGKAT PENCAPAIAN DESKRIPSI
Cemerlang ( 35 – 40)

a)Sekurang-kurangnya terdapat tiga isi, huraian isi dan contoh yang relevan
b) Perlu lebih 180 patah perkataan. - Penggunaan kata tunggal dan pelbagai kata terbitan(kata berimbuhan) gramatis
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- Penggunaan ejaan dan tanda baca betul
- Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai.Pengolahan menarik serta berkesan, pemerganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan
-Terdapat ungkapan yang mudah seperti peri bahasa dan kata-kata hikmat.






PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D(Novel Komsas)

Masa yang dicadangkan: 10 minit
Markah : 10 markah

Bentuk Soalan

1. Soalan novel merupakan soalan yang ditanya dalam bahagian D Kertas 2 PMR Bahasa Melayu.
2. Calon harus bersedia untuk ketiga-tiga novel yang dipelajari semasa di tingkatan 1, II dan III
Kehendak soalan
1. Pelajar dinasihatkan membaca soalan dengan teliti bagi menentukan novel yang perlu dipilih. Senarai novel pilihan akan diberi.
2. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 10 minit.
3. Soalan ini memperuntukkan 10 markah.
4. Mulai tahun ini calon harus bersedia untuk menjawab soalan yang berbentuk persamaan dan perbezaan bagi novel-novel yang dipilih.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum
1. Soalan bahagian ini melibatkan beberapa konsep penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Seandainya pelajar berupaya menguasai konsep sastera yang ditetapkan atau dipelajari, pelajar boleh menjawab soalan dengan baik
2. Aspek kajian: Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak dan Perwatakan, Plot, Latar,
Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran.
3. Istilah penting;

1) Sinopsis- inti pati atau ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya.
2) Tema – idea utama atau persoalan pokok yang merupakan gagasan pemikiran yang menjadi tunjang kepada sesebuah karya sastera.
3) Persoalan – isu-isu sampingan lain yang diselitkan oleh pengarang dalam bentuk gagasan.
4) Watak – pelaku yang mendukung dan menghidupkan sesebuah cerita. Perwatakan – merujuk kepada gambaran dan sifat yang dimiliki oleh watak
5) Plot – jalinan peristiwa dalam sesebuah cerita. Peristiwa yang dijalin mestilah berdasarkan sebab dan akibat.
6) Latar – ruang persekitaran tempat berlakunya sesuatu peristiwa, cerita, atau kejadian.

Masyarakat – kampung, bandar, adat, budaya, agama, ekonomi, dan politik.
Tempat – tempat peristiwa terjadi
Masa – pagi, ptg, malam dan lain-lain

7) Nilai ialah unsur yang cukup berharga dan boleh dijadikan ikutan. Nilai merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan yang positif.

Kasih sayang, bertanggungjawab, hormat-menghormati, kebebasan, keberanian, jujur, rajin, bermasyarakat, hemah tinggi, berdikarari, baik hati, keadilan, kebersihan, amanah, bersyukur, rasional, patriotik

8) Pengajaran- peringatan pesanan atau nasihat yang boleh dijadikan
iktibar oleh pembaca.


PENENTUAN MARKAH

Kertas i = 40 Markah
Kertas ii = Karangan 40 Markah
Rangsangan 20 Markah
Pemahaman 10 Markah
Ringkasan 20 Markah
Komsas 10 Markah

Kertas i = 20 Markah
Kertas ii = 80 Markah

80 + 20 = 100 x 100 = 71 (B)
140 140

2 comments:

Anonymous said...

terima kash... ia amat membantu saya bagi menjawab peperiksaan... kalau boleh tolong tambahkan lagi cara - cara untuk mendapatkan a untuk bahasa malaysia...

Blogger said...

SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<






SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<