Sunday, June 7, 2009











‘Ain – Pengalaman dalam rawatan




QS Yusuf: 67 – 68

وَقَالَ يَـٰبَنِىَّ لَا تَدۡخُلُواْ مِنۢ بَابٍ۬ وَٲحِدٍ۬ وَٱدۡخُلُواْ مِنۡ أَبۡوَٲبٍ۬ مُّتَفَرِّقَةٍ۬‌ۖ وَمَآ أُغۡنِى عَنكُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ‌ۖ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ‌ۖ وَعَلَيۡهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُتَوَڪِّلُونَ (٦٧) وَلَمَّا دَخَلُواْ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَهُمۡ أَبُوهُم مَّا ڪَانَ يُغۡنِى عَنۡهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ إِلَّا حَاجَةً۬ فِى نَفۡسِ يَعۡقُوبَ قَضَٮٰهَا‌ۚ وَإِنَّهُ ۥ لَذُو عِلۡمٍ۬ لِّمَا عَلَّمۡنَـٰهُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ (٦٨)

Yusuf

Dan dia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (67) Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya dia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).

Qs Al-Qalam: 51

وَإِن يَكَادُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَيُزۡلِقُونَكَ بِأَبۡصَـٰرِهِمۡ لَمَّا سَمِعُواْ ٱلذِّكۡرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ ۥ لَمَجۡنُونٌ۬

Al-Qalam

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila. (51)

Hadis Rasululah

Dari Abu Hurairah radliyallaahu anhu ia berkata; Telah bersabda Rasululah SAW: Al-‘Ain adalah haq (benar)” (HR. Bukhari n. 5408 dan Muslim no. 2187)

Ayat al-Quran dan petikan dari hadis Nabi Muhammmad SAW tersebut telah mengesahkan bahawa ‘Ain merupakan satu penyakit yang berpunca dari pandangan mata yang bersifat kedengkian sehingga boleh menimbulkan penyakit kepada anak Adam. Sorotan mata yang bersifat kedengkian itu tadi boleh menyebabkan memancarkan kekuatan sihir dengan izin dan ketentuan Allah.

Ramai antara kita yang melihat seseorang mendapat anugerah daripada Allah SWT, misalnya kekayaan, ilmu pengetahuan, dan zuriat kemudian kita merasa dengki dengan nikmat tersebut diterima oleh saudara kita. Dan pada masa itu, terbitlah ‘Ain sekiranya kita tidak membentanginya dengan bacaan “Ma Syaalah Tabaaraka Wataala” pada saat itu. Atau mana-mana bacaan untuk melindungi saudara kita dari gangguan sihir yang disebabkan oleh pandangan mata kita itu. Hari ini, memandangkan kita sudah mendapat ilmu,marilah kita bersama-sama mengucapkan ucapan tersebut semoga saudara kita tidak terkena pandangan ‘Ain itu sehingga boleh mengakibatkan kejadian yang buruk. “Ma Syaalah Tabaaraka Wataala”

Kali ini saya akan menceritakan pengalaman yang berkaitan dengan ‘Ain. Saya telah melakukan teknik TKR bersama sahabat saya. Sewaktu teknik TKR itu, semasa untuk mengesan OKS, Allah swt telah menunjukkan jiran-jiran dan sahabat-sahabat saya yang saya kenali semasa proses TKR brlangsung. Di sini timbul pertanyaan, setiap kali saya melakukan TKR mengapa wajah orang itu muncul di kepala saya. Atas tujuan, untuk menjaga maruah sauadara saya, saya tidak menceritakan kejadian ini kepada perawat saya. Lagipun, yang membimbangkan saya kemungkinan ini adalah imaginasi saya atau ini adalah sebahagian permainan syaitan untuk menimbulkan gelombang fitnah yang membuak-buak sesama kita.

Pun begitu, persoalan ini tetap menjadi tanda tanya kepada saya. Saya terus membaca bahan-bahan yang berkaitan perubatan ruqiyah Saya sangat tertarik dengan satu ulasan dari buku yang berjudul “Sihat Jiwa Raga Cara Islam (Seni Berjampi); Abdullah bin Abdul Aziz bin Abdullah. Antara petikannya seperti berikut;

“Dendam, dengki, iri hati makin bercambah dalam masyarakat kita tidak kira masyarakat bandar atau kampung. Orang akan merasai iri hati dengan nikmat yang kita dapat misalnya kekayaan, pangkat, ilmu pengetahuan, zuriat dan lain-lain. Penyakit ‘ain (kekuatan sihir dari sorot mata) dengan izin Allah menyebabkan ramai umat Islam menderita disebabkan penyakit ini. Kadang-kadang yang memandang tidak ada niat untuk menganaya tetapi disebabakan rasa dengki yang begitu tebal memberi pengaruh kepada mereka meyebabkan mereka lalai. Kelalaian inilah yang membuat saling menimpakan penyakit “Ain tanpa mereka sengaja walaupun mereka itu merupakan keluarga dan kerabat misalnya sorot mata kekaguman saat mereka mnyaksikan sesuatu yang mereka kagumi (hlm. 5)” Download fail Berkaitan ar-ruqiyah.

Jesteru itu, timbulah keinginan saya untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan “Ain ini. Saya telah membuat rawatan sendiri dan dari hasil yang diperoleh semasa rawatan tersebut amat memeranjatkan. Hasil dailog dengan jin yang terdapat dalam tubuh saya (melalui bahasa isyarat pergerakan jari tangan) terdapat tiga jin iaitu jin sihir, jin saka dan jin “Ain. Saya sempat bertanya apakah terdapat jin terbang atau jin berpindah rendah ternyata tidak ada. Kesempatan ini saya tidak mahu menulis berkaitan dengan jin sihir dan jin saka kerana hal ini sudah lumrah diperkatakan oleh perawat lain.

Saya sempat bertanya berkaitan dengan umur jin terutama bila dia masuk ke dalam tubuh saya. Salah satu jin mengaku dari Jin ‘Ain jiran saya dan dia sudah menetap hampir 3 tahun dalam tubuh saya dan memang benar saya mengenali jiran saya itu hampir 3 tahun.Ada jin lain mengaku dari sahabat saya sendiri dan dia mengaku dia masuk disebabkan rasa dengki sahabat saya itu. Kalau dlihat dari sifat luaran, sifat-sifat kedengkian sahabat saya itu memang ada. Walau bagaimapun, saya percaya kedengkian itu tidaklah sehingga dia sanggup untuk mengupah si tukang sihir. Inilah yang dikatakan “Ain. Bilangan setiap jin “Ain ini juga berbeza. Ada bilangannya setiap orang 20 – 150 jin. Kemungkinan banyak dan sedikitnya jumlah jin “Ain bergantung kepada berapa kali dia memandang saya dengan rasa kedengkian yang menebal.

Kesimpulannya, hasil dari peristiwa ini saya percaya bahawa Jin ‘Ain ini memang wujud. Oleh yang demikian, saya sarankan kepada perawat selain menghalau jin sihir, jin saka, jin terbang dan jin berpindah-randah, jin “Ain juga perlu dihalau. Berdasarkan penemuan saya, hampir semua jin ini mengaku beragama Islam dan dia bersedia untuk keluar dengan lebih mudah berbanding Jin sihir dengan jin Saka. Untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini, elok rasanya sahabat-sahabat, keluarga terdekat dan jiran-jiran tidak perlu disebutkan untuk mengenali ‘Ain dari siapa. Walau bagaimanapun untuk tujuan awasan atau berjaga-jaga terpulang kepada perawat. Yang penting ialah kita mahu menghalau jin ‘Ain itu bersarang dalam tubuh si pesakit dan tiadanya kesan negatif selepas penerimaan rawatan. Kalau tidak dihalau, tentunya akan memberi implikasi yang lebih buruk kepada si penderita. Lagipun, jin “Ain ini wujud bukan berdasarkan kehendak individu yang terbabit malahan ia timbul atau lahir secara tidak sengaja. Dengan sebab itulah, kalau kita memandang sahabat kita atau sesama saudara kita janganlah memandang dengan sorot mata kedengkian yang melampau. Kalau timbul cepat-cepatlah beristighfar dan sebutlah ““Ma Syaalah Tabaaraka Wataala” dan terus membaca tiga kul. Mudah-mudahan sorot mata kta itu tidak mengeluarkan /menerbitkan jin “ain kepada saudara kita.

Dalam karya Syaikh Wahid abdus-Salam Bali terdapat tiga langkah untuk mengatasi Jin Ain ini iaitu membaca tiga kul di atas penderita disebabkan “Ain. Sila rujuk tulisan Syaikh Wahid Abdus-Salaam Bali. Sila buat download diblog ini dibahagian

Download fail Berkaitan ar-ruqiyah. Jenis-jenis rawatan di bahagian akhir tulisannya ada dibincangkan secara mendalam. Berdoalah kepada Allah swt mudah-mudahan kita tidak termasuk golongan umat Nabi Muhammad sebagaimana sabda junjunan kita “Sebahagian besar umatku mati kerana – setelah qadha dan qadar Allah – penyakit ’Ain”

Sarji Kasim

Bandar Bera

06.06.2009

No comments: