Wednesday, August 4, 2010

Jamban oh Jamban

Setiap hari Isnin, tentunya pasar malam akan beroperasi di Dataran Taman Kerayong Emas. Bilangan penggunjung tidak kurang hebatnya. Kadang-kadang ada anak meraung dan terkencing. Puaslah si ibu mencari tandas tetapi hakikatnya tandas tidak ada.

Sebaiknya pihak yang berkaitan, kalau ingin membuka 'kedai' sediakan jamban untuk pelanggan. Kasihanlah pengunjungnya datang jauh-jauh dan kalau ada hajat tak kesampaian. Nak masuk kedai mamak tentulah segan. Sediakan juga untuk pengunjung surau sebagai tempat untuk ibadah. Saya tidak tahu, penjaja di sini, kalau nak solat; solat di mana. Nampak gaya, bangunan di sekitarnya makin bertambah tapi sayangnya jamban dan surau tidak ada. Saya juga ada bertanya pemlik kedai berdekatan; ada disediakan jamban atau tidak. Jawapannya tiadk ada. Jadi; di mana tempat mereka membuang hajat. Katannya; tumpang di kedai mamak. Kasihan mereka semua.

Kepada pihak berkuasa, elok juga cepat-cepatkan pembinaanya demi faedah pengunjung.

No comments: