Tuesday, October 5, 2010

KEHIDUPAN RASULULAH DALAM PANTUN

KEHIDUPAN RASULULAH DALAM PANTUN

BAB 1

NABI ISMAIL DAN AIR ZAM-ZAM


Ucaplah salam selamat datang,
Kami datang memberi hadiah;
Tanah Arab kering kontang,
Di situ tempat kota Mekah.

Kami datang waktu fajar,
Mengajak tuan pergi mengail;
Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar,
Ditinggal juga anaknya Ismail.

Sambil mengail kita bersyair,
Dendanglah syair biarpun susah;
Resah Hajar tiada air,
Berlarilah dia Safa dan Marwah

Dendang syair tepi kali,
Dendang syair bersama Umi;
Berulang berlari tujuh kali,
Ismail ada terus menendang .

Ajaklah juga kawan lelaki,
Lepas bersyair kita mengukir;
Ismail terus hentakkan kaki,
Telapak kaki terpancutlah air.

Datang lelaki mencari lebah,
Lebah dicari dalam huma;
Hilang penat hilang lelah,
Air zam-zam diberi nama.

Ukiran dibuat siapnya belum,
Simpan dulu balik pintu;
Datanglah kabilah bani Jurhum,
Sukalah ia tinggal di situ.

Ukiran dibuat hari Selasa,
Ukiran indah si burung merpati;
Ismail terus meningkat dewasa,
Gadis Bani Jurhum idaman hati.

Kami datang membina silaturahim,
Tidakkah itu suruhan Kitabullah;
Datang kembali Nabi Ibrahim,
Berdiri megah rumah Allah.

Hidup kita mestilah ceria,
Berwajah ceria sepanjang waktu;
Mengajarlah Ibrahim segala manusia,
Mengenali Allah yang satu.

Selesai mengukir carilah kuini,
Kuini dimakan orang Malaysia;
Terbina ka’bah sehingga kini,
Menyembah Allah segala manusia.

Selesai makan hilanglah lelah,
Hilang lelah senang badan;
Abdul Mutalib datuk Rasululah,
Rasululah datang petunjuk kebenaran.

BAB 2

ABDUL MUTALIB DENGAN ANAK KESAYANGAN



Selesai makan hilanglah lelah,
Hilang lelah senanglah badan;
Abdul Mutalib datuk Rasululah,
Rasululah datang petunjuk kebenaran.

Mari tuan mencari peti,
Mencari peti tentunya susah;
Abdul Mutalib orangnya dihormati,
Sepenuh hati. menjaga Ka’bah.

Dalam peti ada buku,
Peti cantik kepunyaan mama;
Abdul Mutalib penjaga suku,
Anak bongsu Abdullah diberi nama,

Peti cantik diambil raja,
Peti cantik beli di Juddah;
Abdullah di Mekah meningkat remaja,
Muda remaja genaplah sudah,

Tuan sebenar sudahlah mati,
Cara membuat sangatlah susah;
Aminah dipilih pasangan hati,
Anak ketua Bani Zuhrah.

Peti disiap bulan purnama,
Bulan purnama di tengah padang;
Aminah keturunan keluarga ternama,
Suku Quraisy warga terbilang.

Bulan purnama amatlah indah,
Indah bulan di tengah sawah;
Tinggallah Aminah di kota Mekah,
Abdullah berdagang mencari nafkah.

Cerahnya bulan di tengah kota,
Cerialah malam tiada bosan;
Suami tercinta hilang di mata,
Kandungan Aminah dua bulan.


Bulan purnama bolehlah berdagang,
Mari bersama menjual nenas;
Tanah Gaza tempat berdagang,
Pulang ia musim panas.

Mula menjual waktu maghrib,
Kita menjual sampai ke fajar;
Singgah Abdullah kampung Yathrib,
Penyambung saudara Bani Najjar.

Selepas fajar bolehlah bangkit,
Bangkitlah tuan berhenti lelah;
Malang Abdullah jatuh sakit,
Pulang kabilah tanpa Abdullah.

Dapat untung usahlah gundah,
Itulah hasil kita berdagang;
Tahulah bapa cerita Abdullah,
Al Harith di minta membawa pulang.

Bersama berdagang sahabat karib,
Kita berdagang usahlah tertunda;
Sampai al-Harith di Yathrib,
Rupanya Abdullah sudah tiada

Kita berdagang banyaklah faedah,
Ada duit usahlah meminta;
Pulanglah dia ke kota Mekah,
Membawa khabar duka cita.

Kalau berdagang usahlah berkira,
Niat baik jangan dihalang;
Sedih Abdul Mutalib tidak terkira,
Anak kesayangan dimata hilang.

Duit banyak cepatlah ghaib,
Itulah sifat orang tamak;
Aminah berada di rumah Abu Talib,
Mengandung Aminah seorang anak.

Lepas berdagang rehat di sofa,
Sofa indah warnanya merah,
Lahir Ahmad bidannya al-Syifa.
Lahir anak tidak berayah.

BAB 3

PENCEROBOHAN TENTERA BERGAJAH


Mari tuan kita ke Juddah,
Kita ke Juddah untuk ibadat;
Musibah datang melanda Mekah,
Hancurkan Ka’bah itulah hajat.

Sebelum ke Juddah naiklah feri,
Tenangah hati tentunya ceria;
Abrahah iri tiada terperi,
Ka’bah tetap tempat mulia.

Jiwa tenang senanglah kerja,
Dapat kerja carilah pujaan;
Gereja dibina besarlah belanja,
Emas gading jadi binaan.

Buatlah kerja sampai ke petang,
Selesai kerja minumlah kopi;
Abrahah datang amatlah garang,
Gereja dibina tinggalah sepi.

Kopi diminum tempat yang indah,
Buat penghilang hati yang malang;
Abrahah datang bersama gajah,
Suku Arab tetap menghalang.

Kopi diminum tamatlah sudah,
Hati senang jiwa aman;
Datang Abrahah dengan gagah,
Arab tawanan penunjuk jalan.

Selesai minum mari ke pekan,
Mari bersama membeli makanan;
Datang mereka tiada tertahan,
Datang Abrahah bukannya lawan.

Pergi ke pekan jagalah aib,
Naik basikal usahlah gayat;
Utusan datang menghadap Abdul Mutalib,
Meruntuh Ka’bah itulah niat.

Naik basikal ke tengah pekan,
Pergi ke pekan mencari bilik;
Datang Abdul Mutalib membuat rundingan,
Harta dirampas menjadi milik.

Mencari bilik sangatlah susah,
Rupanya ada di tengah medan;
Rayu Abdul Mutalib kepada Abrahah,
Usahlah Ka’bah jangan diroboh.

Keluar bilik ke tengah halaman,
Buatlah air untuk minuman;
Ditawarlah ibu segala ganjaran,
Daerah Tihamah diberi kekayaan.

Bawalah nasi berlauk sotong,
Sotong dimasak bersama rempah;
Bicara Abrahah dengan sombong,
Datang ia merobohkan ka’bah.

Sebelum makan perlu bertanya,
Bolehkah hamba meminta tolong?;
Kembali Abdul Mutalib ke kaumnya,
Larilah kalian ke puncak gunung.

Tunjukan saya arah ke Kufah,
Bawa juga buah perah;
Ditanya orang nasib Ka’bah,
Ka’bah tetap dijaga Allah.

Ingin berdakwah usahlah pengecut,
Kuatkan semangat kalau diperli;
Doa Abdul Mutalib bersama pengikut,
Selamatkan Ya Allah Ka’bah kami.

Ambil kitab dalam peti,
Kitab milik anak khalifah;
Doa Abdul Mutalib sepenuh hati,
Bergayut ia di pintu Ka’bah.

Kalau tuan jadi berdakwah,
Perlu disanjung kitab Allah;
Datang Abrahah dengan megah,
Ketua Gajah menuju Ka’bah.

Dari Mesir terus ke Juddah,
Niat dihati menjual sepatu;
Sampai mereka sempadan Mekah,
Berhenti gajah seperti batu.

Naik kapal ganasnya ombak,
Berhenti dulu naiklah feri;
Dipaksa mereka gajah bergerak,
Aneh mereka tiada terperi.

Sambil berihat kita bertanam,
Dapat hasil belilah perak;
Arahlah gajah ke arah Sham,
Arah sana gajah bergerak.

Perak dibeli perlu digenyah,
Barang mahal dapatnya susah;
Bergerak lagi kumpulan gajah,
Datang lagi menuju Ka’bah.

Perak dibeli dalam kota,
Pergi ke kota hari Sabtu;
Aneh lagi tiada terkira,
Gajah berhenti seperti batu.

Pulang ke kota dapatlah sakit,
Pergilah rawat doktor Belanda;
Awan hitam tengah langit
Ribut apa datang melanda?

Kepakaran doktor sangatlah layak
Doktor merawat berapkah upah;
Kawanan burung amatlah banyak,
Datang menyerang tentera Abrahah.

Syukur kita pada yang Satu,
Badan sihat hati sejahtera;
Burung Ababil membawa batu,
Datangnya batu dari neraka.

Kalau sihat usahlah lara,
Tenanglah hati usah gundah;
Batunya kecil panas berbara,
Terkena badan tentera bergajah.

Jagalah lidah jangan mengumpat,
Dosa bertambah tentunya dapat;
Ajal datang sangat dahsyat,
Umpama daun di makan ulat.

Mari tafakur di tengah laman,
Penyegar hati yang gundah.
Kembali Abrahah ke negeri Yaman,
Terkejut ia beserta lelah.

Laman indah banyaknya bata,
Dibuat ia pasti susah;
Hairanlah ia tiada terkata,
Bertemu ajal itulah penyudah.

Indahnya laman di tengah panas,
Kalau panas ambillah payung;
Ka’bah tersohor sangat meluas,
Segala Arab datang berkunjung.

Laman bersih tandanya taat,
Taat pasti perintah Allah;
Dalam sejarah ada dicatat,
Dinama ia Tahun Gajah.

Taat perintah amatlah patut,
Itulah tanda menurut seruan;
Firman Tuhan ada disebut,
Surah al-Fill jadi panduan.

BAB 4

HIDUP BERSAMA IBU SUSUAN DAN ABDUL MUTALIB BERSAMA NABI


Ibu kambing berbadan dua,
Berlari ia mencari bunyi;
Jadilah Aminah ibu mulia,
Aminah selamat lahirlah bayi.

Kambing milik anak Taib,
Lahir kambing di bawah bayang;
Salam Aminah untuk Abdul Mutalib,
Cucu lelaki amatlah sayang.

Ibu kambing bulunya lebat,
Bulu di dahi nampaklah tuah;
Abdul Mutalib bangsawan hebat,
Cucu lelaki selamatlah lahir.

Berlari kambing arah ke kali,
Hilang dia mencari tuan;
Tawaf Ka’bah tujuh kali
Hari ketujuh memanggil jamuan.

Tepi kali ada ikan,
Tangkap udang bersama saji;
Muhammad diberi nama pilihan,
langit bumi akan dipuji.

Ibu kambing beranak jantan,
Anak jantan mencari susuan;
Langit bumi jadi sebutan,
Muhammad orang terima pujian.

Anak kambing dalam kurungan,
Menjenguk kepala mencari susuan;
Kota Mekah banyak dugaan,
Bayi membesar bukan pilihan.

Anak kambing mencari makan,
Makanan ada di sebalik pagar;
Ibu susuan jadi pilihan,
Udara kampung amatlah segar

Sembelih kambing mencari amal,
Daging kambing bawalah turun;
Bani Sa’d suku terkenal,
Asalnya ia kawasan gurun.

Anak kambing masuk kota,
Masuk kota mencari taman,
Sempat Aminah memanggil wanita,
Tuhawaibah nama jadi pilihan.

Anak kambing berlari bercanda,
Berlari bercanda amatlah girang;
Sempat dia susukan Baginda,
Kasihlah Baginda sepanjang hayat.

Anak kambing memakan salad,
Datang adik terus menyapa;
Berduyung datang Bani Sa’d,
Pilihan bayi ada berbapa.

Anak kambing terputus tali,
Tali kuat terputus pintalan;
Tinggalah Ahmad tiada peduli,
Ambil Ahmad tiada ganjaran.

Anak kambing mencari perigi,
Jatuhlah ia terus ghaib;
Tiba saat suku pergi,
Datang Halimah Abu Dhu’aib.

Kambing jatuh panggilah suami,
Bangun tidur terus bersugi;
Berkata dia kepada suami,
Yatim piatu kubawa pergi.

Anak kambing sedang meronta,
Larilah ia batang sekah;
Tiada marah suami tercinta,
Sebalik hikmah ada barakah.

Anak kambing tumbuhlah gigi,
Lari ia dikejar petani;
Baginda diambil dibawa pergi,
Rezeki bertambah hairanlah penghuni.

Anak kambing memakan buah,
Girangnya adik bermain congkak;
Susu kambing melimpah ruah,
Ayam kampung terus membiak

Sambil berihat angin melanda,
Datang hujan amatlah lebat;
Tiga tahun usia Baginda;
Tercatat peristiwa paling hebat.

Larilah kambing berbulu putih,
Tiada habis memakan salad;
Datang lelaki berpakaian putih;
Datang mencuci dada Ahmad.

Kambing berlari tentunya letih,
Kambing milik Haji Samad,
Dua lelaki berpakaian putih.
Dada dicuci tiada pedih.

Kambing di kandang ambilkan kunci,
Kambing mengembek memanglah bosan;
Basuhlah hati sebersih suci,
Dijahit kembali tiada kesan.

Tepi kandang ada roda,
Tanam bunga nampak kemas,
Daging hitam dalam dada,
Dimasuk ia mangkuk emas.

Ambilkan kunci dalam laci,
Kunci dicari sangatlah susah;
Air batu dijadi bahan pencuci,
Terbaring Ahmad menyerah pasrah.

Anak kambing bawah rumah,
Terkena cuka butalah mata;
Itulah cerita anak Halimah,
Teman sesusu saksi mata

Sakitlah kambing terus meronta,
Hari malam pasang pelita;
Depan ibu semuanya dikata,
Berdebar Halimah mendengar berita.

Tidurlah kambing tiada lena,
Tanah kandang menjadi rawa;
Semua kerja jadi tak kena,
Berita disampai gementar jiwa

Berlari kambing tiada larat,
Berhenti berlari makanlah sagu;
Bimbang Halimah ada mudarat,
Ahmad sihat hilang ragu.

Makan sagu bawah rumah,
Ambil cangkul pergi ke kebun;
Tinggalah Ahmad bersama Halimah,
Belajar ia dialek gurun.

Kalau berkebun mesti setia,
Pergi ke kebun tanamlah betik;
Lima tahun meningkat usia
Lelaki Habsah sangat tertarik.

Tersenym adik berpakaian lawa,
Berlari rebah amatlah tabah;
Anak ini sungguh istimewa,
Izinkan kami bawa ke Habsah.

Berlari rebah siaplah sudah,
Jatuh adik di tengah rumah;
Bimbang Halimah tiada sudah,
Ambil Ahmad pulang ke Mekah

Anak kambing tepi rumah,
Bersuara indah si kakak tua;
Senanglah hati jiwa Halimah,
Selamat Baginda hidup bahagia.

Anak kambing memakan palas,
Sangat culas tidak terbela;
Jasa Halimah tiada terbalas,
Muhammad dewasa jasa dibela.

Anak kambing warna bertanda,
Melompat lari ke atas batang;
Halimah bertandang ke rumah Baginda,
Diberi hadiah dibawa pulang.

Anak kambing pulang petang,
Kenyang perut hati selesa;
Suatu ketika musibah datang,
Hidup di gurun amat terseksa.

Angin Timur datang melanda,
Sejuknya angin sampai ke tulang;
Datang Halimah ziarah Baginda,
Makanan diberi dibawa pulang.


Bersama Abdul Mutalib


Anak kambing bertompok merah,
Tenang adik bermain sempua;
Kembali Baginda ke Tanah Mekah,
Bersama datuk sudahlah tua.

Banyaknya kambing tiada terkira,
Orang kaya itulah tanda;
Sayang datuk tiada terkira,
Kemana pergi bawalah Baginda.

Angin Timur berhenti melanda,
Ribut berhenti waktu Maghrib;
Enam tahun umur Baginda,
Aminah bercadang ke Yathrib.

Kambing bagus sila pilih,
Ambilkan tali atas tuku;
Hasrat murni menyambung kasih.
Bani Najjar itulah suku.

Kambing dijerat terus meronta,
Buat jerat jangan lupa;
Bawalah Aminah anak tercinta,
Ummu Aiman hamba bapa.

Sembelih kambing tanda bersyukur,
Buat gulai santan kelapa;
Baginda di bawa ziarah kubur,
Tahulah Baginda kubur bapa.

Sopan santun jagalah aib,
Itulah sifat orang bermaruah;
Sebulan berada di tanah Yathrib,
Pulang Aminah menuju Mekah.

Sambil bergulai sambil tertawa,
Masukkan garam jangan tertinggal;
Sampai Aminah kampung al-Abwa,
Sakitlah Aminah akhirnya meninggal.

Habis air sangatlah sedih,
Ambil air dalam balang;
Pulang Baginda amatlah pedih,
Ummu Aiman iringi pulang.

Ambil air cepatlah tuang,
Cermatlah tuang jangan tumpah;
Lapan tahun usia menjelang,
Abdul Mutalib menemui Allah.

Letakkan gulai atas bata,
Gulai panas berlapikkan papan;
Sedihnya hati tiada terkata,
Mengiringi keranda sepanjang jalan.

Selesai bergulai jemput menari,
Kita menari pakai sepatu;
Tinggallah Baginda seorang diri,
Kini bergelar Yatim piatu.

BAB LIMA

MUHAMMAD BERSAMA ABU TALIB


Tegak teguh beringin tua,
Beringin tua hujung sana;
Tinggallah Ahmad sebatang kara,
Datuknya pergi ke alam fana.

Beringin tua tiada bertuan,
Tegak teguh sudah berabad;
Sebelum pergi adalah pesan,
Wahai Abu Talib jagalah Ahmad.

Beringin tua amatlah ceria,
Indah subur tepi paya;
Abu Talib pekerti mulia,
Warga Mekah hormatlah dia.

Dahannya dipotong jadilah para,
Para dibuat bentuk bersegi;
Ahmad bersama bapa saudara,
Cintanya Ahmad amatlah tinggi

Beringgin tua amatlah indah,
Bawahnya tumbuh ulam pegaga;
Dua belas tahun genap sudah,
Hiduplah Ahmad bersama penjaga.

Tegak beringin sangat setia,
Saban hari faedah diberi;
Muhammad itu jujur mulia,
‘Al-Amin’ nama gelar diberi.

Tegak beringin di tepi pagar,
Bersarang lebah di tepi batang;
Berhak ia mendapat gelar,
Sepanjang hidup tiada berbohong.


Pertelingkahan Meletakkan Hajarul Aswad

Beringin muda tumbuhlah dedalu,
Tidur pengeran amatlah lena,
Banjir besar baru berlalu,
Ka’bah roboh perlu dibina.


Tidurlah tuan jangan melatah,
Kalau latah nanti diperli.
Bersatu Quraisy membina Ka’bah,
Dinding roboh dibangun kembali.

Berehat pengeran berhenti lenguh,
Bersiram ia di sungai cetak;
Bertelingkah Arab menjadi gaduh,
Hajarul Aswad siapa letak;

Kalau bersiram ingatlah petua,
Mari bersiram tepi kolam,
Abu Umayyah penduduk tua,
Penyelesai sengketa tiba ilham.

Selesai bersiram hilanglah lemah,
Selesai bersiram angkatlah barang;
Lelaki pertama masuk Ka’bah,
Jadi pilihan dialah orang.

Angkat barang jangan menunda,
Masukkan barang dalam kereta;
Fajar menyingsing datang Baginda,
Layaklah Baginda pemutus sengketa.

Duduk bersila membaca kitab,
Terjatuh ranting terkena mata,
Mendengar berita gembiralah Arab,
‘Al-Amin’ datang selesai sengketa.


Sakitnya mata ambillah gamad,
Kalau terkencing pakailah lampin;
Batu hitam dia Ahmad,
Letak Ahmad atas kain.

Hilang sakit badan lega,
Ajaklah kawan minum tuak;
Batu hitam dari syurga,
Setiap bucu peganglah puak.

Kalau menyadak usahlah bosan,
Usaha gigih mesti tabah;
Kain diangkat tempat tujuan,
Letakklah Baginda di dinding Ka’bah.

Waktu menyadak amatlah letih.
Ambil sigai tepi kolam;
Asal batunya warna putih,
Dimakan usia bertukar hitam.

Sigai rosak perlu dibaji,
Menanti rebah menunggu masa;
Ramai orang mengerjakan haji,
Bersama mereka membawa dosa.

Perjalanan ke Sham


Tumbuh beringin cerialah alam,
Beringin tumbuh tengah padang;
Tersebut kisah perjalanan ke Sham,
Tempat orang pergi berdagang.

Tempat berihat anak peladang,
Terbang burung mencari upam;
Abu Talib kerjanya berdagang
Ingin berdagang ke tanah Sham.

Anak dara menjemur apokad,
Gamat dibuat pengubat luka;
Tiada hasrat membawa Ahmad,
Gurun luas tentu bahaya.

Pinggir beringgin tanamlah peria,
Tanam peria bersama lada;
Ahmad masih muda usia,
Jalannya jauh air tiada.


Umur beringin sudahlah lama,
Sedia berjasa amat setia;
Hasrat Ahmad ikut bersama,
Bawalah Ahmad bersama dia.

Duduk bersimpuh seorang dara,
Tandanya hidup dalam bahagia;
Dalam perjalanan singgah di biara,
Rahib Kristian bernama Bahia.

Duduk bersembang anak parewa,
Duduk bersembang amatlah lama;
Kafilah Mekah amat istimewa,
Anak awan ikut bersama.

Sambil bersembang makan bidara,
Bidara dipungut di tengah hutan;
Terdetik hati Sanga Biara,
Siapa istimewa dalam kumpulan.

Berpakaian cantik amatlah lawa,
Bacalah kitab tanda berilmu;
Bahira melayan penuh istimewa,
Makanan dihidang untuk tetamu.

Pacaklah kayu jadikan tanda,
Galilah lubang masukkan bata;
Tanya Bahira inikah yang ada?
Bersama kalian ada istimewa.

Pohon beringin tempat bercermin,
Datang pemuda asyik gembira
Berdekatan unta girangnya bermain,
Suruhlah Bahira membawa Baginda.

Dahan lurus buatlah tangga,
Tangga dibuat dalam taman;
Tanya Bahira siapakah penjaga,
Akulah penjaga nyawa dan badan

Atas beringin adalah lotong;
Adalah pasangan sedang asmara;
Tahulah Bahira siapa pembohong,
Mengalah Abu Talib terus berbicara,

Datang helang membuat onar,
Terbang burung tiada tinggal;
Jawab Abu Talib kata sebenar,
Bapanya sudah lama meninggal

Berehatlah petani mencari nira,
Duduk berehat tepi telaga;
Tetamu istimewa diteliliti Bahira,
Bapa saudara tiada terduga

Beringin indah jadilah taman,
Tempat orang makan caca;
Pusat bertanya tempat jamuan,
Pesona Bahira batin membaca,

Sesat di jalan hilang hala;
Jalan di simpang tanahnya merah;
Bersumpah Bahira nama berhala
Al-Lat Al Uzza ada di Mekah

Lepas makan nampaklah gembira,
Ramailah anak makan berebut;
Tersembur kata mulut Bahira,
Benci Ahmad berhala disebut.

Mari tuan membakar ikan,
Pohon beringin tepi jalan;
Jumpalah Bahira tanda kenabian,
Dua tulang bahu jadi panduan.

Tepi jalan ada telaga,
Tempat mandian anak dewa;
Berkata Bahira kepada penjaga,
Anak ini manusia istimewa.

Pohon beringin dahannya patah,
Ambil batangnya jadikan jendela;
Berpatah balik ke tanah Mekah,
Yahudi tahu ajallah Baginda.


Hari suram tanda nak malam,
Berkelip di langit nampaklah bintang;
Batallah hasrat ke negeri Sham,
Bimbang Ahmad di bunuh orang.


BAB 6


SEMANGAT AL-FUDUL

Pantai indah tempat berkelah,
Tempat berkelah amatlah indah;
Tinggallah Baginda di kota Mekah,
Pasar Ukaz tempat riadah.

Selesai berkelah kita ke ladang,
Sambil bekerja sambil berbual;
Dhul Majaz pasar berdagang,
Barang dagangan tempat menjual

Selesai bekerja minumlah air,
Minum air dalam tempayan;
Pasar juga tempat bersyair,
Syarahan pidato itulah kebiasaan.

Tempayan indah warna perang,
Banyaklah air sudah diisi;
Syair indah dapat dikarang,
Di situ tempat melahirkan emosi.

Air dicampur asam jawa,
Duduk adik tanpa diundang,
Syair dikarang berbicara jiwa,
Silsilah sejarah turut dikarang.

Adik mengajak bermain layang-layang,
Larilah adik diserang tebuan;
Saban tahun syair berkumandang,
Syair hebat dapat habuan.

Datanglah hujan amatlah lebat,
Berlari kuat tiada larat;
Muncullah Arab sasterawan hebat,
Catatan sejarah sudah tersurat.

Berlari perlahan tandanya penat,
Itulah tanda diri dah berusia;
Syair Arab bagindalah peminat,
Tabiat Arab itulah dia.

Berhenti minum mintalah izin,
Badan letih diri goyah
Suku Quraisy juga Hawazin,
Empat tahun berperang sudah.

Minum air atas bata,
Lepas minum badan lega;
Baginda juga ikut serta,
Anak panah bertaburan dipunggut juga,

Berhenti berihat hilang lelah,
Datang hujan kena tempias;
Tahulah Quraisy mereka salah,
Perang disokong maruah terjejas.

Sambil berihat hilang teropah,
Hilang teropah tiada kasihan;
Penjaga Ka’bah pasti tergugah
Kembali mereka ke pangkal jalan.

Berkaki ayam di atas rumput,
Berkaki ayam bermain bola;
Jalan mana perlu diikut,
Adil saksama maruah terbela.

Selesai bermain ambillah galah,
Galah dibuat kayu getah;
Suku Quraisy mengaku salah,
Damai dicari tamatlah sudah.

Orang bermain tiadalah ramai,
Selesai bermain makan bidara;
Semangat Al-Fudul terus tersemai.
Baginda menyaksi akrab saudara.


BAB 7

ALLAH MELINDUNGI DOSA MUHAMMAD


Kain putih sangat istimewa,
Kain putih pembungkus laksa;
Warga Mekah berhilai tawa,
Siang malam berpesta dansa.

Kain putih buatlah tanda,
Tersenyum adik sambil bercanda;
Tidak terdetik hati Baginda,
Menyegar diri dosa berganda.

Banyak gembira tandanya ceria,
Petola dibungkus bersama peria;
Muhammad juga pengembala setia,
Suka tafakur akhlak mulia.

Kain putih dalam taman,
Taman indah adalah laman;
Kambing peliharaan dijaga teman,
Ke kota Mekah majlis pernikahan.

Kalau melukis jangan memaksa,
Kalau memaksa tiadalah bentuk;
Tidak sempat bergelombang dosa,
Ditidurkan Allah rasa mengantuk.

Kain dilukis oranglah tua,
Orang tua digelar kebayan;
Ke pesta ria kali kedua
Kota Mekah tempat tujuan.

Kain putih dalam cerana,
Kain putih di buat bentuk;
Terpukau irama muzik pesona,
Allah menidurkan Baginda mengantuk.

Kain putih kepunyan Abi,
Dipakai ia hari Selasa;
Itulah kisah akhlak nabi,
Allah penjaga segala dosa.


BAB 8

BERNIAGA BERSAMA KHADIJAH


Belayar kapal bulan gerhana,
Berlayar ia nampak berbaris;
Abu Talib hidupnya sederhana,
Tiada harta anaknya berbaris.

Pergi belayar mencari untung,
Berlayar ia ke Barat Daya;
Sayang Ahmad tiada terhitung,
Carilah dia kerja terdaya.

Kapal belayar membawa lada,
Membawa lada bersama perak;
Kerja terdaya untuk Baginda,
Itulah kewajipan terletak dipundak

Dalam kapal banyaklah para,
Semasa belayar amatlah susah;
Berbincang Abu Talib dengan saudara,
Saudara perempuan bernama Atiqah.

Kapal belayar kepunyaan Imad,
Orang lelaki sangatlah muda;
Hajat dihati menikahkahkan Ahmad
Apakan daya duit tiada.

Kapal belayar sudah lama,
Kapal belayar muatan pinang;
Khadijah usahawan kaya ternama,
Perlu pekerja dalam berdagang.

Ramai orang mencari upah,
Muatan kapal masuk ke feri,
Itulah cara mendapat nafkah,
Sesudah itu carilah isteri.

Masa belayar sudah tertunda,
Tertunda sebentar tiada kekal;
Carilah Abu Talib untuk Baginda,
Bersua Khadijah usahawan terkenal.

Kapal belayar hari Sabtu.
Terbang sekawan burung merpati;
Bersedia Khadijah Ahmad pembantu,
Terima Ahmad setulus hati.

Kapal belayar ke Pulau Naga,
Nampak jauh sayup memandang;
Tanah Sham tempat niaga,
Bermula Ahmad seorang pedagang.

Kapal belayar mencari arah,
Dari darat pasanglah pelita;
Pergi Ahmad bersama Maisarah,
Pembantu Khadijah paling setia

Kapal belayar langit merah,
Menanti ibu anak pulang;
Pesan Abu Talib kepada Maisarah,
Jagalah Ahmad anak kesayangan.

Sampai ke kuala air suam,
Keluar nakhoda keluar meninjau;
Bersama berdagang ke negeri Sham,
Lihatlah Ahmad tanah menghijau

Kapal belayar ke arah Juddah,
Menyusur ia ke Laut Merah;
Pulang mereka hasil melimpah
Jujur amanah hormatlah Maisarah

Sambil berlabuh mengail pari,
Singgah dahulu mencari kopiah;
Utuslah Baginda seorang diri,
Sampai di Mekah disambut Khadijah


BAB 9

PERISTIWA PERKAHWINAN MUHAMAD SAW DENGAN KHADIJAH


Turun puteri dari kayangan,
Turun ia taman larangan;
Khadijah janda hartawan bangsawan,
Orangnya cantik lagi budiman.

Taman larangan barangan mahal,
Tempat singgah burung merpati;
‘Uqbah, Abu Sufian Abu Jahal,
Bangsawan Mekah menaruh hati.

Bunga indah bunga dahlia,
Berarak indah tompokan awan;
Pemuka Quraisy melamar dia,
Ditolak ia tiada berkenan.

Taman larangan sangatlah indah;
Bekerja orang mengambil upah;
Malam indah bermimpilah Khadijah,
Mentari turun masuk ke rumah,

Daun palas dibuat ketupat,
Api besar jangan dibiar;
Memancar sinar segenap tempat,
Seluruh Mekah terkena sinar.

Besar belanja jangan disoal,
Taman indah taman utama;
Berjumpa dia Waraqah Naufal,
Pengetahuan luas bidang agama.

Mencari nyiru untuk menampi,
Menampi padi pohon yang redup;
Tanya Khadijah takwil mimpi,
Nabi terakhir pasangan hidup.

Taman indah sudahlah tua,
Tersergam megah sudahlah lama;
Kota Mekah asalnya dia,
Suku Quraisy keluarga ternama.

Duduk di taman jangan mengumpat,
Duduklah tuan bersuka ria;
Bani Hashim keluarga terhormat,
Terpaku Khadijah khabar gembira.

Taman indah sudah dibaja,
Baja bagus sudah ditampi;
Mendengar Muhammad mencari kerja,
Tahulah dia takbir mimpi.

Taman indah kesayangan bunda,
Taman istimewa tiada punah;
Timbullah hasrat bersuamikan Baginda,
Tiada dizahir bimbang fitnah.

Taman indah tepi kuala,
Ramai orang sedang membaja;
Dua puluh tiga tahun usia,
Baginda kini muda remaja.

Taman cantik tiada duri,
Taman indah sangat bertuah;
Sopan santun perhiasan diri,
Perawakan ceria berbahasa indah.

Taman indah tiada sampah,
Sampah dibuang Pak Cik Samad;
Keturunan hebat penjaga Mekah,
Cintalah Khadijah pada Ahmad.

Waktu membina amatlah susah;
Tanah berbatu amatlah payah;
Pergi Khadijah pada Nafisah,
Sahabat baik penghilang gelisah.

Tepi kuala bertanam salad,,
Laut indah cuacanya redup;
Mencari Nafisah nabi Muhammad,
Tanyalah dia teman hidup,

Siapnya taman sebagai tanda,
Lahirlah sudah cahaya mata;
Katalah Nafisah pada Baginda,
Sukanya Baginda tiada terkata.

Sinaran indah sinaran mentari,
Terbitnya sinar hatipun lega;
Hari berganti tetapkan hari,
Datang Baginda bersama keluarga.

Lepas membakar terbitlah bara,
Bara dibuat membakar gelama;
Abu Talib tukang pembicara,
Waraqah Naufal hadir bersama.

Taman indah usah dipindah,
Tanda ia sangat bertuah;
Muhammad Khadijah bertaut sudah,
Hari Jumaat dirancang sudah.

Taman indah kesayangan dara,
Pohon indah pohon bidara;
Harta Abu Talib dan saudara,
Mas kahwin diberi pelengkap acara,

Terbang sekawan burung punai,
Patah sayap terkena duri;
Emas kahwin dibayar tunai,
Tanda maruah empunya diri.

Taman indah besarnya upah,
Pohon besar ada yang tinggal;
‘Amir bin Asad wali Khadijah,
Khuwailid bapanya sudah meninggal.

Taman indah tempat bersumpah,
Sumpah keramat jangan dibiar;
Ijab Kabul termetrai sudah,
Empat ratus dinar itulah mahar.

Taman indah bersarangnya lebah,
Datang lebah serilah suasana;
Waraqah Naufal pembaca khutbah,
Cerialah mereka istana dibina.


BAB 10

ALAM PERKAHWINAN RASULULAH


Buat rumah kayu berangan,
Kayu berangan hutan Bangi;
Takdir penentu hilang kemurungan,
Cinta Nabi mekar mewangi.

Rumah cantik belum sudah,
Rumah cantik ada perigi;
Cinta Khadijah tiada penyudah,
Hidup mereka bahagia serasi.

Siapnya rumah dua purnama;
Tanam keladi tiada berubi;
Kesedihan juga selalu menjelma,
Itulah hakikat kehidupan nabi.

Rumah siap ada berkaki,
Rumah kukuh payah binasa;
Khadijah melahirkan anak lelaki,
Dipanggil Ilahi belum dewasa

Rumah cantik isinya tiada,
Rumah cantik tepi sawah;
Qasim Abdullah wafatnya muda,
Keduanya anak tersayang Khadijah.

Rumah indah sungguhlah mewah,
Waktu bina amatlah susah;
Saidina Ibrahim anak Rasululah,
Berkongsi hidup Mariyatul Qibtiyah.

Rumah indah berkolam ikan,
Rumah siap tuannya sayang;
Dapatlah Baginda anak perempuan,
Jadilah bapa yang penyayang.

Rumah siap usahlah ubah,
Tempat berihat bersama bunda;
Zainab Rokiah anak Khadijah,
Fatimah juga anak Baginda.

Tanam bunga dalam pasu,
Ambil tanah jangan dipadat.
Fatimah az Zahra puteri Bongsu,
Lahir puteri hari Jumaat.

Rumput panjang ambilah keri,
Potong rumput kutiplah sampah;
Al-Batuul gelaran indah diberi,
Ilmu akhlak amatlah indah.

Rumah cantik bagaikan istana,
Tanam pokok jadikan taman;
Dialah saksi Muhammad dihina,
Kalbu dan jiwa mewanggi iman.

Ada kaca jangan dilangkahi,
Terkena kaca kaki berdarah;
Anak perempuan tiada dikasihi,
Itulah sifat Arab Jahiliyah

Depan rumah ada panduan,
Ada roda itulah tanda;
Tiada dibeza anak perempuan,
Itulah akhlak terpuji Baginda.


BAB 11

KEDATANGAN WAHYU PERTAMA


Terbang merpati pelbagai arah,
Singgah sebentar di atas lalang;
Hidup Baginda bersama Khadijah,
Jadilah Baginda usahawan cemerlang.

Terbang merpati waktu hujan,
Patah sayap terkena duri;
Kaya dicari bukan tujuan,
Pergi Baginda munajat diri.

Hinggap merpati atas bata;
Terbang ia tinggalah sepi;
Menjauh Baginda kebisingan kota,
Gunung An-Nur tempat menyepi.

Terbang merpati tepi perigi,
Terbang juga sepasang angsa;
Tahulah Khadijah sifat suami,
Muhammad bukanlah insan biasa.

Musim hujan banyaklah pacat,
Gigit pacat perlu dirawat;
Bulan Ramadan pergilah berkhalwat,
Gua Hira’ tempat munajat.

Terbang jauh burung terkukur,
Terbang jauh nampaklah suram;
Suka Baginda ikhlas bertafakur,
Bertafakur siang dan malam.

Datang angsa memakan roti,
Datang kucing mencuri tenggiri;
Doa dipohon memimpin hati,
Kebenaran hakiki membelah diri.

Indah sungguh bulan purnama,
Termenung adik di tepi rimba;
Usia matang mula menjelma,
Empat puluh tahun genap usia.

Berlari adik ke atas riba,
Berlari ia ke riba bunda;
Malam dingin Jibrail tiba,
Datang mendakap memeluk Baginda.

Terbang merpati ke arah teluk,
Terbang ia nampaknya susah;
Tiga kali datang memeluk,
Jibrail meminta katakan “Bacalah”.

Terbang merpati ke tengah hutan,
Bunda di rumah membuat caca;
Berkata Baginda diri ketakutan,
Apa yang perlu kubaca?

Tepi kuala orang mengail,
Dapat ikan sangatlah cepat;
Surah al-Alaq dibaca Jibrail,
Baginda mengikut terus terpahat.

Dapat ikan si ikan gelama,
Datang Cina mengail labi;
Surah al-Alaq wahyu pertama,
Tanda Baginda seorang Nabi.

Kalau tuan pergi ke Pahi;
Belikan saya sebungkus inai;
Bahasa indah kalimah Ilahi,
Itulah harta tiada ternilai.

Inai dibeli sayangnya tumpah,
Inai tumpah di tikar rotan;
Wahyu Ilahi terus mencurah,
Wahyu Ilahi kalahkan ciptaan.

Inai dijari indah warna,
Inai dipakai hari Rabu;
Siapa mendengar pasti pesona,
Tersentuh jiwa menusuk kalbu.

Inai diambil Kuala Kedah,
Inai dipetik dahannya patah;
Tiga batu berlari ke Mekah,
Menuju rumah mencari Khadijah.

Inai dipakai berpunya pasti;
Ramai orang membuat pericik;
Mendakap isteri pinta diselimuti,
Badan menggigil peluh memercik.

Selesai berinai mandi di kali,
Mandi berlimau tiadalah payah;
Pabila masa tenang kembali,
Berperi Baginda kepada Khadijah.

Tali dinama tali rami,
Dibuat orang mengail labi;
Tenang Muhammad dinasihati isteri,
Itulah tanda munculnya nabi,

Kalau kenduri potonglah sapi,
Itulah amalan paling afdal;
Tenang Muhammad dibuai mimpi,
Khadijah mencari Waraqah Naufal.

Datanglah orang tamu penuh,
Hamparkan tikar ambil hidangan;
Waraqah Naufal penganut teguh,
Ajaran Nasrani jadi anutan.

Orang makan itulah sedekah,
Itulah amalan paling faedah;
Mendengar cerita berkata Waraqah
Muhammad itu utusan Allah.

Hidangan diangkat bersama roti,
Nira dipunggut besama tukil;
Kembali Khadijah kepada suami,
Lihat suami badan mengigil.

Hidangan disedia bersama ikan,
Bakar ikan tiadalah payah;
Bangkit Baginda dari perbaringan,
Menyeru manusia ke tali Allah.

Makanlah gulai bersama roti,
Makan kenyang badan sihat;
Wahyu Allah penuh bererti,
Surah al-Muddathtir segala tersurat.

Makanlah bersama orang alim,
Itulah tanda orang yang faham;
Mengucap Khadijah jadi muslim,
Wanita pertama memeluk Islam.

Hidangan ini amatlah berat,
Makanlah kami senangnya hati;
Khadijah perempuan paling hebat,
Anugerah syurga itulah pasti.


BAB 12

MENUNGGU WAHYU BERULANG


Hari kering banyaklah api,
Banyaknya api tiada tertentang;
Enam purnama hidupnya sepi,
Menunggu wahyu tiadalah datang.

Datang api tiada tertunda,
Maraknya api banyaklah bimbang;
Khuatir bimbang resahlah Baginda,
Khutir bimbang wahyu hilang.

Api datang berbagai ragam,
Api bermula di rumah Doha;
Keluh kesah makin mencengkam,
Bawalah Jibrail surah adh-Dhuha.

Langit hitam hujanpun tiba,
Waktu malam tumbuhlah kulat
Jibrail datang syukurnya Baginda,
Mengucap syukur diiringi solat.

Hujan datang itulah tanda;
Besarnya Allah ucaplah akhbar;
Jaminan Allah kepada Baginda,
Umat sesat tiada dibiar.

Sujud syukur rapatkan dahi,
Hadapkan diri arah ka’bah;
Terlambat wahyu ketentuan Ilahi,
Itulah masa Baginda muhasabah.


BAB 13

DETIK PENERIMAAN AJARAN ISLAM


Tanah datar sangatlah lebar,
Carilah dulu benih lada;
Budi Abu Talib sangatlah besar,
Jasa pengorbanan terbela tiada.

Bakar belukar hari yang tenang,
Ambil golok carilah parang;
Abu Talib hidupnya tiada senang,
Anak ramai pendapatan kurang.

Waktu membakar usahlah ghalib,
Semasa membakar buatlah tanda;
Ali itu anak Abu Talib,
Ambillah Ali bersama Baginda.

Sambil berjalan bawalah tongkat,
Mahu membakar usah menunda;
Terimalah Ali keluarga angkat,
Jiwanya senang bersama Baginda.

Tanah baru amatlah payah,
Tanah baru tiada bertuan;
Orang kedua selepas Khadijah,
Menerima syahadah menyahut seruan.

Membuka tanah perlulah tabah,
Ambil benih gali perigi;
Rukuk sujud depan Ka’bah,
Tawaf Ka’bah tujuh kali.

Hujan datang naik kulat,
Carilah kulat ambilkan dulang;
Tercengang kaum Quraisy melihat,
Ibadat apakah yang datang?.

Sungguh indah pohon ara,
Ambil benih tanam di kota;
Rakan sekerja pernah bicara,
Jawab Al-Abbas ringkas berkata.

Pohon ara banyak dedalu,
Tumbang ia di atas batu;
Mereka bertiga berbuat selalu,
Hanya mereka berbuat begitu.

Sambil berhuma sambil melatah;
Pilihlah benih buat baka;
Penduduk Mekah tiada kisah,
Apa dibuat ganjil belaka.

Kita berhuma sudahlah lama,
Sedar di kaki adalah pacat;
Bersama Nabi tersebut nama
Asalnya dia orangnya sesat,

Selesai berhuma carilah timba,
Ambillah timba ke telaga Tipah;
Diculik ia jadilah hamba,
Belilah Khadijah sebagai hadiah,

Kalau menyiram jangan tertunda,
Sama menyiram bersama mama;
Hadiah diberi untuk Baginda,
Bebaslah Zaid tinggal bersama.

Kalau menyiram jangan lupa,
Kerja serius jangan ketawa;
Kisah Zaid tahulah bapa,
Izinlah Baginda Zaid dibawa.

Hujan turun hilanglah susah;
Badan sihat jiwa ceria;
Tiada Zaid mahu berpisah,
Dengan Baginda lebih bahagia,

Kalau bercakap jangan tersasul,
Kalau tersasul membawa padah;
Orang ketiga percayakan Rasul,
Terbuka hati ucaplah syahadah.

Hujan turun ributpun reda,
Hilang gelap cerahlah angkasa;
Ali Zaid bersama Baginda,
Tunduk menyembah Yang Esa.

Sambil berhuma kita bercanda,
Tanah subur doa aulia’
Dua pemuda bersama Baginda,
Orangnya berani tetapi mulia.


Rasululah Bersama Abu Bakar

Kerja rajin janganlah onar;
Kalau malas rezeki lmpuh;
Abu Bakar orangnya pintar,
Ada kuasa ada pengaruh.

Merdu sungguh suara reriang,
Reriang cantik di pohon peria;
Tubuhnya hebat orangnya periang,
Orangnya adil pekerti mulia.

Datang angin hujan melanda,
Selepas hujan cuacapun terang;
Sahabat baik bersama Baginda,
Bersama Baginda susah dan senang.

Tanam jagung tanamlah petola,
Kalau bertani janganlah lemah;
Tiada ragu perkataan Baginda,
Mengaku beriman kepada Allah.

Orang bertani banyak faedah,
Ucaplah syukur hari dah hujan;
Harta habis tiada kisah,
Nyawa di badan jadi taruhan.

Hujan turun amatlah lebat,
Hujan turun amat bertuah;
Abu Bakar bangsawan hebat,
Menyeru Arab menyembah Allah.

Selesai hujan awan berarak,
Awan berarak berbagai arah;
Berani tangkas mengatur gerak,
Jiwa melayang tiada kisah.

Awan berarak ke arah bukit,
Hujan turun ambillah tadah;
Jasa Abu Bakar bukan sedikit,
Berbondong datang mengucap syahadah.

Awan hitam tandanya berat,
Dalam kolam rianglah ikan;
Itulah tuan kisah hebat,
Untuk kita jadikan panduan.


BAB 14

DAKWAH SECARA SEMBUNYI

Tikus tua berjalan susah,
Depan kucing mengaku kalah;
Panji Islam berkibar payah,
Dalam Baitilah mengajar kitab Allah.

Jadilah tikus binatang tawanan,
Sukalah kucing bermain bercanda;
Datanglah hamba rakyat bawahan,
Datang menerima ajaran Baginda.

Tikus tua badannya berlumpur,
Badan besar tiada terbawa;
Bangsawan Arab sibuk berhibur,
Tiada sedar kebenaran dibawa.

Lari tikus kucingpun hampa,
Kejarlah kucing badan terluka;
Tiadalah mereka bersama hamba,
Hina mereka bangsawan terkemuka.

Sembunyi tikus amatlah lama,
Larilah kucing mencari ikan;
Ikhlas benar tunggak utama,
Kebesaran juga jadi pilihan.

Sembunyi tikus tiada bertapak,
Hairan kucing duduk termanggu;
Kejam mereka menidakkan hak,
Muslim solat mereka menganggu.


BAB 15

BENTUK AJARAN RASULULAH


Cuaca kering datanglah hujan;
Hujan turun semasa berkhemah;
Al-Quran datang membawa ajaran,
Manusia sama di sisi Allah.

Hujan turun di tengah padang,
Larilah adik mencari joran
Kaya bangsawan tiada dipandang,
Hati suci jadi ukuran.

Belalang Padang Belalang Rusa,
Lepas hujan terbang rama-rama;
Adam Hawa keturunan manusia,
Semua insan adalah sama.

Mencari belalang dekat pengkalan,
Ramai orang amat meriah;
Pangkat keturunan bukan ukuran,
Paling bertakwa kekasih Allah

Sampai pangkalan mencari timba,
Mencari timba dalam parak;
Anak yatim para hamba.
Golongan tertindas diberi hak.

Selesai mandi marilah sujud,
Hidup ini janganlah leka;
Golongan tamak berfikir jumud,
Datang Islam goncanglah mereka.

Membuat kerja mesti bersama,
Tak kira perempuan atau lelaki;
Buat baik adil saksama,
Mencari mereka kebenaran hakiki.

Padang indah tepi rimba,
Ramai orang mencari ikan,
Jadi Muslim merdekalah hamba,
Itulah amalan dalam ajaran.

Mencari ikan bawalah raga,
Dapatlah ikan anak tenggiri;
Anak Yatim perlu dijaga,
Anggap mereka anak sendiri.

Tepi pengkalan banyak haruan,
Tangkaplah ia buat hidangan;
Ajaran baru membawa pengorbanan,
Orang memberi tanda beriman.

Waktu maghrib badan meremang;
Itulah tanda ada syaitan;
Ganjaran Allah pasti datang,
Syurga Firdaus tempat tujuan.

Hujan datang air melimpah,
Ramai orang mencari tambang;
Golongan beriman makin bertambah,
Golongan bangsawan menanti bimbang.


BAB 16


DAKWAH KELUARGA TERDEKAT


Aman harmoni zaman dahulu,
Bulan Ramadan ajak berbuka;
Tiga tahun sudah berlalu,
Tiba masa dakwah terbuka.

Ajak berbuka ikan gelama,
Datang berbuka dengan kereta;
Saudara terdekat ajak bersama,
Abu Lahab datang bersengketa.

Langit di ufuk nampak merah,
Masuklah adik jangan di luar;
Datang dia dengan marah,
Minta yang hadir terus keluar.

Hidangkan juga ikan kelah,
Ikan kelah sudah dibelah;
Berputus asa tiada lelah,
Itulah sifat Rasul Allah.

Ikan kelah bersama gelama,
Enak dimakan masa berbuka;
Ajak saudara santap bersama,
Tengah hari itulah ketika.

Nasi dimakan padi huma,
Hidangan enak semua suka;
Ajak saudara dakwah bersama,
Semua yang hadir berpaling muka.

Ikan dibeli masa dilelong,
Ikan dilelong dalam bakul;
Datang Ali sedia menolong,
Tolong bersama Baginda Rasul.

Beli ikan berkereta sorong,
Letih berjalan mentari terik;
Suku Quraisy memandang serong,
Bani Hashim turut mengejek.




Banyak juga ikan haruan,
Masak tempoyak buat hidangan;
Ajaran baru menuntut kurban,
Itulah tanda tebalnya iman.


Hamzah Memeluk Islam

Ikan dibeli pinggir kota,
Orang berjual atas bata;
Abu Jahal musuh nyata,
Benci Baginda tiada terkata.

Tersesat jalan hilanglah punca,
Pendeknya akal kalian belia;
Tenang Muhammad terima cerca,
Hormat yang tua lagi mulia.

Pergi ke pasar sudah betah,
Belikan kami buah pala;
Bapa saudara bernama Hamzah,
Gemar berburu berani pula.

Jiran lama sudah menjelma,
Marilah berbuka bersuka ria
Ulah Abu Jahal sudah diterima,
Datang memukul cederalah Baginda.

Hidangan habis air menyusul,
Sambil menanti kita bercanda;
Pergilah dia mencari Rasul,
Syahadah diucap depan Baginda.


BAB 17

PENERIMAAN KAUM QURAISY DAKWAH RASULULAH


Masa berjamu buatlah khemah,
Cuaca cerah sangatlah aman;
Keluarga dekat sudah didakwah,
Kaum Quraisy tempat sasaran.

Sambil menunggu duduk di sofa,
Sambil menunggu sambil memandang;
Berdiri Baginda di Bukit Safa,
Sekelian suku datang bertandang.

Gulai masak teruslah hidang,
Hadiah cantik tanda ingatan;
Ucap Baginda dengan lantang,
Aku adalah utusan peringatan.

Lepas santap hidangkan buah,
Buah dihidang buah duku;
Bani Hashim Bani Zuhrah,
Serulah Baginda sekelian suku.

Hormatlah tamu jangan zalim,
Baru hati jadi lega;
Bani Manaf Bani Taim,
Tiada ketinggalan diimbau juga.

Hadiah cantik berbekas perak,
Mandi pengantin sampai mengigil;
Abu Lahab datang berteriak,
Hanya inikah kami dipanggil.

Sudah kahwin usah bertingkah
Banyakkan doa ingatkan mati;
Tenang Baginda menyambut tingkah,
Orang tua mesti dihormati.

Hidup berkeluarga usah perit,
Ituah dia tanda tanggungjawab
Wahyu datang dari langit,
Menjawab tingkah Si Abu Lahab.

Malam pertama usahlah pucat,
Tabahkan hati berikan layanan;
Dalam Al-Quran sudah tercatat,
Surah Al-Lahab ada ingatan.

Ada zakat panggilah amil,
Kalau kaya usahlah iri;
Isteri bernama Ummu Jamil,
Membuat onar saban hari.

Duduk bersimpuh di tikar rotan,
Sambil duduk menunggu usul;
Duri dicampak di tengah jalan,
Tempat berjalan Baginda Rasul.

Langit cerah atas kayangan,
Turun hujan berhenti halilintar;
Dalam Al-Quran ada kiasan,
Umpama pembawa kayu bakar.

Berjanji teruna mandi di lata,
Kalau berjanji jangan tertunda;
Marahlah dia mendengar berita,
Kumpul batu carilah Baginda,

Lepas bersanding makan ketupat,
Ketupat pulut kelongsongnya besar;
Cari Baginda merata tempat,
Ada di Ka’bah tempat mengajar.

Simpan ketupat atas para,
Buka jendela nampak bulan;
Ada bersama Abu Bakar setia,
Tercengang Abu Bakar rasa hairan.

Carilah bidan janganlah alpa,
Muda teruna pasti ceria;
Baginda dicari tiada jumpa,
Rupanya Allah butakan dia.


BAB 18


PERMUSUHAN BANGSAWAN MEKAH

Banjir besar sudah melanda,
Bermain air si anak dara;
Pelbagai ikhtiar menentang Baginda,
Penyair diupah pelbagai cara.

Air besar masuk ke kota,
Hanyutlah sudah semua barang;
Dituduh Baginda seorang pendusta,
Dalam syair isi dikarang.

Elektrik tiada carilah bara,
Jadikan api gunakan otak;
Tuduhan dijawab pelbagai cara,
Syair dijawab sungguhlah bijak.

Angkat barang sangatlah lelah,
Air besar sanggup diredah;
Muslihat dicipta pelbagai ulah,
Agar Muhammad berpaling tadah.

Ambil barang carilah bakul,
Tenangkan hati jangan cemas,
Jika Baginda seorang Rasul,
Tukarlah Safa jadi emas.

Angkut barang tiada berkereta,
Pasti badan berasa lelah;
Turunlah wahyu penyelesai sengketa,
Al-Isra itulah surah.

Berlaku banjir hari Selasa,
Surut banjir amatlah payah;
Aku ini manusa biasa,
Itulah jawapan Rasul Allah.

Banjir besar sudah lama,
Teranglah rumah dengan pelita,
Dakwah Baginda makin diterima,
Pelbagai ftnah terus dicipta.

Surut banjir amat kasihan,
Banjir besar lamanya sebulan;
Adalah lelaki agama kristian,
Jabar namanya jadi sebutan.

Bantuan banjir sudah diterima,
Surut banjir janganlah leka;
Dituduh Muhammad sering bersama,
Sering bersama setiap ketika.

Surut banjir perut pun lapar,
Masaklah makanan jangan tertunda;
Al-Quran itu diterima Jabar,
Jabar penyampai kepada Baginda.

Mangsa banjir ramai belia,
Beras tumpah carilah nyiru;
Al-Quran itu bahasa mulia,
Tiada siapa dapat meniru.

Ribut halilintar janganlah leka,
Banjir datang membawa musibah;
Usaha mereka sia-sia belaka,
Al-Quran itu kitabnya Allah.


BAB 19

MEMERANGI BERHALA

Tentera di perbatasan sudah mara,
Menanti arahan patuh segala;
Semboyan nyaring mula bersuara,
Berhala itu tahyul lama.

Tentera kita sudah sekata,
Sedia bersama satu suara;
Berhala batu tipuan semata,
Tiada mendengar tiada bicara.

Mara tentera arah ke kota,
Patuh ia takut dimarahi;
Semua kehendak kudrat pencipta,
Takdir manusia di tangan Ilahi.

Tentera bersenjata masuk paya,
Bersedia ia dari tadi;
Allah pencipta segala maya,
Kata ‘jadi” pasti jadi.

Tentera gagah pergi berperang,
Arah sempadan itulah hala;
Arab Jahiliyah naiklah toncang,
Baginda menghina tuhan berhala.

Berjalan berbaris amatlah bangga,
Berjalan mara arah kuala;
Bimbang mereka tiada terhingga,
Pangkat kedudukan hilang segala.

Pergi berperang tinggalkan rumah,
Selesai latihan amatlah cekap,
Bimbang kafir tiada sudah,
Pangkat kedudukan hilang lesap.

Waktu perang masuk hutan,
Berhati-hati jangan kecundang;
Gelar kemuliaan tinggal kenangan,
Dunia dagang pasti kecundang.

Ilmu berperang mesti masak,
Cekap bertindak itu utama;
Benci kafir makin membuak,
Sayang Ahmad keluarga ternama.

Lihatlah alam indahnya maya,
Berbaris perajurit di tengah padang;
Kalau Muhammad mangsa anaya,
Bani Hashim pasti meradang.

Tawanan musuh usah direjam,
Bersabar diri jangan marah;
Runding dicari Abdul Talib harapan,
Mohon Muhammad dapat diserah.

Masuk hutan berakhir sudah,
Baiki senjata jangan rosak;
Bersuara Abu Talib dengan mudah,
Semua orang mempunyai hak.

Keluar hutan pergi ke kota,
Musuh durjana jangan dibela;
Suku Baginda sudah sekata,
Muhammad tetap akan dibela.

Musuh menyerah usah dimaki,
Bersihlah diri gosoklah daki;
Senang Rasul lancarkan gerak,
Itulah misi kebenaran hakiki


Usaha Kafir Quraisy Gagalkan Misi Muhammad

Perajurit unggul tiada lepak,
Ilmu perang pasti ditambah;
Dakwah Rasul makin marak,
Wahyu turun makin bercambah.

Masuk hutan berhati-hati,
Panji pasukan mesti dipacak;
Pengikut setia bersatu hati,
Bimbang kafir makin memuncak.




Masa perang bukan bercanda,
Salah langkah bawa mati;
Mencari kafir Pak Cik Baginda,
Ambil Umara’ sebagai penganti.

Masuk hutan keluar paya,
Jumpa lintah tiadalah enak;
Pemuda kacak lagi bergaya,
Penganti Muhammad sebagai anak.

Jadi tentera usahlah takut;
Berhati waja paling utama;
Tenang Rasul bersama pengikut
Mekar semangat bangunkan agama.

Kuatkan iman buangkan hasad,
Amalan Islam itulah tanda;
Bani Hashim suku Muhammad,
Muhammad dilindung selamatlah Baginda.

Dalam pasukan usahlah iri,
Sentiasa berdoa baru pasrah;
Dalam rumah dijaga isteri,
Kehendak Rasul mengerti Khadijah.

Musuh durjana sudahlah mara,
Sudahlah mara depan khemah;
Dendam kafir terus membara,
Najis dicampak di depan rumah.

Tentera kita sedang mandi,
Terkejut dia pucat lesi;
Khianat dengki makin menjadi,
Duri ditanam sebagai jerat.

Pegawai datang maklumat diberi,
Siap sedia usah menyerah;
Muhammad lalu terbelah kaki,
Itulah hasrat kafir Mekah.

Musuh sembunyi tepi telaga,
Ambil senjata mesti berlindung;
Selamat Muhammad Allah penjaga,
Nyawa Muhammad Allah pelindung.


Musuh datang siap siaga;
Istighfarlah tuan jangan berhenti;
Abu Talib dicari kali ketiga,
Mohonlah mereka dakwah dihenti.

Musuh terlepas amatlah sayang,
Tawanan dapat mesti dibanci;
Kata mereka bersuara garang,
Nenek moyang kita dicaci.

Setiap detik janganlah leka,
Siap sedia setiap masa;
Muhammad menghina tuhan mereka,
Tunggulah masa Muhammad binasa.

Musuh mati siapkan keranda,
Siapkan kubur di Bukit Kemasul;
Bimbang Pak Cik nasib Baginda,
Mohon di henti dakwah Rasul.

Musuh ditentang banyaklah cara;
Strategi ada jangan dicela;
Menjawab Rasul lantang bicara,
Demi kebenaran dakwah dibela.

Ada kertas pelan dilakar,
Mencari musuh perlu bercerai;
Kebenaran itu dapatnya sukar,
Nyawa badan sedia terlerai.

Dalam hutan amatlah azab,
Habis makanan galilah ubi;
Kehendak sebenar sudah terjawab,
Abu Talib sedia kehendak nabi.

Tewaslah musuh jadi mayat,
Musuh ditembak waktu maghrib;
Bani Hashim dipanggil mesyuarat
Kerabat Nabi Bani Abdul Mutalib

Masa menyerang keputusan muktamad,
Kuatkan semangat jangan lemah;
Bersumpah mereka selamatkan Ahmad,
Itulah dapat Arab Jahiliyah.


Musuh cedera berikan ubat,
Itulah tanda orang mengerti;
Abu Lahab sunguhpun kerabat,
Menentang nabi bersungguh hati.

Musuh menyerang sangatlah hebat,
Pelita menyala mesti di padam;
Suku diancam keselamatan tergugat,
Bersumpah mereka membalas dendam.

Musuh ada di batang ara,
Musuh bergerak mesti tembak;
Kerabat Nabi datang bicara,
Setiap orang memegang hak.

Inilah baru namanya perang;
Musuh datang hunuslah pedang;
Kehendak Nabi usah dihalang,
Siapa menghalang pasti ditentang.


‘Utbah Bin Rabia’ah Sebagai Utusan kepada Muhammad saw.

Musuh datang makin bertambah,
Atur strategi minta bantuan;
Buntu kafir mukmin bercambah,
Pujuk Nabi tinggalkan iman.

Musuh ditembak darah mencurah,
Hati cekal usahlah runsing;
Datang ‘Utbah bin Rabia’ah,
Datang dia mencari runding.

Musuh menyerang tiada tertunda,
Setiap detik perlu waspada;
Tiga perkara menjadi agenda,
Wang pangkat untuk Baginda.

Musuh ditembak usahlah gentar,
Menjaga negara terus merdeka.
Pangkat darjat juga ditawar,
Semua ditolak meradanglah mereka.





BAB 20


PENDERITAAN UMAT ISLAM

Kemarau panjang bimbang petani,
Tanam padi tiada menjadi;
Membunuh Nabi tiadalah berani,
Perang saudara pasti terjadi.

Air kering ramai menuba,
Tuba ikan di tali air;
Ibu kezaliman segala dicuba,
Baginda dituduh tukang sihir.

Datang menuba dapatlah ikan,
Jual ikan di tengah pasar;
Sabar Baginda menahan umpatan,
Membimbing umat mencari sinar.

Ikan kecil jangan dibuang,
Itulah dia makanan kita;
Segala penghinaan terimalah tenang,
Pengikut ada terus menderita.

Masak ikan menunggu masa,
Menyiang ikan parangnya tumpul;
Makin diazab makin diseksa,
Tali agama erat disimpul.

Parit kering mari menimba,
Padi hampa tinggal melukut;
Cahaya kebesaran itulah didamba,
Istiqamah usaha mencari pengikut.

Musim kering tiada yang tinggal,
Ikan di parit menunggu ajal;
Kaya berpangkat rela ditinggal,
KeredhaanAllah itu afdal.

Musim kering jangan leka,
Api membakar habislah hutan;
Berkata Muslimin sesama mereka,
Kafir Quraisy buta al-Qur’an.

Cuaca kering payahah makan.
Langgar perintah dapatlah bala;
Tiada pernah mendengar Qur’an,
Berhala batu terus dibela.

Langgar perintah kurang iman,
Nasihatlah umat dalam khutbah;
Ibnu Mas’ud membawa Qur’an.
Dibaca ia depan Ka’bah.

Orang berzina jangan disula;
Ambil rotan sebatlah ia;
Datang kafir pukul kepala,
Luka.kepala pulanglah dia.


BAB 21

HIJRAH KE TANAH HABSAH


Hijrah angsa keluar taman,
Keluar taman mencari makan;
Hijrah Muslimin selamatkan iman,
Tanah Habsah tempat tujuan.

Hijrah angsa tiada keji,
Air kering dalam pergi;
Raja Habsah raja terpuji,
Orang anaya akan dijaga.

Carilah angsa tanah basah,
Tinggal di sini jadi mangsa;
Tinggal Muslimin di Tanah Habsah,
Tenanglah jiwa aman sentosa.

Tanah kering banyak merekah,
Tinggal di sini tentunya seksa;
Pulang semula ke tanah Mekah,
Kafir Mekah terus menyeksa.

Mati pokok tentunya mudah,
Tiada air dahan sekah;
Hijrah lagi ke tanah Habsah,
Selamatkan diri kafir Mekah.

Tinggal taman amatlah sayang,
Taman indah di sungai Musi;
Tahulah kafir Muslim menghilang,
Datang utusan kepada Najasi

Berkokok angsa dalam sarang,
Itulah tanda mahu keluar;
Bersama mereka hadiah bergantang,
Hadiah berharga untuk pembesar.

Berikan makanan di dalam dulang,
Reban rosak carilah tukang;
Mohon pembesar Muslim dibawa pulang,
Raja Najasi akalnya panjang.

Bertenggek angsa atas batang,
Menyisir kepak mencari sinar;
Panggil Najasi segala pendatang,
Ingin mendengar cerita sebenar.

Air kering sudahlah nasib,
Itulah tanda kemarau melanda;
Datang mengadap Ja’far Abi Talib,
Saudara sepupu sahabat Baginda.

Bersama angsa adalah unta,
Musim sejuk mencari bara;
Depan Najasi Islam dikata,
Ajaran Rasul terus dibicara.

Unta besar mencari tuan,
Rupanya tuan pergi ke pekan;
Baca Ja’far surah Al-Qura’an,
Surah Maryam dalam hafalan.

Carilah unta padang ragutan,
Terbang helang mencari mangsa;
Terkejut pembesar mendengar bacaan,
Wahyu didengar ajaran Tuhan Isa.

Hinggap helang pohon bidara,
Membuat sarang mencari jerami;
Raja Najasi terus bicara,
Tinggallah kalian di tanah kami.


BAB 22


UMAR MEMELUK ISLAM


Hujan turun orang berbelat,
Dalam belat banyaklah ikan;
Orangnya gagah sangatlah hebat,
Umar al-Khattab itulah gerangan.

Orang berbelat di tengah bendang,
Dapatlah ikan si ikan lapam;
Gemar bersukan gemar berpedang,
Suka bersyair pesta malam.

Bakar ikan di tengah anjung,
Makan ikan bersama tapai;
Kaum kerabat sangat disanjung,
Panas baran itulah perangai.

Ikan dibakar dalam loyang,
Enaknya ikan tinggalah tulang,
Sungguhpun bengis amat penyayang,
Teringat Umar kawannya hilang.

Ini malam sangat bertuah,
Teruna dara sudahlah rapat;
Hijrah Muslim ke tanah Habsah,
Hatinya lembut teringat sahabat.

Sunggupun rapat jagalah adab,
Jagalah adat jangan runtuh;
Teringat Muhammad pemecah Arab,
Timbul ilham Muhammad dibunuh.

Bakar ikan minum apokad,
Bakar ikan atas batu;
Terfikir diminda hilang Muhammad,
Kaum Quraisy kembali bersatu.

Hujan datang tengah malam,
Hujan ditunggu sudah berdekad;
Ambil pedang ke rumah al-Arqam,
Hasrat di hati membunuh Muhammad.

Hujan datang amatlah lebat,
Air banyak sukalah buaya,
Tengah jalan jumpa sahabat,
Nu’aim bin Abdul ‘Uzza namanya.

Hujan datang banyaklah ikan,
Burung lelayang banyaklah datang;
Tahulah Nu’aim apa tujuan,
Bicaralah dia dengan lantang.

Hujan datang hilanglah bintang,
Bintang di langit macamlah padam,
Ganggu Muhammad pecahlah perang,
Suku Muhammad balas dendam.

Syukurlah alam hilang resah,
Datang hujan datang menyirami;
Keluarga Umar mengucap syhadah,
Adik perempuan bersama suami.

Air di kali sudah penuh,
Sujud syukur itulah tekad;
Adik tercinta bernama Fatimah,
Suaminya pula bernama Sa’ad

Air di sawah penuhlah ruang,
Memutih air jauh di pandang;
Mencari adik amatlah garang,
Ke rumah adik menghunus pedang.

Berkokok katak tiadalah bosan,
Sibuk bunda membuat caca;
Dengarlah dia bacaan Qur’an,
Bertanya dia apa dibaca?

Ambil batu jadikan tuku,
Batu bulat jadikan alu;
Adik tercinta tiada mengaku,
Sa’ad dipukul bertalu-talu.

Hujan turun hilanglah gersang,
Tanah sawah banyaklah air;
Datang Fatimah ingin menolong,
Dahi pecah darah mengalir.

Musim kemarau amatlah perih,
Ikan tiada percuma memukat;
Sedarlah Umar amatlah sedih,
Menyesal dia tiada niat.

Hujan mencurah banyak faedah,
Banyak air dapat disimpan;
Mengaku mereka mengucap syahadah,
Umar diminta sama beriman.

Air disimpan dalam kaca,
Musim kemarau minuman angsa;
Minta Umar Qu’an dibaca,
Fatimah bimbang takut binasa.

Padi ditanam tiadalah hampa,
Masak menguning sangatlah indah;
Berjanji Umar tiada apa,
Terharu Umar ayatnya indah.

Mari belajar bersama fukaha,
Kalau belajar janganlah leka;
Ayat di baca surah Taha,
Kagum Umar duduk seketika.

Dapat ikan buat pekasam,
Pekasam disimpan dalam rumah;
Pergi umar ke rumah Arqam,
Depan Nabi mengucap syahadah.

Hujan turun usahlah sugul,
Tanah gersang dapat dibendung;
Doa Rasul Allah makbul,
Umat terbela Islam terlindung.

Selesai menanam datanglah berehat,
Kita berehat dalam khemah;
Berani Umar penggerak semangat,
Islam berkembang semakin mudah.

Sawah menguning amatlah suka,
Makan nasi tuaian pertama;
Depan Ka’bah solat terbuka,
Mengajak umat solat bersama.

Tergantung lebah seperti dagu,
Membuat sarang di pohon asam;
Bebas ibadah tiada ragu,
Berani Umar menjaga Islam.

BAB 23

SERUAN ISLAM KEPADA BANGSA ARAB


Suara indah terdengar lagi,
Faham bahasa amat mengerti;
Dakwah Rasul ada strategi,
Sungguhpun lambat jalannya pasti.

Suara indah suara sahabat,
Sahabat lama pulang berkelah;
Arab Quraisy kaum kerabat,
Semua diajak menyembah Allah.

Pulang berkelah nasinya mentah,
Nasi mentah sengaja ditumpah;
Bangsa Arab meneruskan dakwah,
Umat manusia itulah penyudah.

Nasi mentah apinya payah,
Kayu api terkena hujan;
Ajaran dianjur tiadalah payah,
Sifat terburu bukan amalan.

Hujan lebat di Teluk Bayur,
Teluk Bayur pelabuhan bertuah;
Perubahan ada biarpun beransur,
Menunggu petunjuk dari Allah.

Pelabuhan besar kawalan teratur,
Kawalan teratur dari pusat;
Bangsa Arab dakwah diatur,
Musim haji itulah saat.

Pekerja rajin tiadalah lembab,
Kalau disuruh tentulah cepat;
Berkunjung datang segala Arab,
Ka’bah Allah itulah tempat.

Masa membina tentunya susah,
Pelabuhan lama tentulah usang;
Kafir Quraisy tahulah sudah,
Mencari ilham dapat dihalang.


Fajar menyingsing indahnya alam,
Menanti setia nelayan pulang;
Suku Arab sebahagian Islam,
Salah strategi pecahlah perang.

Riuh rendah suara itik,
Hari siang itulah tanda;
Menjana minda amatlah licik,
Mencari isu wujud propaganda,

Kurang tidur mengantuklah mata,
Kulit kering kurang minum;
Timbul fikiran mengada cerita,
Muhammad itu ahli nujum.

Sedang berihat datang nakhoda,
Datang dia minta dibantu;
Cadangan ada kesannya tiada,
Ucapan Muhammad bezanya tentu;

Kapal rosak tentulah risau,
Selesai masalah bincang di bangsal;
Katakan juga Muhammad sasau,
Ucapan Muhammad lagi rasional.

Kapal dibaiki singgah ke kota,
Kota indah penuh cahaya;
Ahli sihir buatlah cerita,
Belajar tidak siapakan percaya.

Cahaya indah warnanya merah,
Kota besar banyaklah kereta;
Al-Wahid bin al-Mughrah,
Dialah tua si tukang cerita

Malam minggu keluarlah dara;
Berpasangan ia di tengah kota;
Muhammad itu pemecah saudara,
Kami bersatu kini sengketa.

Beli barang tanda ingatan,
Bulan indah atas kayangan;
Musim haji terbitlah peringatan,
Muhammad datang hilang kesatuan.

Pelabuhan besar sudah teruji,
Zaman kolonial masa dibina;
Datang Al-Taufil tunai haji,
Ketua suku keluarga ternama.

Remaja sekarang banyaklah fi’il,
Salah aturan rosaklah badan;
Dia penyabar sifatnya adil,
Mencari Quraisy diberi peringatan.

Kota Padang namanya indah,
Teluk Bayur nama pelabuhan;
Kata Quraisy tiada endah,
Kehendak hati itulah tuan.

Kapal mendarat banyak dagangan,
Barang dagangan ramai mencari;
Cari nabi mendengar ucapan,
Ke rumah nabi kenalkan diri.

Ramai orang menabur bakti,
Rawatlah orang pesakit tibi;
Ajaran Rasul bergetar hati,
Syahadah diucap depan nabi.

Kapal mendarat membawa asam,
Hari panas mencari bayang;
Pulang kampung bersama Islam,
Di sana pula Islam berkembang.

Nasi dibeli sudahlah basi,
Menunggu teman sudahlah bosan;
Tersebut kisah datang delegasi,
Orang Kristian dari Najran,

Menunggu teman hari dah hujan,
Menunggu kalian sangatlah tabah;
Datang mereka mencari kebenaran,
Selepas dialog ucaplah syahadah.

Atas langit terbang lelayang,
Ikan di laut mencari umpan;
Kafir Quraisy tentulah berang,
Sumpah seranah jadi ucapan.

Kapal singgah mengambil rotan;
Rotan diambil di tengah hutan;
Kafir Quraisy mencari bantuan,
Yahudi Khaibar itulah teman.

Hari Zohor hilanglah bayang,
Mari tuan menyembah Tuhan;
Yahudi ini ilmunya terbilang,
Kitab lama jadi rujukan.

Hendak belajar rajin hafalan,
Diam berisi sifatnya ubi;
Sedia mereka tiga soalan,
Jawapan tepat dialah nabi.

Rajin belajar perlu kemahuan,
Itulah sifat orang yang mahu;
Kitab Yahudi ada catatan,
Soal roh tiada yang tahu.

Usahlah di amal sifatnya bakhil,
Sifat pemurah janganlah layu;
Lelah Muhammad menunggu Jibrail,
Surah Al-Kahfi turunlah wahyu.

Berlabuh kapal dalam barisan,
Dari jauh seperti hiasan;
Al-Quran menjawab segala soalan,
Soal roh urusan Tuhan.

Kapal berlabuh menunggu ikan,
Menunggu ikan sangatlah bosan;
Perkara ghaib urusan Tuhan,
Kurniaan Allah ilmu Tuhan.

Kapal berlabuh sebelah Barat,
Ombak datang air melimpah;
Berbangga Yahudi adanya Taurat,
Dalam Taurat ilmu melimpah.

Ombak menggulung wajah pucat,
Bimbang kapal adanya cacat;
Baginda menjawab segala tersurat,
Ilmu cukup sekiranya taat.

Kapal belayar menunggu impian,
Menunggu impian sampai ke Selatan;
Ilmu Allah tiada batasan,
Sifat bongkak bukan ikutan.



BAB 24


REAKSI KAFIR QURAISY TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM

Hujan turun sungai pun dalam,
Segar sungguh pucuk ubi;
Tersebut ceritera satu malam,
Pimpinan Arab ke rumah Nabi,

Mandi di sungai amatlah geger,
Bermain gelak di bawah bayang;
Dalam gelap mereka mendengar,
Mendengar nabi membaca Qur’an.

Menunggu burung abang di bangsal,
Ajaklah adik sebagai teman;
Abu Sufyan Abu Jahal,
Ke rumah Nabi tanpa undangan.

Padi huma tentunya berpagar,
Rajinnya ibu mencari ulam;
Al-Akhnas dan ‘Amr,
Ke rumah sama secara diam.

Padi menguning amatlah sayang,
Tiup seruling amatlah leka;
Fajar menyingsing berangkat pulang,
Luar rumah bertembung mereka.

Seruling didengar datanglah rakan,
Berjalan di permatang amat berhati;
Pertama kali mendengar bacaan,
Berjanji mereka sepenuh hati.

Hujan berhenti langit terang,
Hari malam pasang pelita;
Kerja ini tak akan berulang,
Itulah janji seia sekata.

Babi datang membawa bencana,
Habislah padi tiada berbahagi;
Dalam hati terbit pesona,
Malam kedua berulang lagi.

Bergotong royong menabur bakti,
Halau babi pabila tiba;
Berjani mereka sepenuh hati,
Bimbang terikut ajaran Baginda.

Sungguh pun malam hari panas,
Inilah sebab hati bosan;
Pagi menjelma gelisah al-Ikhnas,
Teringat dia bacaan qur’an.

Berbunyi riuh ayam di reban,
Babi datang tengah malam;
Bertanya dia kepada Sufyan,
Apa dibaca nabi semalam.

Lari babi sangatlah pantas,
Waktu malam mesti waspada;
Jawab Abu Sufyan tiada berkias,
Sebahagian faham lebihnya tiada.

Mengejar babi hilanglah nafas,
Berihat sebentar di atas bangsal
Jawapan diberi tiadalah puas,
Mencari dia Abu jahal.

Babi terlepas penatlah lari,
Tiada tersedar semutar terlepas;
Ajaran Muhammad jauhlah diri,
Itulah ucapan Abu Jahal.

Babi diburu suasana reda,
Menembak babi tiada alasan;
Cemburu kafir kepada Baginda,
Mengapa Muhammad jadi pilihan.

Tembaklah babi hilangkan baka;
Babi mengganas sudahlah lama;
Membesar Muhammad bersama mereka,
Suku sama tempat sama.

Tembaklah babi janganlah usul,
Gali parit binalah longkang;
Buta mereka ajaran Rasul,
Risalah diberi di pandang belakang.

Hapus babi berilah umpan,
Umpan diberi di dalam rumput;
Kata mereka mencari alasan,
Selain Baginda kan ku turut.

Babi mati di dalam hutan,
Mengesan babi bersama teman;
Dua pemuda jadi pilihan,
Kaya dan kuasa dalam tangan.

Musnah tanaman amatlah daif,
Musnah tanaman tiada berganti;
Satu di Mekah satu di Taif,
Ketentuan Allah itulah pasti.

Baca doa terlepas tulah,
Babi dibunuh tiadalah keji.
Nabi Muhammad pilihan Allah,
Allah mengetahuai siapa terpuji.


BAB 25


USAHA MELUMPUHKAN DAKWAH NABI MUHMMAD SAW


Datang kerbau malam Aidiladha,
Datang di kebun tiada buruh;
Kafir Quraisy meneruskan usaha,
Dakwah Muhammad ingin diruntuh.

Nampak kerbau larilah gadis,
Lari gadis di tepi bukit;
Usaha boikot terus dirintis,
Umat Islam makin tersempit.

Lari juga si burung merpati,
Terbang merpati di tepi perigi;
Urusan dagang sudah terhenti,
Nikah kahwin tiada lagi.

Lari gadis amatlah lelah,
Pulang ke rumah amatlah tabah;
Perjanjian Quraisy termetrai sudah,
Perjanjian dicanang di dinding ka’bah.

Kaki berdarah carilah salad,
Badan letih usah dipaksa
Mencari perlindungan umat Muhammad,
Tinggal di gunung tentu menyiksa.

Badan letih lemahlah jasad,
Lari gadis tiadalah pantas;
Tetap mereka bersama Muhammad,
Tinggalkan Muhammad.Tiada terlintas

Kerbau mengganas habislah kebun,
Makanan habis masaklah bubur;
Berakhir boikot tiga tahun,
Suku Muhammad hampir kebulur.

Datang kerbau rosaklah bayan,
Apa diusaha berputih mata;
Makanan habis anak kebuluran,
Orang tua amat menderita.

Buah di kebun amatlah lebat,
Bimbang dipanjat banyaklah tebuan;
Segala dugaan sabar pengubat,
Terima kenyataan teballah iman.

Buat sigai dari papan,
Papan diambil di atas rumput;
Muhammad sendiri sering kelaparan,
Ambil batu letak di perut.

Datang kerbau membuat onar,
Datang ia bagai nak berperang;
Itulah ikhtiar menahan lapar,
Kagum hormat semua orang.

Kaitlah buah beberapa biji,
Simpanlah buah di dalam peti;
Bulan Haram bulan Haji,
Dakwah disampai ramai simpati.

Kejar kerbau dengan belati,
Berani mengejar sifat suami;
Sebahagian Quraisy merasa simpati,
Kaum kerabat mengapa dizalimi.

Babi mengganas tahulah cerita,
Babi mengganas mencari umpan;
Hisham bin Amr kirimlah unta,
Bersama unta adalah makanan.

Laluan kerbau amatlah sempit,
Habis makanan semua dibolot;
Kasihan Hisham Muslimin terhimpit,
Bersama Zuhair menghapuskan boikot.

Habis makanan kosonglah periuk,
Cari pulut buat ketupat;
Tiga orang dapat dipujuk,
Mereka berlima pengaruhi pendapat.

Buat pagar dengan kawat,
Selamatlah kebun tiada lapar;
Depan Ka’bah mencari sepakat,
Perjanjian salah minta dibubar

Gali ubi letak di para,
Sedapnya ubi kalau dibakar;
Datang Abu Jahal mengangga suara,
Perjanjian termetrai usah dibongkar.

Ubi dimakan bersama lemang,
Sedapnya lemang tiada terkata;
Empat orang bangun menentang,
Bersama Zuhair mereka sekata.

Buat dapur dengan bata,
Bata diambil di tepi pagar;
Angguk Abu Jahal menurut kata,
Kelu lidah tiada mendengar.

Kerja berladang perlu tabah,
Datang kerbau habislah rosak;
Meluru mereka ke pintu ka’bah,
Perjanjian tergantung terus dikoyak.

Datang kerbau berilah umpan,
Tembak kerbau tiadalah payah;
Keluar Muslimin dari persembunyian,
Hidup bersama di kota Mekah.

Kebun rosak usahlah perit,
Kuatkan semangat bersama iman;
Dalam sembunyi hidup tersempit,
Keluar Muslimin badan keletihan.

Pulang berkebun makan laksa,
Makan laksa di atas rumah;
Tinggal di gunung sungguh tersiksa,
Kesihatan Khadijah semakin payah.

Kalau berkebun teruslah mara,
Kuatkan semangat itulah nekad;
Abu Talib turut sengsara,
Badan uzur tinggallah Muhammad.


BAB 26


KEHILANGAN ORANG TERSAYANG

Menjelang Kematian Abu Talib –
Hilang Sudah Tempat Bergantung


Waktu senja tanda Maghrib,
Pergi ke masjid nampak si buta;
Datang Quraisy mencari Abu Talib,
Datang meminta selesai sengketa.

Berjalan sopan si anak dara,
Jalan ke masjid itulah hala;
Muhammad ke rumah bapa saudara,
Muhammad meminta nyahkan berhala.

Berehat di wakaf berhenti lelah,
Berhenti lelah sambil bercanda;
Mengajak manusia menyembah Allah,
Benci Quraisy cadangan Baginda.

Sambil bercanda ternampak bunda,
Ternampak bunda berjalan keseorangan;
Keluar Quraisy meninggalkan Baginda,
Keputusan tiada maraklah kemarahan.

Berjalan keseorangan mencari makan,
Hari hujan membawa payung;
Jasa Abu Talib tiada bandingan,
Bapa saudara tempat bergantung.

Keluar ayah dari rimba,
Dari rimba mencari lada;
Ajal Abu Talib menjelang tiba,
Mendapat syurga hajat Baginda.

Kalau bekerja usahlah lara,
Kalau lara Tuhan marah;
Datang Baginda pujuk bapa saudara,
Pinta Muhammad sebutlah syahadah.

Dalam rimba ada bangsal,
Boleh singah tempat membaca;
Tetap Abu Talib agama asal,
Gangguan Quraisy itulah punca.

Dalam bangsal terdapat angsa,
Datang musuh bernama serigala;
Kecewa Muhammad tiada kuasa,
Tradisi adat punca segala.

Belakang bangsal bertanah rawa,
Tanah rawa tiadalah subur;
Kembali Muhammad penuh kecewa,
Pergi Abu Talib dalam kufur.

Tanah rawa usah dibajak,
Kalau berjalan tenggelam kaki;
Allah itu pemberi petunjuk,
Petunjuk siapa yang dikehendaki,

Terpercik ke muka hilanglah roman,
Rambut cantik pasti berserabut;
Dalam al-Qur’an tercatat firman,
Surah al-Qashas ada disebut.


Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Terbang juga sekawan angsa,
Terbang anak amatlah payah;
Abu Talib kembali amat terasa,
Tempat bergantung hilanglah sudah.

Mendarat angsa di tanah rata,
Tanah rata terdapat unta;
Isteri tersayang sakit menderita,
Khadijah pula hilang di mata.

Tanah rata sudah digala,
Terbang tanah ribut melanda;
Kafir Quraisy makin menggila,
Debu ditabur kepala Baginda.

Habis Maghrib hilanglah bayang,
Selepas solat silalah taubat;
Muhammad dihina bukan kepalang,
Tabah sabar itulah ubat.

Selepas solat mengunyah tebu,
Langit di Timur hilanglah sirna;
Pinta Fatimah hapuslah debu,
Menanggis Fatimah ayahanda dihina,

Hilang sirna itulah tanda,
Maha kuasa hebat segala;
Allah pelindung nyawa Baginda,
Hina diterima niat mulia.


BAB 27

DAKWAH RASUL KE TAIF

Mari belajar ilmu tasauf,
Ilmu tasauf mengenal Tuhan;
Mencari Baginda suku Thaqif,
Thai’if nama kampung halaman,

Bawalah juga si bunga mawar,
Bunga mawar amatlah indah;
Tempat sejuk udara segar,
Tanah subur rezeki melimpah.

Selepas belajar memakan nenas,
Buanglah kulit usah bersepah;
Datang Quraisy musim panas,
Datang berehat golongan mewah.

Nenas manis baru ditempah,
Baru ditempah beberapa biji;
Suku Thaqif ke tanah Mekah,
Datang mereka musim haji.

Mari makan di tepi atap,
Kalau makan usahlah lama;
Hubungan saudara amat diharap,
Harapan nabi dakwah diterima.

Kalau makan duduklah rapat,
Duduk rapat usahlah berdiri;
Dakwah Rasul merata tempat,
Ke tanah Thaif seorang diri.

Nenas manis baru dituai,
Letaklah ia dalam baldi;
Ajaran Islam terus disemai,
Usaha disemai tiada menjadi.

Lepas makan usahlah leka,
Perut kenyang tentulah ceria;
Pinta Rasul untuk mereka,
Kedatangan Rasul biarlah rahsia.

Selepas makan mencari nira,
Nira dicari di tepi bukit;
Quraisy tahu tentulah gembira,
Dakwah rasul tiada pengikut.

Nira dicari sudah ditempah,
Ditempah orang di Tanjung Pagar;
Amanat Rasul tiada diendah,
Kedatangan Rasul terus tersebar.

Nira istimewa makanan si Ratu,
Ratu mengidam anak sulung;
Rasul dicela dilempar batu,
Sembunyi Rasul di balik dinding.

Putera besar belumlah balik,
Putera besar ke kaki bukit;
Menyerah Rasul kepada Khalik,
Menadah tangan pandang ke langit.

Mencari madu dapatlah upah,
Dapat upah tiadalah menganggur;
Doa Nabi didengar anak Rabiah,
Utus ‘Addas segenggam anggur.

Letih berihat hampirlah berdengkur,
Lepas berihat habislah lelah;
Santap Baginda mengucap syukur,
Sebuatlah dia bacaan bismilah.

Badan sihat tiadalah semput,
Tiada semput untunglah badan;
Tercenggang ‘Addas nama disebut,
Nama Allah menjadi sebutan.

Badan sihat mari menebas,
Kita menebas menebang hutan;
Bertanya Rasul asal ‘Addas,
Negeri Yunus beragama Kristian,

Berihat dahulu ribut melanda,
Sambil berihat bakarlah ubi;
Ceritalah Rasul perihal Baginda,
Yunus dan Baginda adalah nabi.

Datang bunda sambil bercanda;
Cuaca sejuk tapi meriah;
Hormat ‘Addas kepada Baginda,
Rasa takjub.Anak Rabiah

Bakarlah api untuk berpanas,
Ribut berhenti teruslah menunggal;
Pesan anak Rabiah kepada ‘Addas,
Ajaran dulu usah ditinggal.


BAB 28

HADIAH ISTIMEWA UNTUK NABI MUHAMMAD SAW


Harum bunga merata-rata,
Harum bunga segenap simpang;
Hidup Muhammad terus menderita,
Ahmad istiqamah pantang menyimpang.

Bunga harum keluarlah madu,
Datanglah lebah dengan berani;
Rumah Ummu Hani Baginda beradu,
Sepupu Nabi namanya Ummu Hani.

Terbang ke bunga amat mesra,
Sedut madu mana yang manis;
Dibawa Jibrail ke Masjid Aqsa,
Masjid Aqsa di Baitul Maqdis.

Sesudah sedut terbang ke bukit,
Dapat madu perlulah usaha;
Masjid Aqsa menuju ke langit,
Tempat disebut Sidaratul Muntaha.

Mencari madu perlulah tabah,
Jalan ke hutan perlu merata;
Esok hari menuju ka’bah,
Apa peristiwa terus dicerita.

Jumpa sarang perlulah dituai,
Dapat madu buatlah ubat;
Amanah Allah mesti disampai,
Surah al-Maidah jelas tercatat.

Buat ubat janganlah abai,
Mencari madu buatlah hobi;
Pengalaman Rasul terus disampai,
Ejekan cacian bersabarlah nabi.

Madu dicari rakan sebaya,
Bawalah juga si orang tua;
Penduduk Mekah tiada percaya,
Tersebar cerita Muhammad pendusta.

Baca doa elak gangguan,
Minta doa kepada tuhan;
Sebahagian Muslim ada keraguan,
Abu Bakar dicari dapat kepastian.

Iman tebal itulah bukti,
Tebalkan iman jangan dibiar;
Yakin Abu Bakar sepenuh hati,
Terima wahyu lagikan sukar.

Meredah hutan usahlah perit,
Dapat madu baru berjasa;
Inikan pula naik ke langit,
Kerja Allah tentulah berkuasa.

Jagalah badan usah binasa,
Dalam hutan jangan bernafsu;
Baginda bercerita masjid Al-Aqsa,
Semua benar tiada palsu.

Jumpa sarang payah digapai,
Tolonglah hamba wahai Rabbi;
Semasa hidup tiadalah sampai,
Itulah kisah sebenar nabi.

Jumpa sarang usah dibiar,
Sarang dibuat di pohon berangan;
Abu Bakar pedagang besar,
Masjid Al-Aqsa tempat dagangan.

Waktu mengambil usah leka;
Buat tangga untuk dicapai;
Muhammad menyebut benar belaka,
Abu Bakar sendiri pernah sampai.

Waktu mengambil usahlah bosan,
Mengambil madu perlu belajar;
Abu Bakar mendapat panggilan,
As-Siddiq dapat diberi gelar.

Badan kuat perlulah bijaksana,
Senanglah isteri tiada menjanda;
Yang Membenarkan itulah makna,
Tebal iman itulah tanda.

Tempat sarang perlu amati,
Barulah usaha tiada menyimpang;
Kafir Quraisy minta bukti,
Fikiran sempit pasti menyimpang.

Panjat pokok bawalah barangan;
Bawa asap lebah lari;
Usul diterima tanpa bangkangan,
Unta hilang tuan mencari.

Setianya lebah madu empunya,
Terkena asap nampaklah longlai;
Kata Baginda kepada empunya,
Tempat unta boleh dijumpai.

Larilah lebah merata arah;
Berhatilah diri terkena mata;
Cerita lain adalah kisah,
Rasul turun tunggangan unta.

Mencari madu dapatnya belum,
Adalah lebah terus membatu;
Turun tunggangan mencari minum,
Letaklah cawan cara tertentu.

Madu didapat amatlah payah,
Semangat kuat janganlah lemah;
Pulang ke Mekah tersebut kisah,
Ada kafilah menuju Mekah.

Dapat madu tentu meriah;
Sesama kawan dapat merasa;
Waktu petang sampailah kafilah,
Sampai kafilah tepatlah masa.

Dapat madu usahlah ujub,
Berjalan elok usahlah lari;
Datang Badwi cerita takjub,
Unta hilang puas mencari.

Letih badan tahulah perit;
Seakan badan hampir melayang;
Bergema suara dari langit,
Disebut tempat unta menghilang.

Carilah tempat tudunglah rapat,
Madu manis usah dicium;
Pergi Quraisy ke suatu tempat,
Mencari tempat Rasul minum.

Simpanlah madu di tepi serambi,
Madu dapat adalah ganjaran;
Benarlah segala sabda nabi,
Ego diri binasa badan.

Makan madu bersama roti,
Dapat makan amat bertuah;
Semua dalil ada terbukti,
Kafir Quraisy bertambah marah.

Madu dimakan habis licin;
Habis madu tiada alasan;
Sabda Rasul kepada Muslimin,
Andai lagi diberi kesempatan.

Habis madu tiada rahsia,
Khasiat madu benar menjadi;
Tiada kembali alam dunia,
Disitulah tempat kesenangan abadi.

Simpan madu untuk ayah,
Jangan dimakan bersama ragi;
Sidratul Muntaha terima hadiah,
Hadiah solat amatlah tinggi.

Tapai juga jangan dibiasa,
Bimbang badan tutup usia;
Solat diberi penebus dosa,
Menyuci jiwa segala manusia.

Dapat madu tentulah lega,
Semua orang membuat ubat;
Nikmat solat tiada terhingga.
Hiburan Muslimin itulah tempat.

Terima penyakit jangan beralah;
Kalau beralah badan menderita,
Hadiah kedua diberi Allah,
Perbuatan manusia karunia Pencipta.

Khasiat madu tentulah hebat,
Jasmani rohani tentu berjasa;
Niat jahat tiada dibuat,
Tiada dicatat segala dosa.

Carilah juga ubatan akar,
Penyakit datang perlu dirawat;
Sekiranya buat perbuatan mungkar,
Satu dosa pasti dicatat.

Carilah ubat segala khasiat,
Berdoa juga jadikan sifat;
Niat baik tiada dibuat,
Amalan pahala sudah dicatat.

Madu kurma boleh dimakan,
Sihat diri sepanjang zaman;
Niat baik membuat kebajikan,
Sepuluh kebajikan diberi ganjaran.


BAB 29


HARAPAN DARI YATHRIB

Indah sungguh warna alam,
Nampak rembulan di atas kayangan;
Bilangan kecil terus diancam;
Yakin Baginda Islam berkembang.

Terbang rendah si burung belatuk,
Masuk sarang waktu Maghrib;
Iklim sederhana udara sejuk;
Menghijau namanya Yathrib.

Hujan turun masuk ke garaj,
Banjir melanda carilah kail;
Suku besar Aus dan Khazraj,
Yahudi ada bilangan kecil.

Dalam air cermat melangkah,
Pakaian basah perlu dicuci;
Aus Khazraj saling bertelingkah,
Yahudi penabur dendam membenci.

Ikan banyak carilah jala,
Cari rezeki usahlah manja;
Yahudi mencemuh penyembah berhala,
Merendahkan Arab itulah kerja.

Mengharung air terbitlah irama,
Sambil mengharung terpijak jerami:
Tahu Yahudi Nabi menjelma,
Nabi besar mengusai bumi

Dari jauh terang benderang,
Itulah tempat gelanggang judi;
Kitab mereka jelas diterang,
Datang Nabi keturunan Yahudi.

Air melimpah turunnya hujan,
Jalan tenggelam itulah sebab;
Itulah sangkaan dalam impian,
Datang Nabi menghapuskan Arab.

Hujan halilintar terus dirempuh,
Kuatkan semangat bersama jasad;
Aus Khazraj sering bermusuh,
Hancurkan lawan itulah tekad.

Dapat ikan carilah rempah,
Ikan besar berat timbangan;
Pergi ‘Aus ke Kota Mekah,
Mencari Quraisy minta pertolongan.

Masak ikan biarlah betul,
Barulah isteri jadi mahbub;
Sampai Mekah berjumpa Rasul,
Dakwah Rasul amat takjub.

Mencari ikan kerja riadah,
Dapat ikan tentu girang;
Ada bersedia ucap syahadah,
Lebihnya lagi memikirkan perang.

Air dalam sanggup diredah,
Dapat ikan rezeki bertambah;
Perang berlanjut tiada sudah,
Kedua suku makin lemah.

Dalam air usah bercanda,
Menebar jala air yang tenang;
Datang pemimpin membuka minda,
Kita bersengketa Yahudi menang.


Bai’ah Pertama al- ‘Aqabah

Dapat ikan lepaslah lelah,
Bersyukur kita mari mengaji;
Orang Yathrib ke kota Mekah,
Datang mereka mengerja haji.

Bersila tuan di hujung serambi,
Menunggu guru arif aulia;
Dua belas lelaki mencari Nabi,
Datang berbai’ah secara rahsia.

Tuan mengaji senanglah ayah,
Menjaga tuan amatlah susah;
Dalam bai’ah mereka bersumpah,
Tiada Tuhan selain Allah.

Dapat rezeki mencari rotan,
Rotan terpilih benihnya unggul;
Mencuri berbohong bukan amalan,
Tiada membunuh taatkan Rasul.

Banyak rotan turunlah harga,
Banyakkan usaha usah beralah;
Setia ajaran balasan syurga,
Menolak atau lupa urusan Allah.

Langit di ufuk nampaklah merah,
Berhenti hujan tiadalah sesak;
Keampunan siksaan urusan Allah,
Hanya Allah yang layak.

Teruskan kerja mencari nafkah,
Niat di hati jadikan amalan;
Mus’ab dihantar ke Madinah,
Ajar Al-Quran amalkan Islam.

Usaha dahulu baru pasrah,
Amalan terpuji jadikan amalan;
Menyerah hidup kepada Allah,
Pimpinan baik jadi panduan.

Usahakan dahulu perkara wajib,
Baru hidup menjadi senang;
Mus’ab bersama penduduk Yathrib,
Bersama berusaha syiar berkembang.

Usah lakukan kerja bermukah,
Kerja ini amat berdosa;
Mus’ab datang ke tanah Mekah,
Bulan haram muncullah dia.

Buat amalan biarlah betul,
Tidaklah kita terima padah;
Berita gembira disampaikan Rasul;
Penduduk Yathrib menerima syahadah.

Usahlah jadi anak liar,
Hancurlah diri marahlah Tuhan;
Dari Rasul ingin di dengar,
Kalimah tauhid ajaran al-Qur’an.

Buat amalan biarlah tertib,
Kerjanya ringan tiadalah berat;
Itulah harapan penduduk Yathrib,
Bersama Rasul itulah hajat.

Bai’ah Kedua al-Aqabah

Marilah tuan ternak biri-biri,
Selesai ternak mencari kelubi;
Musim haji datang lagi mencari,
Muslim Yathrib mencari Nabi

Kerja sempurna dapatlah gaji,
Kerjalah elok usah terlepas;
Mencari Nabi ikrarkan janji,
Nabi datang bersama Al-Abbas.

Itulah nasihat untukmu tuan,
Tekun mengaji jadilah imam;
Al-Abas kini jadi pemimpin,
Pemimpin suku Bani Hashim.

Tidur enak kucing di raga,
Nasi dipinggang banyak tumpah;
Bani ‘Abdul Manaf juga dijaga,
Al-Abbas datang meminta sumpah.

Nasi tumpah tiadalah tertib,
Ingatlah tuan beras dibeli;
Muhammad dijaga penduduk Yathrib,
Berlaku perang mereka terkecuali.

Mencorak hidup perlu belajar,
Baru hidup menjadi betul;
Dua belas wakil datang berikrar,
Itulah permintaan dari Rasul.

Itulah tuan perbuatan minhaj,
Cara hidup orang tasauf
Sembilan orang suku Khazraj;
Tiga orang suku ‘Aus.

Perjalanan hidup harus mengerti,
Akhirnya kita diambil Rabbi,
Bersumpah mereka sehidup semati;
Senang susah bersama Nabi.

Perjalanan akhirat perlu dicapai,
Hakikat kehidupan jadi sunatullah;
Kebenaran tetap akan disampai,
Tiada takut kecuali Allah.

Disitulah tempat jadi destinasi,
Itulah sifat hamba yang lemah;
Sumpah setia Allah saksi,
Sumpah setia pencipta sejarah.

Akhirat jua tempat abadi,
Fikir sejenak dimanakah tempat?
Tahulah Quraisy apa terjadi,
Kejarlah Quraisy tiadalah dapat

Siang malam lafazkan ratib,
Bersihkan diri sifat yang kotor;
Pulang Muslimin ke tanah Yathrib,
Menunggu Rasul pembawa obor.


BAB 30

BERMULANYA SINAR HARAPAN


Pagi hari bunga mekar,
Bunga mekar tepi sawah;
Tiga belas tahun dalam sabar,
Tiadalah mekar. dakwah di Mekah

Bunga mekar usah dibiar,
Pungutlah ia dengan tertib;
Janji al-‘Aqabah penanda syiar,
Islam berkembang di tanah Yathrib.

Bunga indah idaman pria,
Susunlah ia dalam balang;
Hijrah Muslimin secara rahsia,
Kafir tahu tentu dihalang.

Sambil menyusun sambil bercerita,
Kembang bunga pasti indah;
Tinggal keluarga tinggalkan harta,
Ancaman Quraisy tiada diendah.

Selesai cerita kita mengatib,
Kita mengatib bersuara indah;
Islam mekar di tanah Yathrib,
Ikhlas gigih tiada menyerah.

Buat ibadah usahlah lemah,
Buat ibadah perlu dirancang;
Berbincang Quraisy di Baitul ‘Aqabah,
Hijrah Muhammad mesti dihalang.

Itulah sifat seorang insan,
Bijak merancang dialah menang;
Muhammad ditangkap secara paksaan;
Orang Yathrib datang berperang.

Lemah merancang pasti lemas,
Semangat lemah mesti dipaksa;
Ke tanah Yathrib Muhammad terlepas,
Terancam Quraisy.Muhammad berkuasa.

Siang malam jagalah maruah,
Jaga diri elakan marah;
Muhammad dibunuh di tanah Mekah,
Perang saudara tumpahlah darah.

Sifat sombong jangan lekat,
Kalau melekat hidup musnah;
Timbul fikiran rencana jahat,
Setiap suku bersama membunuh.

Sombong diri sifat yang parah,
Samalah jaga usah dipendam;
Setiap suku akan bersalah,
Balas dendam akan terpadam.

Jagalah lidah usah tersasul,
Kalau tersasul pasti musnah;
Rencana jahat tahulah Rasul,
Menanti sabar ikut berhijrah.

Hebatnya alam amatlah indah,
Bersyukur kita seorang insan;
Izinlah Allah Muhammad hijrah,
Abu Bakar teman perjalanan.

Jalan sunyi sudah lengang,
Tiada sudah orang berjalan;
Bersama Baginda amatlah senang,
Itulah tanda kurnia Tuhan.

Rajinlah solat kurangkan alasan,
Buat jahat mesti waspada;
Mati Abu Bakar dalam perjalanan,
Matilah dia dalam syuhada.

Jalan didenai memakai tongkat,
Tongkat elok buatan Belanda;
Malam hari rencana berangkat,
Ali tidur di katil Baginda.

Dapat tongkat terus merayau,
Sambil merayau enak bercanda;
Pakailah Ali berjubah hijau,
Jubah hijau kepunyaan Baginda.

Enak bercanda tersepak akar,
Keluarlah suara berbunyi garau;
Bersama unta kepunyaan Abu Bakar,
Dua unta disedia untuk merantau.


Muhammad Melepaskan Diri

Luka kaki carilah salad,
Balutlah kaki dengan tertib;
Waktu malam berangkat Muhammad,
Berangkat Muhammad menuju Yathrib.

Minumlah air daun salad,
Banyak khasiat tambahlah perisa;
Butalah Quraisy keluar Muhammad,
Rumah dikepung pemuda perkasa.

Daun salad daunnya segar,
Benihnya bagus tumbuhnya segar;
Rasul ke rumah Abu Bakar,
Panjat keluar melalui tingkap.

Ditanam ia Pak Cik Taib,
Tumbuhnya segar tiadalah lama;
Bersama menuju ke Yathrib,
Harta dibawa sedikit cuma.

Atas daun hinggaplah rerama,
Kupu-kupu indah hidupnya liar;
Lima ribu dinar dibawa Cuma,
Wang kepunyaan Abu Bakar.

Terbang ia ke pintu taman,
Tiada musuh amatlah mujur;
Menuju mereka ke Tanah Yaman,
Bersembunyi mereka di Gua Thur.

Cerianya terbang tiada gusar,
Bermain adik amatlah leka;
Asma’ anak Abu Bakar,
Bekal makanan untuk mereka.

Terbang rerama ke tepi belukar,
Terbang ia amatlah riang;
Abdullah anak lelaki Abu Bakar,
Bersama Quraisy waktu siang.

Hari petang sudah suram,
Berjalan perlahan seekor tupai;
Bawalah berita waktu malam,
Strategi Quraisy semua disampai.

Indahnya hidup di alam maya,
Bagaimana indah usahlah tanya;
Ibu Fuhairah bekas sahaya;
Abu Bakar bekas tuannya.

Potong buluh biarlah runcing,
Dalam buluh dimasuk cuka;
Kerja dia pengembala kambing,
Bekal susu untuk mereka.

Potong buluh jadi berkas,
Buluh lembut jangan dipijak;
Jalan Abdullah timbullah bekas,
Tapak kaki kambing pembersih jejak.

Jadi suami janganlah bacul;
Isteri khianat mesti ditegur;
Masuk Quraisy ke rumah Rasul,
Rupanya Ali nyenyek tidur.

Rumah bersepah pintalah disapu,
Sapulah rumah dengan lidi;
Terkejut Quraisy rupanya tertipu,
Marah mereka makin menjadi.

Teringat kisah amatlah ngeri,
Kisah ngeri terjumpa mayat;
Mencari Rasul serata negeri,
Penat mencari kecewa yang dapat.

Mayat lama di tepi nisan,
Mayat lama dikurungi tebuan;
Hadiah lumayan diberi ganjaran,
Seratus unta itulah habuan.

Terjumpa mayat bersama teman,
Luka mayat amatlah berat;
Dapat Muhammad habuan lumayan,
Hidup mati itulah syarat.

Mayat lama dicari usul;
Rupanya mayat mati kebulur;
Arah Yaman mencari Rasul,
Menuju mereka ke Gua Thur.

Semua orang semakin bimbang,
Orang teranaya tiada ditolong,
Bersua mereka pengembala kambing,
Bertanya mereka kedua orang.

Inikah tanda dunia tua?
Dunia ini milik yang berada;
Pinta gembala carilah ke gua,
Rupanya tiada apa yang ada.

Bersatu hati bersama mesra,
Buat ibadat tiada selesai;
Abu Bakar mendengar apa bicara,
Sedialah beliau sebagai perisai.

Hormatlah juga orang tua,
Banyak dugaan mestilah tabah;
Mencari Quraisy ke pintu gua,
Di pintu gua.bergantung lelabah

Berjiwa malas perlu dipujuk,
Anak yang malas perlu didenda;
Merpati liar bersarang di pokok,
Tiada yang masuk.itu petanda

Rajinlah kerja hormatlah masa,
Rajin bersolat banyak bersujud;
Itulah tanda luar biasa,
Sebelum ini tiada yang wujud.



BAB 31

MENUJU YATHRIB

Berjalan kaki ke tanah rawa,
Musim kering tanah merekah;
Tiga hari di dalam gua,
Quraisy kembali ke tanah Mekah.

Musim kering tiadalah pacat,
Berjalan semangat membawa tukil;
Menuju Yathrib dua sahabat,
Penunjuk jalan Bani al-Duwil.

Mencari belut itulah harapan,
Air bertakung pasti dapat;
Arah Tihamah menuju jalan,
Pinggir Laut Merah itulah tempat.

Sedang berjalan tersepak rotan,
Terus bangkit terus mara;
Sampai mereka pertengahan jalan,
Membelok mereka arah utara.

Paya tebal cahaya suram,
Terus berjalan tiadalah jemu;
Berjalan mereka siang malam,
Meneruskan perjalanan tanpa jemu.

Penatlah sudah berjalan kaki,
Dalam lumpur terpijak gamad;
Terpandang Badwi tiga lelaki,
Yakin ia kumpulan Muhammad.

Berjalan kaki sakitlah kuku,
Berjalan kaki bersama Rahmad;
Bawalah cerita kepada suku,
Kata Suraqah bukanlah Muhammad.

Ternampak ibu berjalan sarat,
Sudahlah sarat diserang tebuan;
Dihati Suraqah niat tersirat,
Tangkap Muhammad dapatlah habuan,


Tolonglah ibu usah ditunda,
Sakitnya ibu jangan menuduh;
Mengejar Muhammad bersama kuda,
Sampai dekat cubalah bunuh.

Pengsanlah ibu terkeluar lendir,
Sakitnya ibu memanggil Siti;
Kaki kuda terperosok ke pasir,
Tanah menarik ngerilah hati.

Menjerit sakit terus pingsan,
Diangkat orang letak ditangga;
Menjerit dia minta ihsan,
Bersumpah dia Muhammad terjaga.

Sakit ibu amatlah parah,
Pujuklah ibu memakan mi;
Rasul pemaaf terselamat Suraqah,
Terselamat dia di telan bumi.

Selepas makan terus berihat,
Tersengat kulit seperti batu;
Bersama Muhammad janji dipahat,
Suraqah tetap tinggal di situ.

Makan ubat terus lega,
Kalau sakit janganlah berang;
Diri Muhammad akan dijaga,
Mengejar Muhammad siapapun dilarang,

Badan sakit tentulah lemah,
Kalau pengsan usahlah panik,
Sampai Rasul di sebuah khemah;
Ummu Ma’ab nama pemilik.

Pergi hospital tentulah layak,
Itulah tanda bijak berfikir;
Orangnya perempuan hatinya baik,
Ada makanan diberi musafir.

Terkena sengat usahlah menanggis,
Sakit sedikit mestilah tabah;
Kurma dan susu sudahlah habis,
Kambing ada sudahlah lemah.

Doktor bertanya janganlah bisu,
Baru sakit cepat pulih;
Pintalah Rasul memerah susu,
Keluarlah susu seizin Allah.

Dengar nasihat perlu dimengerti,
Doktor merawat dapatlah upah;
Minumlah mereka senangnya hati,
Pulang suami susu melimpah.

Keluarga sakit sebarlah berita,
Ucaplah takziah sekiranya mati;
Bertanya suami perihal cerita,
Ceritalah ia sepenuh hati.

Orang mati sakit tibi,
Kalau ziarah janganlah lama;
Ikutlah suami bersama Nabi,
Ummu Ma’bad turut bersama.

Jagalah bahasa jangan tersasul,
Jaga hati jagalah lidah;
Senang mereka bersama Rasul,
Bersama Nabi mengucap syahadah.



BAB 32

ISLAM DITERIMA DI YATHRIB


Banyak ikan mari menuba,
Kita menuba ikan kelah;
Sampailah Rasul di kampung Quba’,
Berihat mereka berhenti lelah.

Kalau menuba berani mencuba,
Kita menuba di sungai sana;
Empat hari di kampung Quba’,
Masjid Quba’ sempat di bina.

Lama menuba sehingga Maghrib,
Bakar ikan atas bara;
Hari keempat menuju Yathrib,
Penduduk Madinah sambut gembira.

Terkena tuba ikan meronta,
Ikan meronta terkeluar mata;
Lepaslah nabi tali unta,
Ikutlah nabi bersama unta.

Ikan meronta nampaklah lemah,
Bakar ikan atas batu;
Unta berhenti sebidang tanah,
Tanah milik yatim piatu.

Makan ikan bersama roti,
Makan ikan bersama Hamid;
Tanah dibeli senanglah hati,
Bersama Nabi membina masjid.

Ikan mabuk sudahlah muncul,
Terlompat ia sampai ke tanah;
Di situlah tempat tinggal Rasul,
Yathrib kini dipanggil Madinah.







Nabi Menolak Kemewahan Dunia

Dapat ikan tidur lena,
Dapat ikan itulah upah;
Masjid dibina amat sederhana
Rumah Nabi tiadalah mewah.

Ikan melompat ikan haruan,
Letaklah ikan ke dalam talam;
Senang dunia bukan habuan,
Tenaga fikiran untuk Islam.

Amalan menuba perlu difikir,
Besar kecil tiada terlepas;
Kekayaan ada habuan fakir,
Hamba dibeli terus dilepas.

Amalan sihat perlu dibina,
Amalan menuba usah diterima;
Sahabat dekat hidup sederhana,
Lebih memberi dari menerima.


BAB 33

KEHIDUPAN DI KOTA MADINAH


Anak burung atas bangsal,
Terbang bebas hidupnya liar;
Aus Khazraj penduduk asal,
Golongan Ansar diberi gelar.

Terbang hinggap atas batang,
Menjulur cepat datanglah ular;
Penduduk Mekah golongan pendatang,
Golongan Muhajirin diberi gelar.

Datang ibu tiada dibiar,
Lindung anak tiada lemah;
Penolong Rasul golongan Ansar,
Muhajirin hijrah kerana Allah.

Hinggap ibu atas rotan,
Terbang anak ke arah awan;
Bersatu mereka memelihara iman,
Hilang sengketa amanlah iman.

Jauh terbang nampaklah lemah,
Terbang juga si burung tempua;
Golongan munafik penabur fitnah,
Abdullah Ubayy itulah ketua.


Perjanjian Persaudaraan

Burung tempua sudahlah dara,
Hinggap ia di puncak batu;
Semua Muslim hidup bersaudara,
Muhajirin Ansar hidup bersatu.

Burung tempua suara lantang,
Suara nyaring sampai ke kota;
Lupalah Muhajirin kaum pendatang.
Golongan Ansar lupa sengketa.

Lepas hujan keluarlah kelkatu,
Datang burung habis licin;
Umat Islam hidup bersatu,
Ansar mendapat saudara Muhajirin.

Jatuh ke sungai makanan ikan,
Ikan kecil ikan sepat;
Perkahwinan dijalin kukuhlah ikatan,
Hidup bahagia amanlah umat.

Terbang kelkatu terbang rendah,
Riuh burung mengecap habuan;
Anak Nabi bernama Fatimah,
Berkahwin ia dengan Uthman ‘Affan.

Mana terlepas masuk ke tanah,
Tumbuh cendawan tumbuh meliar;
Rasul berkahwin dengan Aisyah,
Gadis sunti anak Abu Bakar.


Masalah Orang Yahudi dan Jalan Penyelesaian

Samping cendawan tumbuhlah ubi,
Tumbuh segar tepi akar;
Seorang Yahudi bernama Rabbi,
Amatlah alim orangnya pintar.

Baka cendawan baka mutakhir,
Payung putih batangnya merah;
Yakin dia Rasul terakhir,
Kitab Yahudi tercatat sudah.

Bila kembang juallah murah,
Dipungut ia masuk ke baldi;
Bandinglah dia dengan Rasululah,
Keterangan tercatat yakinlah Yahudi.

Baldi di letak tepi tunggul,
Baldi diambil oleh isteri;
Ucaplah syahadah mengikut Rasul,
Abdullah bin Salam nama diberi.



Bilang kulat biar betul,
Tanya isteri siapa empunya;
Pintalah Rabbi dari Rasul,
Tanyalah kaumnya tentang dirinya.

Perbuatan baik itu sewajarnya,
Hati senang jiwa bahagia;
Bertanya Rasul kepada kaumnya,
Rupanya Rabbi orang mulia.

Dalam hutan ada mengaum,
Bimbang ayah terkena badi;
Keluar Rabbi mencari kaum,
Istihar Islam depan Yahudi.

Binatang hutan jangan bicara,
Senang berihat hujung serambi;
Keruhlah suasana muncul gelora,
Dusta cacian hidangan Rabbi.

Sang Belang bersuara lantang,
Bimbang ayah nanti menjalu;
Sedar Yahudi kuasa menghilang.
Perang dingin mula dipalu.

Mari kita menyusun seroja,
Menyusun seroja bersama Juita;
Fitnah tipu daya itulah kerja,
Golongan munafik mula bertakhta.

Berenang riang si ikan kelah,
Sisiknya merah tersangat cantik;
Putar belit mencari helah,
Itulah sifat golongan munafik.




Komplot Yahudi


Mengail kelah dapat keli,
Berenang riang tanpa lelah;
Permusuhan lama diungkit kembali,
Aus Khazraj terus berbalah.

Berenang kelah semakin dekat;
Nampak memerang lari bercempara;
Tektik Yahudi tiadalah dapat,
Aus Khazraj mengaku saudara.

Dapat memerang menangkap ikan,
Ikan ditangkap di dalam tuar;
Berpura Yahudi mendengar ajaran,
Rasululah tahu dibuang keluar.

Memerang menunggu sudahlah lama,
Habis badan dikerumuni pacat;
Yahudi dan Islam kiblat sama,
Baitul Muqadis itulah tempat.

Ikan ditangkap si ikan linang,
Ikan ditangkap ubatlah bisul;
Apa terjadi tiadalah senang?
Itulah sifat terpuji Rasul.

Bisul naik dijari penunjuk,
Tangan sakit nasi tumpah;
Berdoa Rasul minta petunjuk,
Berpaling Rasul arah Ka’bah.

Nasi tumpah usah dibiar,
Kalau dibiar ibu marah;
Gembira Muslim mendengar khabar,
Tanah Mekah penuh sejarah.

Reaksi orang Yahudi

Berbuat baik itulah budi,
Berbuat budi jauhlah neraka;
Kecewa Yahudi apa terjadi,
Terpisah Islam dari mereka.

Lepas makan membaca buku,
Buku dibaca sudahlah punah;
Meratap Yahudi apa berlaku,
Kitab Yahudi diterang sudah.

Buku punah jangan diumpat;
Teruslah baca ambil berkat;
Nabi terakhir menukar kiblat,
Baitul Muqadis ke tanah Mekah.

Sambil membaca memakan ubi,
Ubi keledek baru diangkut;
Nyata sudah Muhammad Nabi,
Yahudi sombong enggang mengikut.

Benih ubi benih unggul;
Benih diambil dari Perlis;
Pinta Yahudi kepada Rasul,
Tukar kembali ke Baitul Muqadis.

Ubi dimasak oleh mama,
Tersepak kain terus melatah;
Itulah syarat Islam diterima,
Enggan Rasul muslihat terserlah.

BAB 34

BERMULA PERANG DALAM ISLAM


Pergi berguru amatlah susah,
Sekali berguru jangan beralah;
Tanah Madinah tanah bertuah,
Islam kuat umat bertambah.

Masuk sungai keluar hutan,
Ilmu ditambah sentiasa berganda;
Bersedia penganut menjaga iman,
Ucapan perbuatan itulah tanda.

Sudah dilatih ilmu pejuang,
Tungu masa rela berbakti;
Turunlah wahyu izin berperang,
Tugas mereka pasti diketahui.

Segala ilmu sempat ditamat,
Ilmu silat membaca alamat;
Bebas ibadah itulah matlamat,
Tunai haji itulah hasrat.

Ilmu ditambah segenap tempat,
Sedikit kurang jangan diumpat;
Takluk Mekah itulah hasrat,
Tunai haji itulah hajat.

Ilmu gerak membaca arah,
Tinggi gua sanggup dipanjat;
Takluk Mekah tebus maruah,
Bilangan sedikit tunggulah hajat.

Segala ilmu milik Tuhan,
Sanggup berguru tiada payah;
Ganggu kafir masa perjalanan,
Mekah Sham itulah arah.


Kafilah Quraisy

Musuh khianat perlu dihalang,
Gerak musuh perlulah faham;
Terimalah khabar kafir pulang,
Pulang dari tanah Sham.

Banyak istighfar kurangkan cerita,
Musuh menyerang perlu dilanyak;
Utuslah Muhammad pasti berita,
Bilangan besar barangan banyak.

Tempat bertapa pohon beringin,
Tepi bukit tempat peranginan;
Tahulah Quraisy rahsia Muslimin,
Utuslah Damdam minta bantuan.

Masa belajar bersuara lantang,
Sifat malas perlu dihalang;
Bawalah kafir kelengkapan perang,
Megahlah mereka tunjukkan belang.

Tempat bertapa dalam hutan,
Berperangai baik elakkan sumbang;
Yakin mereka segala kekuatan,
Berbaris keluar megah dan sombong.

Banyak istighfar waktu senggang,
Baru hidup tiada punah;
Tinggal Madinah menuju perang,
Abu Lubana penjaga Madinah.

Rendahkan diri jangan benggang,
Jagalah hati jagalah mata;
Pergilah Rasul ke medan perang,
Keluar mereka membawa senjata.

Berunding dengan Pengikut Baginda

Jagalah sifat seorang insan,
Jiwa tenang badan sihat;
Sampailah Rasul lembah Dhafiran,
Singgah mereka berhenti rehat.

Ilmu guru jangan diragu,
Nasihat guru perlu dipegang;
Dengarlah mereka Quraisy membantu,
Datang membantu kafilah dagang.

Segala kitab segala buku,
Perlu ditelaah barulah matang;
Berunding Rasul apa berlaku,
Sahabat baik teman berunding.

Ilmu ditambah ayah gembira,
Ilmu sesat dapat ditendang;
Umar Abu Bakar sahabat setia;
Kaum Muslimin diajak berunding.

Kalau berguru ikutlah adat,
Baru hidup tiada tempang;
Meneruskan agenda itulah hajat,
Janji Allah Muslimin menang.

Lepas berguru bersolat Ansar,
Doa dipanjat sejahtera diminta;
Sampai Rasul di perigi Badar,
Mara hadapan mencari berita.

Carilah ilmu segenap benua,
Sentiasa menelaah jangan dilupa;
Dapatlah berita si orang tua,
Musuh hampir usahlah alpa.

Banyak ilmu tiada menderita,
Pintalah jawatan mana yang layak;
Utuslah Ali mencari berita,
Suruhan Quraisy itulah budak.

Banyak berguru tentulah mahir,
Ilmu silat menyihat tubuh;
Keluar dia mencari air,
Tanyalah Rasul darihal musuh.

Kalau belajar jangan bertangguh,
Ilmu dan amal itulah betul;
Berapa banyak ternakan di sembelih,
Itulah soalan dari Rasul.

Masuk pondok janganlah lari,
Guru murshid sentiasa berbakti;
Sepuluh unta disembelih setiap hari,
Tahu Rasul seribu musuh menanti.

Bijak bersyarah perlu ditempuh,
Kalau salah jangan dimarah;
Rahsia Muslimin dijejaki musuh,
Kafilah Quraisy menukar arah.

Kalau berguru janganlah leka,
Belajarlah tuan sampai matang;
Berat Muslimin melawan mereka,
Bilangan kecil alatan kurang.

Habis emas habislah intan,
Baru ilmu dapat digapai;
Quraisy mengutus Abu Sufyan,
Mereka terselamat mencari damai.

Ingin belajar ikut aturan,
Tiada menyesal hari kemudian;
Engkar Abu Jahal segala arahan,
Dendam amarah tiada kesudahan.

Kuat semangat hilangkan lemah,
Baru tercapai apa dihajat;
Bersumpah dia pantang ke Mekah,
Mendapat kemenangan itulah matlamat.

Ingin belajar bawalah bekal,
Ikan kering ikan gelama;
Bangga Quraisy hasrat Abu Jahal,
Bani Zuhran enggan bersama.

Rajin belajar tiada rugi,
Ilmu dapat itulah lazat;
Pilihlah Rasul tepi perigi,
Pengatur strategi di situ tempat .


Ingin belajar perlu bertempat,
Ikut tingkat itulah kelebihan;
Al-Hubab punya pendapat,
Dekat air banyak kelebihan.

Sepanjang masa perlu ceria,
Masa belajar jangan sombong;
Datang Muaz bersama idea,
Bina benteng untuk Nabi.

Iman kuat benteng teguh,
Baru dapat ilmu Tuhan;
Sedia Muslimin melawan musuh,
Siap siaga terima arahan.


Peperangan Badar

Lepas belajar cari rezeki,
Rezeki dicari kerja mengukir;
Kaum Quraisy datang lelaki,
Pecahlah tempat tangkungan air.

Iman di dada biarlah teguh,
Hidup berjasa sepanjang zaman;
Datang Hamzah terus dibunuh,
Quraisy datang buat cabaran.

Sifat jahil perlu dibuang,
Ilmu dicari sentiasa ditambah;
Satu lawan satu bermula perang,
Perang saudara tibalah sudah.

Datang mengaji orang darat,
Sampai ke madrasah termegah-megah;
Berjuang kerana Allah itulah matlamat,
Quraisy Sombong sentiasa megah.

Kalau mengaji bina impian,
Dicari ilmu segenap tempat;
Yakin Quraisy raih kemenangan,
Tentera kuat kelengkapan padat.

Sambil mengaji bawalah dagangan,
Rezeki bertambah bolehlah kahwin;
Berdoa Rasul minta pertolongan,
Berilah kemenangan untuk Muslimin.

Pedagang besar banyak berdagang,
Dagangan banyak warna-warni;
Bangkit Muslimin di medan perang,
Umat Islam makin berani.

Barang lusuh perlu diganti,
Dagangan elok barang bermutu;
Pimpinan Quraisy ramailah mati,
Ambillah Rasul segengam batu.

Pelabuhan besar kapal berlabuh,
Barang baik banyak laku;
Lemparlah Rasul barisan musuh,
Takjub Muslimin kekalahan berlaku.

Sambil berlabuh berhenti lelah,
Peraturan dagang jangan dibantah;
Semuanya itu pertolongan Allah,
Quraisy kalah kembali ke Mekah.

Kalau berdagang janganlah malu,
Sambil berdagang menyebar agama;
Perang Badar sudah berlalu,
Harta rampasan dibahagi sama.

Depan dagangan mesti berbahasa,
Jual barang janganlah mahal;
Mati Abu Jahal amat seksa,
Luka di hidung itulah ajal.

Barang habis hati girang,
Jadilah Muslim rajin menderma;
Tawanan Quraisy di bawa pulang,
Berbuat baik ajaran agama.


BAB 35

PERISTIWA SELEPAS PERANG BADAR


Barang banyak murah meriah,
Beli barang buat kenangan;
Utusan di hantar ke Madinah,
Khabar baik khabar kemenangan.

Beli barang jangan ditunda,
Tersalah beli boleh diganti;
Gembira Muslimin lapanglah dada,
Golongan munafiq gusarlah hati.

Kalau membeli usahlah leka,
Banyak barang tentulah sibuk;
Golongan Yahudi teramat murka,
Dendam Muslimin makin membuak.

Barang murah perlu ditambah,
Cari barang bahannya ringan;
Kala Quraisy sampai ke Mekah,
Tercenggang mereka amat kehairanan.

Barangan dibeli habis dicuri,
Puas sudah mencari bukti;
Hairan Abu Lahab tiada terperi,
Demamlah dia membawa ke mati.

Barang dicuri berilah simpati,
Barang habis tiadalah gembira;
Wanita Quraisy tiada meratapi,
Bimbang mereka muslimat gembira.

Jadi pedagang itulah impian,
Menuntut ilmu biarlah dalam.
Carilah Quraisy wang tebusan,
Melepaskan tawanan dari orang Islam.

Menuntut ilmu itulah suruhan,
Banyakkan berzakat elakkan bakhil;
Muslim berbaik segala tawanan,
Mereka itu semestinya jahil.


BAB 36

AJARAN ISLAM PERINGKAT AWAL

Pucuk pinang tumbuhnya cepat,
Ditanam orang pelbagai jenis;
Islam disampai secara peringkat,
Amalan terkutuk kian terhakis.

Tumbuhnya pucuk teramat bengkok,
Tumbuh ia di tepi selat;
Barang siapa sedang mabuk,
Haram baginya untuk solat.

Tumbuh berselang teramat dekat,
Sudah berbuah teramat lebat,
Umat permulaan taat bersolat;
Minuman haram ditinggal senang.

Selepas berbuah jatuhlah upih,
Batang upih dijadikan tongkat;
Zaman jahiliyah wanita diperlekeh,
Datang Islam martabat diangkat.

Dikerat tandang amatlah berat,
Dibawa turun gunakan cangkuk;
Zaman Islam pelajaran dimartabat,
Ayah suami wajib mendidik.

Ambil santan mengulai ikan,
Selepas makan pergi ke huma;
Harta pusaka milik warisan,
Anak perempuan berhak bersama.

Hampas kelapa jadikan umpan,
Pokok paku tumbuhnya liar;
Wanita diajak teman seperjuangan,
Harta dikumpul meningkatkan syiar.

Umpan diberi ikan gelama,
Rupanya dapat si ikan Tambang;
Dalam perang wanita bersama,
Merawat panglima sekiranya tumbang.

Dalam bubu ikan terkurung,
Ikan terkurug angkatlah cepat;
Rufaidah nama perempuan terbilang,
Mengajak Muslimat sebagai perawat.

Ikan penuh dalam bubu,
Sifat rajin jangan dikeji;
Berbuat baik kepada ibu,
Ajaran Islam sifat terpuji.

Jual ikan kita menderma,
Menjual ikan tiadalah lama;
Merdeka hamba suruhan agama,
Hamba juga saudara seagama.

Dapat ikan sudahlah jangka,
Dapat rezeki ada impian;
Islam datang hamba dimerdeka,
‘Mawali’ diberi nama gelaran.

Angkat bubu kita menjala,
Dapat ikan namanya Tamban;
Anak yatim dibantu dibela,
Membantu membimbing itulah ajaran.

Selesai menjala tekak dahaga,
Air diminum tiada luak;
Masa kecil harta dijaga,
Bila dewasa dialah berhak.


BAB 37

BANI QAINUQA’ DAN GANGGUAN QURAISY


Duit disimpan dalam laci,
Dapat duit jangan berfoya;
Bani Qainuqa’ makin membenci,
Fitnah menipu itulah budaya.

Duit banyak janganlah liat,
Duit hilang tentulah merana;
Bersama mereka perjanjian dibuat,
Perjanjian dibuat mesti laksana.

Minta hutang biarlah sopan,
Ingin habuan usahlah bodek;
Sombong angkuh jadi amalan,
Perjanjian dibuat mudah dirobek.

Dapat kontrak rezeki melimpah;
Kontrak membaiki kapal layar;
Halaulah Rasul dari Madinah,
Itulah balasan orang yang engkar.

Berarak awan atas kayangan,
Terbang sekawan burung layang-layang;
Kota Madinah semakin aman,
Gangguan Yahudi semakin kurang.

Kapal belayar ke negeri China,
Datang ribut hilang arah;
Kaum Quraisy makin terhina,
Perang Badar hilanglah maruah.

Dalam kapal penumpang gelisah,
Penumpang panik terus meracau;
Datang Abu Sufyan ke Madinah,
Niat buruk membuat kacau.

Batu karang turut dirempuh,
Penumpang di dalam tentu gusar;
Suku Ansar dicari dibunuh,
Kebun kurma habis dibakar.

Kapal karam amatlah malang,
Keluarga dekat banyak berduka;
Maruah Quraisy dapat dijulang,
Itulah harapan dihati mereka.

Ayah ibu turut gelisah,
Penumpang di kapal terkena bincut;
Angkara Quraisy tahulah sudah,
Kejarlah Rasul bersama pengikut.

Ramai orang turut berduka,
Barang tercampak ada yang hilang;
Abu Sufyan enggan bersemuka,
Barang dicuri terus dibuang.

Kapal karam terkena taufan,
Penumpang di dalam nampak lemah;
Gerak Quraisy enggan berdepan,
Kembali Rasul ke kota Madinah..

Terlepas nyawa dari jasad,
Kapal karam tiada selamat;
Lari Quraisy dari Muhammad,
Maruah Islam makin terangkat.

Kapal karam terdampar di pulau,
Mana yang selamat turut terdiam;
Kafir Quraiy semakin risau,
Jalan dagang makin terancam.

Terdampar di pulau bermalam-malam,
Hidup kini mula terasing;
Jalan ke Sham makin terancam,
Bimbanglah mereka rezeki kurang.

Terdampar di pulau mencari makanan,
Pakaian ada turut basah;
Terhenti perdagangan habislah bekalan,
Sengsara mereka di tanah Mekah.

Kapal karam rupanya terbelah,
Burung camar terbang liar;
Berbincang Quraisy selesai masalah,
Jalan lain dicari ikhtiar


Terbang helang amat megah,
Orang karam tiada makan;
Jalan Najd-Iraq itulah arah,
Emas perak barang dagangan.

Hilang arah namanya mualim,
Mencari arah semuanya salah;
Rahsia Quraisy tahulah Muslim,
Bersama Zaid memintas kafilah.

Mualim hebat tiada menyerah,
Terjumpa kompas tahulah arah;
Bawalah pemimpin ke tanah Madinah,
Ajaran Islam diberi dakwah.

Pinta berdoa kepada Tuhan,
Ingin selamat itulah azam.
Cenderunglah mereka kepada ajaran,
Terbukalah hati terima Islam.


BAB 38

HUKUM-HUKUM AL-QURAN


Membaca kitab bersama teman,
Rupanya teman orang aulia;
Kota Madinah sangatlah aman,
Islam disebar tiada rahsia.

Salah belajar jangan dicerca,
Ajaran kitab perlu dicatat;
Al-Qur’an dicatat dibaca,
Kulit binatang tempat dicatat.

Ajaran kitab ajaran Tuhan,
Kalau beramal tentu aman;
Belajar al-Qur’an tiada kesudahan,
Al-Qur’an itu panduan kehidupan.

Dalam kitab sudah bicara,
Semua ajaran jadi amalan;
Budaya Muslim hidup bersaudara,
Sombong ujub bukan suruhan.

Telaah kitab menjadi alim,
Segala hukum jadikan amalan;
Hidup Rasul bersama Muslim,
Sunnahnya itu jadi ikutan.

Kitab disimpan dalam raga,
Kalau amal itulah bekal;
Sunnah Rasul sentiasa dijaga,
Perkataan perbuatan tetap dihafal.

Rajin belajar bina impian,
Amal takwa itulah anjuran;
Belajar Muslim ikut keupayaan,
Dalam Islam itulah ajaran.


BAB 39

ANGKATAN PERANG MENYERANG MADINAH


Rajin berguru jangan biadap,
Sama berguru belajar panah;
Hina Quraisy di mata Arab,
Kalah perang tercabar maruah.

Sama berguru jangan berang,
Ilmu dicari tiada beli;
Kumpul kembali angkatan perang,
Maruah hilang direbut kembali.

Habis berguru siap siaga,
Musuh datang terus mara;
Angkatan perang dapat disedia;
Tiga kumpulan seribu tentera,

Musuh datang di balik bata,
Siap siaga teliga dan mata;
Dari Taif dijemput juga;
Lengkap segala dengan senjata.

Musuh datang sayup bergema,
Sayup bergema hujung hutan;
Wanita juga turut bersama,
Hindun isteri Abu Sufyan.

Hujung hutan disangka babi,
Rupanya sibuk orang berhuma;
Al-Abbas bapa saudara Nabi,
Beliau juga turut bersama.

Waktu malam pasang bara,
Bunyi bising sampai bergema;
Kasihan juga anak saudara,
Tulislah dia turut bersama.

Dalam huma menanam peria,
Banyak menanam tangan lenguh;
Kemaraan musuh dikhabar ia,
Tahulah Rasul rahsia musuh.

Benih peria dari Senggora,
Tanaman menjadi amatlah bangga;
Rupanya musuh sudahpun mara,
Umat Islam mesti berjaga-jaga.

Peria menjalar pasang tiang,
Suburnya peria boleh dimakan;
Ajaklah Rasul Muslimin berbincang,
Bila berbincang ada pandangan.

Lepas pungut kita timbang,
Peria masak buahnya merah;
Abdullah Ubayy datang mencadang,
Tetaplah kita di kota Madinah.

Mari kita pergi ke huma,
Kebun segar tentu lega;
Sa’d bin Mu’az pendapat sama,
Kota Madinah kita jaga.

Kebun segar bagaikan taman,
Jangan tanya siapa punya;
Akur Muslimin terima keputusan,
Semua persoalan serah padaNya.

Hujung kebun ada lebah,
Lebah tergantung membuat sarang;
Golongan munafiq mencari helah,
Tentera Muslimin makin kurang.

Sarang lebah sarang tebuan,
Setia mereka kepada sarang;
Tetap tabah terima cubaan,
Tentera Quraisy siap menyerang.

Sarang lama sudahlah wujud,
Sarang tebuan dari tanah;
Sampai Muslimin di bukit Uhud;
Cari pemuda handal memanah.

Kena sengat pasti sakit,
Cari ubat tahan darah;
Tetaplah kamu di tepi bukit,
Usah berpindah sebelum mengarah.

Atas pokok ada sarang,
Sarang besar nampak berat;
Tiada berhak mulakan perang,
Lainlah pula kalau ada isyarat.

Kena sengat hilang deria,
Hilang tawa hilang ceria;
Quraisy juga siap sedia,
Bimbang kalah kali kedua.

Beras pulut dibuat wajid,
Wajid dibuat marilah makan;
Sayap kanan Khalid al-Walid,
Tentera berkuda itulah kumpulan.

Beras pulut benih di tugal,
Ditugal orang tanah merah;
Sayap kiri Ikrimah Abi Jahal,
Talhah berada bahagian tengah.

Ingin kenduri sebar berita,
Berita disebar bersama mama;
Wanita Quraisy turut serta,
Lagu semangat dinyanyi bersama.

Kenduri keluarga banyak ulaman,
Ikan toman ikan sembilang;
Perang dahsyat bunyilah somboyan,
Hamzah pahlawan Islam terbilang.

Toman digulai di bawah bayang,
Bergulai bersama si anak tani;
Dapatlah gelar Singa Perang;
Mara ke depan dengan berani.

Menyiang ikan tangan luka,
Mencari ubat pergilah beli;
Ali dan Talhah bertentang muka,
Tumbang Talhah di tangan Ali.

Duduk berihat terus terlena,
Badan segar itulah alamat;
Pedang Nabi bersama Abu Dujana,
Musuh di depan tiada selamat.

Masuk hutan pergi meramu,
Pergi meramu itulah hajat;
Tentang Muslimin tanpa jemu,
Tegakkan agama itulah niat.

Kalau berkebun jangan bosan,
Dapat hasil marilah angkat;
Mati Syahid satu penghormatan,
Janji syurga itulah tempat.

Selepas berkebun mendulang timah,
Timah dilentur jadikan barang;
Tentera Quraisy semakin lemah,
Lari mereka medan perang.

Lari kencang burung kaswari,
Burung Murai menyebar berita;
Tentera Quraisy habislah lari,
Kumpul Muslim segala harta.


Angkara Melanggar Perintah

Hinggap murai atas tunggul,
Terbang melayang si burung Camar;
Harta musuh diambil dikumpul,
Lupalah mereka tujuan sebenar.

Terbang burung kena sergah,
Berhenti ia di tanah gala;
Tentera pemanah lupa perintah,
Harta perang lupa segala.

Duduk adik amatlah suka,
Gembira ceria tiada penyakit;
Ada sahabat ingatkan mereka,
Tetaplah kalian di puncak bukit.

Rajin belajar janganlah lemah,
Rajin belajar tercapai cita.
Nasihat diberi tiada diendah,
Perang berakhir bubarlah kita.

Tempat mendulang tanah runtuh,
Kalau runtuh tanah mendap;
Khalid A-Walid tentera musuh,
Tentera pemanah diserang hendap.

Selepas mendulang mencari gaharu,
Dapat gaharu pasti mewah;
Tentera Quraisy segenap penjuru,
Tentera Islam terperangkap sudah.

Gaharu dicari di hutan lindung,
Terjumpa gaharu itulah kurnia;
Berjuang Muslim dalam bingung,
Berjuang kerana Allah atau dunia.

Terjumpa gaharu tiada sesal,
Dapat gaharu tersengih-sengih;
Menjerit Quraisy Rasul meninggal,
Muslimin mendengar amatlah pedih.

Isi gaharu ke dalam bakul,
Gaharu dicari pasanglah sigai;
Datang Muslimin menjaga Rasul,
Empunya diri sebagai perisai.

Pasang sigai sudahlah lama,
Mencari gaharu bukanlah senang;
Ummu Aiman bangkit bersama,
Bersama lelaki turut berjuang.

Selesai mencari buatlah tanda,
Semua orang tentu gembira;
Syahidlah dia sebagai suhada,
Itulah sifat perempuan mulia.

Selesai mencari makan duku,
Kilat halilintar bunyilah guruh;
Mayat Hamzah terbujur kaku,
Datang Hindun membelah tubuh.

Dalam hutan mestilah tegah,
Cakap celupar kenalah tahan;
Hati Hamzah ingin diratah,
Tiada dapat takdir Tuhan.


Dalam hutan bertemu gajah,
Pawang gajah bernama Hamid;
Terharu Rasul menatap wajah,
Matilah Hamzah sebagai syahid.

Halau gajah membaca mantera,
Gajah enggan terus meronta;
Dapatlah Quraisy suatu berita,
Nabi sudah bercerai nyawa.

Gajah besar gajah tua,
Pergi gajah hati lega;
Pesanlah Rasul diamlah semua,
Perang Uhud semakin reda.


BAB 40

PENGAJARAN UNTUK MUSLIMIN ENGKAR PERINTAH


Riuh tukang mengetuk paku,
Sambung tongkat rumah rebah;
Kesal Muslimin apa berlaku,
Perintah Rasul dipandang mudah.

Rumah rebah warna merah,
Rumah rebah patah tongkat;
Gembira Quraisy Muslimin kalah,
Dendam kini sudah terubat.

Beli rumah tiada mampu,
Rumah buruk amatlah azab;
Kalah Islam kerana ditipu,
Cinta dunia itulah sebab.

Gali tongkat biar rapat,
Gali lubang biar dalam;
Kecewa Nabi disebabkan umat,
Engkar arahan kalah Islam.

Rumah buruk kena umpat,
Orang umpat tiada iman;
Turunlah ayat maafkan umat,
Peristiwa perang jadikan pengajaran.

Memburu Musuh

Ketuk paku kena kening,
Berdarah di kening amat ngeri;
Suatu pagi yang bening,
Berjalan pesuruh serata negeri.

Lihat darah mesti berani,
Apa terjadi jangan mengeluh;
Seluruh Madinah sudah dijalani,
Pinta Muslimin mengejar musuh.

Batang keladi tepi dahan,
Darah keluar dapat ditahan;
Akur Muslimin terima arahan,
Biarpun letih tetaplah taat.

Petua lama pasti jadi,
Darah kering tentu suka;
Tahu Abu Sufyan apa terjadi,
Muslimin sedang mengejar mereka.

Salah ketuk jangan dimaki,
Masa kerja jangan murka;
Dapatlah tahu dari lelaki,
Muslimin sedang mengejar mereka.

Elak diri minum todi,
Jiwa senang bersih rohani;
Hairan Quraisy mengapa terjadi,
Umat Islam makin berani.

Ketuk paku jangan dekat,
Buat keranda ini mayat;
Abu Sufiyan menanam hasrat,
Hasrat terpendam hancurkan umat.

Baca talkin jangan tersasul,
Sebelum baca berus gigi;
Unggun api dihidupkan Rasul,
Tiga bulan itulah strategi.

Kuatkan lafaz jangan ragu,
Tanam mayat mesti bangat;
Itulah tanda Muslimin menunggu,
Siap perang itulah semangat.

Mayat ditanam orang dagang,
Orang dagang kerja berpukat;
Apa ditunggu tiada datang,
Kaum Quraisy tiada mendekat.

Kerja berpukat mengambil upah,
Waktu pagi menorah getah;
Pulang dia ke kota Mekah,
Gembira mereka Islam kalah.

Buat kerja jangan malu,
Tahan pukat jangan punah;
Dua bulan peristiwa berlalu,
Bani Asad menyerang Madinah.

Masa berpukat kena sergah,
Tekejut diri jantung lemah;
Dapat tahu Islam lemah,
Timbul azam menyerang ummah.

Kerja baik jangan dihalang,
Ambil tukil pergi menyadap;
Abu Salamah panglima perang,
Ambil strategi menyerang hendap.

Kerja menyadap sudahlah lama,
Seminggu berhenti terkena bisul;
Selesai perang sakitlah panglima,
Bertemu Allah di sisi Rasul.




























BAB 35

PERISTIWA SELEPAS PERANG BADAR

Barang banyak murah meriah,
Beli barang buat kenangan;
Utusan di hantar ke Madinah,
Khabar baik khabar kemenangan.

Beli barang jangan ditunda,
Tersalah beli boleh diganti;
Gembira Muslimin lapanglah dada,
Golongan munafiq gusarlah hati.

Kalau membeli usahlah leka,
Banyak barang tentulah sibuk;
Golongan Yahudi teramat murka,
Dendam Muslimin makin membuak.

Barang murah perlu ditambah,
Cari barang bahannya ringan;
Kala Quraisy sampai ke Mekah,
Tercenggang mereka amat kehairanan.

Barangan dibeli habis dicuri,
Puas sudah mencari bukti;
Hairan Abu Lahab tiada terperi,
Demam dia membawa ke mati.

Barangan habis usah diratapi,
Barang habis tiadalah gembira;
Wanita Quraisy tiada meratapi,
Bimbang mereka muslimat gembira.

Jadi pedagang itulah impian,
Menuntut ilmu biarlah dalam.
Carilah Quraisy wang tebusan,
Melepaskan tawanan dari orang Islam.

Menuntut ilmu itulah suruhan,
Banyakkan berzakat elakkan bakhil;
Muslim berbaik segala tawanan,
Mereka itu semestinya jahil.



BAB 42

MASALAH BANI NADIR


Kerja di bendang mencangkul tanah,
Sambil mencangkul ternampak lelabi;
Yahudi Munafik timbul masalah,
Sepanjang masa mengancam Nabi.

Bimbang ayah terkena badi,
Membaca selawat elak bala;
Bani Nadir puak Yahudi,
Jumpa Nabi selesai sengketa.

Tanah kering tiada hujan,
Musim kering datang melanda;
Bincang sengketa wang tebusan,
Dapat peluang membunuh Baginda.

Musim kering amat perit,
Kerja di bendang tentu payah;
Lontar batu atas bukit,
Nabi Selamat bantuan Allah.

Musim kering berbulan-bulan,
Rumput kering banyak terbakar;
Sahabat Nabi terus dilayan,
Apa terjadi bimbang terbongkar.

Musim kering jangan jahat,
Bermain api cepat terbakar;
Ceritalah Rasul kepada sahabat,
Terkejut Yahudi rahsia terbongkar.

Musim kering banyak bersabar,
Riuh berbunyi suara puyoh;
Kaum Yahudi nyah keluar,
Sepuluh hari diberi tempoh.

Hujan ribut datang melanda,
Tanah kering air bertakung;
Sepuluh hari tiada tanda,
Kampung mereka terus dikepung.

Riang orang bermain lelayang,
Angin sejuk amatlah segar;
Sedar Yahudi mereka kecundang,
Harta ada dibawa sekadar.

Cuaca sejuk boleh menunggal,
Belalang padang turut berterbangan,
Senjata dan tanah turut ditinggal;
Ke Khaibar tempat tujuan.

Mari menunggal biji-bijian
Hujan turun bersama petir;
Tanah ditinggal untuk Muhajirin,
Seperlima hasil habuan fakir.



BAB 43

KEMBALI KE BADAR MENEMUI KAFIR QURAISY


Ambil busur kita berpanah,
Angkat senjata kita ke medan;
Gembira Muhajirin mendapat tanah,
Kaum Ansar terlepas bebanan.

Medan perang banyak ujian,
Pantang berundur tiada kalah,
Saban hari menguatkan iman;
Patuh taat perintah Allah.

Sedia meriam bunyikan somboyan,
Tangkas bersilat bersuara garang,
Panglima Quraisy Abu Sufyan;
Hantar surat ingin berperang.

Atas langit terbang helang,
Jadi panduan untuk ke medan;
Bersedia Rasul menyahut perang,
Umat Muhammad rela berkorban.

Banyak latihan nampak gagah,
Medan perang tepi kali;
Keluar Abu Sufyan dari Mekah,
Dalam perjalanan berundur kembali.

Sampai di kali sediakan sampan,
Air di kali nampak tenang;
Rupanya tahun penuh kekurangan,
Tahun kelimpahan layak berperang

Ramai pahlawan ramailah gelar,
Menunggu musuh siap siaga;
Tunggulah Rasul kampungnya Badar,
Sambil menunggu sempat berniaga.

Pahlawan buta datang meraba,
Pahlawan pekak menunggu di arah;
Perang ditunggu tiadalah tiba,
Kembali Muslimin ke kota Madinah.

Datang pahlawan tiada segan,
Menanti musuh itulah pasti;
Rupanya Quraisy takut berdepan,
Kaum Muslimin mula ditakuti.

Sambil menanti membuat tuku,
Datang musuh sedia ditangkis,
Irilah hati segenap suku;
Islam bangkit adat terhakis.

Bakar ikan atas tuku,
Bakar di tuku si ikam lapam,
Buat perancangan segala suku;
Bimbang mereka berhala terancam.

Ketua perang bersuara lantang,
Arah angkatan janganlah leka,
Hantarlah Rasul angkatan perang;
Datang angkatan bubarlah mereka.



























BAB 44

YAHUDI BERSAMA KAFIR MEKAH

Berlari kuda teramat jauh,
Kaki sakit jalan merayap;
Laluan jauh mesti ditempuh,
Angkatan besar semakin mantap,

Jalan jauh amatlah jenuh,
Sambil berjalan tinggalkan tanda;
Islam berkembang semakin jauh,
Segala musuh gelisah semua.

Berihat dahulu di pohon lontar,
Sambil berihat usahlah mengumpat;
Angkatan besar semangat berkobar,
Kejayaan dicapai itulah matlamat.

Dengki khianat jangan dibiar,
Dalam kubur mendapat azab;
Pedih Yahudi mendengar khabar,
Islam berkembang ditangan Arab.

Petunjuk jalan tentulah mahir,
Bimbang mabuk buanglah todi;
Tunggulah mereka nabi terakhir,
Nabi terakhir golongan Yahudi.

Jumpa parit ikutlah titi,
Badan berpeluh tentu letih;
Haraplah mereka sedia menanti,
Yahudi itu manusia terpilih.

Pinggir jalan ada cempedak,
Punggut cempedak masuk ke peti;
Apa diharap menjadi tidak,
Lahirlah dendam dan sakit hati.

Letih berjalan menunggu waktu,
Keluar puteri dari tandu;
Seluruh Arab mesti bersatu,
Yahudi juga mesti berpadu.


Jalan jauh usahlah gusar,
Sampai di sana hilanglah letih,
Itulah usaha golongan kufar;
Hapuskan Islam matikan benih.

Datang putera amat sakti,
Datang putera membawa tongkat;
Seluruh suku bersatu hati,
Musnah Islam itulah hajat.

Wajah kacak pakaian usang,
Duduk berihat memberi petua;
Keluar Quraisy di medan perang,
Abu Sufyan dialah ketua.

Itulah budi itulah bakti,
Semuanya elok dapat diucap;
Seluruh suku berpaut hati,
Alatan perang segalanya lengkap.

Mulut menyebut menyampai cerita,
Sambil menyebut memandang mata;
Terkejut Muslimin mendengar berita,
Tentang kafir dalam kota.

Selesai bercerita menuju kota,
Kota indah sempadan di pagar;
Salman al-Farisi memberi idea,
Idea hebat tiada didengar.

Membangun kota banyak derita,
Kota dibangun diputar angin;
Gali parit di pinggir kota,
Idea hebat disambut Muslimin.

Membangun kota teramat perit,
Sakit orang bawa ke mati;
Enam hari menggali parit,
Semua Muslimin bersatu hati.

Kota dibangun tiada lemah,
Atap dibuat dari genteng.
Wanita dan bocah dalam rumah,
Timbunan batu sebagai benteng


Orang mati buatlah lahad,
Nyawa dan badan sudah bercerai;
Golongan lelaki bersama Muhammad,
Bukit Sal sebagai perisai.

Jasad hancur bersama tanah,
Tinggallah kita di negeri asing;
Sampailah kafir pinggir Madinah,
Sebuah parit terbentang panjang.

Dalam kubur tiadalah takut,
Hidup di dunia insan terbilang;
Tuduhlah mereka Muslimin penakut,
Dirikan khemah mencari peluang.

Kerjakan amal dengan tabah,
Nafsu jahat perlu dilontar;
Dalam kota ada musibah,
Bani Quraizah membuat onar.

Sabar beribadah sebarkan ihsan,
Imbalan akhirat pasti dapat;
Hantarlah Nabi dengan utusan,
Mencari kepastian itulah matlamat.

Dalam kubur pasti haus,
Hidup di dunia sering alpa;
Sa’d bin Mu’az ketua ‘Aus,
Amaran diberi padah menimpa.

Duduk berdoa di hujung serambi,
Sesalnya hidup jadi penjudi;
Pulang utusan kepada Nabi,
Yahudi khianat memang terjadi.

Banyak bersolat sudahlah penat,
Badan penat jiwa tenang,
Dalam kota Yahudi khianat,
Senanglah kafir datang menyerang.

Dalam Qur’an banyak perumpamaan,
Apa yang baik jadi pegangan;
Tenang Rasul terima dugaan,
Bimbing ummah kuatkan iman.


Laungkan azan bersuara lantang,
Mengajak orang membuat amalan;
Ibnu Wudd pahlawan terbilang,
Pahlawan Quraisy sangat handalan.

Membuat amal usahlah perit,
Suratan terjadi perlu redha;
Mencari parit ruangan sempit,
Lompat dia bersama kuda.

Selesai mengaji Qur’an diletak,
Dalam akhirat itulah bekal;
Sampai seberang kuat berteriak,
Mencari lawan siapa handal.

Hidup sejahtera itulah impian,
Dunia akhirat impian insan;
Ali sepupu Nabi itulah lawan,
Datang dia sahut cabaran.

Banyakkan amal tiada lemah,
Niat elok tiada kalah;
Sebelum bergelut sempat berdakwah,
Ajak Ibnu menyembah Allah.

Banyak bersolat kehidupan indah;
Banyak bersabar kirannya diperli,
Ajakan Ali tiada diendah,
Matilah ibnu dibunuh Ali.

Sejahtera akhirat itulah impian,
Amal sebelum mati itulah arah;
Tercengang Quraisy amat hairan,
Kembali mereka ke khemah.

Solat tahajud di malam dingin,
Bangun malam tiada upah;
Usaha dibuat menyerang Muslimin,
Semua gagal kehendak Allah.

Bangun malam terasa asing,
Cuaca dingin hilanglah panas;
Suatu malam yang hening,
Datang ribut teramat ganas.


Perkara mungkar suaralah lantang,
Amalan mungkar perlu dihenti;
Segala khemah habis terbang,
Kuda unta habislah mati.

Mengalir air ke hujung kuala,
Terbang camar berhenti singgah;
Takut dan ngeri terima bala,
Pulang mereka ke kota Mekah.

Terbang helang amat megah,
Berjalan adik mencari kepah;
Berjalan kaki hala ke Mekah,
Tentera gabungan sudah berpecah.

Senang adik membilang sempua,
Membilang sempua tiada ralat;
Malam yang sama Muslim berdoa,
Masa ada diiringi solat.

Selesai mandi badan dingin,
Badan letih jadi segar;
Menjelang pagi hairanlah Muslimin,
Tentera bersekutu sudahlah bubar.

Peristiwa Selepas Tentera Bersekutu Pulang ke Kota Madinah

Bertanjak songsang amatlah kolot,
Bimbang kita timbulnya fitnah;
Suku Yahudi membantu komplot,
Pinta Rasul tinggalkan Madinah.

Ilmu di dada itulah harta,
Ilmu dan amal perlu dibaja;
Harta punya dibawa serta,
Senjata yang ada tinggalkan saja.

Enak sungguh masakan pekasam,
Pekasam daging bersama ikan;
Tiada pernah Rasul berdendam,
Apa dibuat demi keselamatan.

Menumbuk sambal carilah antan,
Sambal ditumbuk si anak dara;
Bani Quraizah tetaplah eggan,
Suku Aus diminta pengantara.

Ikan disiang di atas bata,
Berkicau riang si burung Tempua;
Izinlah Rasul apa diminta,
Sa’d bin Mu’az sebagai ketua.

Kuning indah sawah padi,
Ayah di rumah sibuk mengukir;
Lupakah mereka apa terjadi?
Perjanjian dimetrai usah dimungkir.

Kerusi diukir jual di kota,
Kerusi indah tepat diukur;
Pinta Sa’d pada bersengketa,
Keputusan dibuat haruslah akur.

Padi menguning sudahlah penuh,
Perigi di sawah tiada timba;
Golongan lelaki mesti dibunuh,
Wanita dan bocah sebagai hamba.

Selesai menuai padi disemai,
Padi disemai dimakan ayam;
Sebelum dibunuh dakwah disampai,
Masuklah kamu dalam Islam.

Ayam datang dipatuk tebuan,
Terbang megah mencari habuan;
Empat orang terima seruan,
Yang lain mesti dikorban.


BAB 44

YAHUDI BERSAMA KAFIR MEKAH

Berlari kuda teramat jauh,
Kaki sakit jalan merayap;
Laluan jauh mesti ditempuh,
Angkatan besar semakin mantap,

Jalan jauh amatlah jenuh,
Sambil berjalan tinggalkan tanda;
Islam berkembang semakin jauh,
Segala musuh gelisah semua.

Berihat dahulu di pohon lontar,
Sambil berihat usahlah mengumpat;
Angkatan besar semangat berkobar,
Kejayaan dicapai itulah matlamat.

Dengki khianat jangan dibiar,
Dalam kubur mendapat azab;
Pedih Yahudi mendengar khabar,
Islam berkembang ditangan Arab.

Petunjuk jalan tentulah mahir,
Bimbang mabuk buanglah todi;
Tunggulah mereka nabi terakhir,
Nabi terakhir golongan Yahudi.

Jumpa parit ikutlah titi,
Badan berpeluh tentu letih;
Haraplah mereka sedia menanti,
Yahudi itu manusia terpilih.

Pinggir jalan ada cempedak,
Punggut cempedak masuk ke peti;
Apa diharap menjadi tidak,
Lahirlah dendam beserta sakit hati.

Letih berjalan menunggu waktu,
Keluar puteri dari tandu;
Seluruh Arab mesti bersatu,
Yahudi juga mesti berpadu.

Jalan jauh usahlah gusar,
Sampai di sana hilanglah letih,
Itulah usaha golongan kufar;
Hapuskan Islam matikan benih.

Datang putera amat sakti,
Datang membawa tongkat;
Seluruh suku bersatu hati,
Musnah Islam itulah hajat.

Wajah kacak pakaian usang,
Duduk berihat memberi petua;
Keluar Quraisy di medan perang,
Abu Sufyan dialah ketua.

Itulah budi itulah bakti,
Semuanya elok dapat diucap;
Seluruh suku berpaut hati,
Alatan perang segalanya lengkap.

Mulut menyebut menyampai cerita,
Sambil menyebut memandang mata;
Terkejut Muslimin mendengar berita,
Tentang kafir dalam kota.

Selesai bercerita menuju kota,
Kota indah sempadan dip agar;
Salman al-Farisi member idea,
Idea hebat tiada didengar.

Membangun kota banyak derita,
Kota dibangun diputar angin;
Gali parit di pinggir kota,
Idea hebat disambut Muslimin.

Membangun kota teramat perit,
Sakit orang bawa ke mati;
Enam hari menggali parit,
Semua Muslimin bersatu hati.

Kota dibangun tiada lemah,
Atap dibuat dari genteng.
Wanita dan bocah dalam rumah,
Timbunan batu sebagai benteng.

Orang mati buatlah lahad,
Nyawa dan badan sudah bercerai;
Golongan lelaki bersama Muhammd,
Bukit Sal sebagai perisai.

Jasad hancur bersama tanah,
Tinggallah kita di negeri asing;
Sampailah kafir pinggir Madinah,
Sebuah parit terbentang panjang.

Dalam kubur tiadalah takut,
Hidup di dunia insane terbilang;
Tuduhlah mereka Muslimin penakut,
Dirkan khemah mencari peluang.

Kerjakan amal dengan tabah,
Nafsu jahat perlu dilontar;
Dalam kota ada musibah,
Bani Quraizah membuat onar.

Sabar beribadah sebarkan ihsan,
Imbalan akhirat pasti dapat;
Hantarlah Nabi dengan utusan,
Mencari kepastian itulah matlamat.

Dalam kubur pasti haus,
Hidup di dunia sering alpa;
Sa’d bin Mu’az ketua ‘Aus,
Amaran diberi padah menimpa.

Duduk berdoa di hujung serambi,
Sesalnya hidup jadi penjudi;
Pulang utusan kepada Nabi,
Yahudi khianat memang terjadi.

Banyak bersolat sudahlah penat,
Badan penat jiwa tenang,
Dalam kota Yahudi khianat,
Senanglah kafir datang menyerang.

Dalam Qur’an banyak perumpamaan,
Apa yang baik jadi anutan;
Tenang Rasul terima dugaan,
Bimbing ummah kuatkan iman.

Laungkan azan bersuara lantang,
Mengajak orang membuat amalan;
Ibnu Wudd pahlawan terbilang,
Pahlawan Quraisy sangat handalan.

Membuat amal usahlah perit,
Suratan terjadi perlu redha;
Mencari parit ruangan sempit,
Lompat dia bersama kuda.

Selesai mengaji Qur’an diletak,
Dalam akhirat itulah bekal;
Sampai seberang kuat berteriak,
Mencari lawan siapa handal.

Hidup sejahtera itulah impian,
Dunia akhirat impian insan;
Ali sepupu Nabi itulah lawan,
Datang dia sahut cabaran.

Banyakkan amal tiada lemah,
Niat elok tiada kalah;
Sebelum bergelut sempat berdakwah,
Ajak Ibnu menyembah Allah.

Banyak bersolat kehidupan indah;
Banyak bersabar kirannya diperli,
Ajakan Ali tiada diendah,
Matilah Ibnu dibunuh Ali.

Sejahtera akhirat itulah impian,
Amal sebelum mati itulah arah;
Tercengang Quraisy amat hairan,
Kembali mereka ke khemah.

Solat tahajud di malam dingin,
Bangun malam tiada upah;
Usaha dibuat menyerang Muslimin,
Semua gagal kehendak Allah.

Bangun malam terasa asing,
Cuaca dingin hilanglah panas;
Suatu malam yang hening,
Datang ribut teramat ganas.

Perkara mungkar suaralah lantang,
Amalan mungkar perlu dihenti;
Segala khemah habis terbang,
Kuda unta habislah mati.

Mengalir air ke hujung kuala,
Terbang camar berhenti singgah;
Takut dan ngeri terima bala,
Pulang mereka ke kota Mekah.

Terbang helang amat megah,
Berjalan adik mencari kepah;
Berjalan kaki hala ke Mekah,
Tentera gabungan sudah berpecah.

Senang adik membilang sempua,
Membilang sempua tiada ralat;
Malam yang sama Muslim berdoa,
Masa ada diiringi solat.

Selesai mandi badan dingin,
Badan letih jadi segar;
Menjelang pagi hairanlah Muslimin,
Tentera bersekutu sudahlah bubar.

Peristiwa Selepas Tentera Bersekutu Pulang ke Kota Madinah

Bertanjak songsang amatlah kolot,
Bimbang kita timbulnya fitnah;
Suku Yahudi membantu komplot,
Pinta Rasul tinggalkan Madinah.

Ilmu di dada itulah harta,
Ilmu dan amal perlu dibaja;
Harta punya dibawa serta,
Senjata yang ada tinggalkan saja.

Enak sungguh masakan pekasam,
Pekasam daging bersama ikan;
Tiada pernah Rasul berdendam,
Apa dibuat demi keselamatan.

Menumbuk sambal carilah antan,
Sambal ditumbuk si anak dara;
Bani Quraizah tetaplah eggan,
Suku Aus diminta pengantara.

Ikan disiang di atas bata,
Berkicau riang si burung Tempua;
Izinlah Rasul apa diminta,
Sa’d bin Mu’az sebagai ketua.

Kuning indah sawah padi,
Ayah di rumah sibuk mengukir;
Lupakah mereka apa terjadi?
Perjanjian dimetrai usah dimungkir.

Kerusi di ukir jual di kota,
Kerusi indah tepat diukur;
Pinta Sa’d pada bersengketa,
Keputusan dibuat haruslah akur.

Padi menguning sudahlah penuh,
Perigi di sawah tiada timba;
Golongan lelaki mesti dibunuh,
Wanita dan bocah sebagai hamba.

Selesai menuai padi disemai,
Padi disemai dimakan ayam;
Sebelum dibunuh dakwah disampai,
Masuklah kamu dalam Islam.

Ayam datang dipatuk tebuan,
Terbang megah mencari habuan;
Empat orang terima seruan,
Yang lain mesti dikorban.


BAB 45


FITNAH YANG DAHSYAT


Datang gempa amat dibimbangi,
Datang tsunami tentulah payah;
Bani al-Mustaliq suku diperangi,
Bawalah juga isterinya Aisyah.

Lari orang sampai berbugil,
Takutnya gempa tiada terbayang;
Orangnya kurus bertubuh kecil,
Dalam tandu dibawa orang.

Gegaran gempa takutlah beradu,
Geger burung itulah tanda,
Angkat orang bersama tandu,
Tiadalah tahu ada atau tiada.

Segala harta habislah punah,
Datang ombak tiada lemah;
Waktu pulang menuju Madinah,
Berehat sebentar berhenti lelah.

Datang petaka usahlah leka,
Selamatkan nyawa banyakan fikir;
Tinggal tandu beberapa ketika,
Sampai ditandu rantai tercicir.

Ombak ganas terus membadai,
Datang ke pantai terus merapat;
Keluar Aisyah mencari rantai,
Rantai tercicir akhirnya dapat.

Habis tenaga amatlah penat,
Rebah si kecil terus diangkat;
Pergi dia ke tempat rehat,
Terkejut Aisyah Baginda berangkat.

Datang petaka haruslah insaf,
Kepada Allah tempat mengadu;
Pengangkat tandu rupanya khilaf,
Disangka Aisyah dalam tandu.

Tersadai di darat banyaklah ikan,
Air bertakung berbau masam;
Duduklah Aisyah menunggu bantuan,
Datang Safwan tentera Islam.

Kekuasaan Allah haruslah mengaku,
Segala takdir kekuasaan Allah;
Terkejut Safwan apa berlaku,
Rapatlah unta dibadan Aisyah.

Datang ombak tercabut atap,
Kuasa Allah itulah tanda;
Sepatah kata tiada terucap,
Hormatlah dia isteri Baginda.

Apa yang ada janganlah megah,
Datang petaka di depan mata,
Belakang unta naiklah Aisyah.
Berjalan Safwan di sisi unta.

Datang bala banyakkan amalan,
Dosa dibuat tiada nampak;
Berjalan cepat mengejar rombongan,
Sayangnya hajat tercapai tidak.

Pokok besar tercabut umbi,
Air mengganas di situ lalu;
Hantarlah Safwan ke rumah Nabi,
Sampai di rumah terus berlalu.

Datang ombak ucaplah takbir,
Pujian Allah Tuhan yang besar;
Bisikan fitnah meniti ke bibir,
Seluruh kota sudah tersebar.

Deruman kuat itulah ombak,
Datang ke pantai habislah musnah;
Ada percaya ada yang tidak,
Abdullah Ubayy tukang fitnah.

Makanan habis galilah ubi,
Badan letih biarlah segar;
Cerita fitnah sampai ke Nabi,
Yakin Nabi Aisyah benar.

Beribu orang habislah mati,
Rosaklah alam tiada terperi;
Cerita buruk gusarlah hati,
Dingginlah sikap kepada isteri.

Ilmu dan kuasa janganlah megah,
Datang azab amatlah pedih;
Sikap Nabi pedihlah Aisyah,
Aisyah sakit menderita sedih.

Teruslah hidup janganlah pasrah,
Kuatkan semangat di alam maya;
Datang ibu merawat Aisyah,
Kesihatan Aisyah ibu ditanya.

Maksiat durjana perlulah tegah,
Kuasa yang ada janganlah lemah;
Apa terjadi lukalah Aisyah,
Seluruh Madinah menjadi resah.

Selesai gempa tentulah susah,
Barang baru perlu ditempah;
Aus dan Khazraj hampir telingkah,
Fitnah jahat kepada Aisyah.

Harta musnah kuranglah makanan.
Berbahagi makanan bagi yang lebih;
Cerita didengar hampirlah pengsan,
Hati hancur teramat sedih.

Datang bala amatlah sayu,
Apa berlaku janganlah marah;
Takdir Allah turunlah wahyu,
Aisyah suci dibuktikan Allah.

Pemimpin besar terus merayu,
Berbahagi rasa masa susah;
Surah An-Nur itulah wahyu,
Ayat sebelas itulah kisah.


BAB 46


KEBERANGKATAN MENUNAIKAN HAJI


Berbunyi merdu si cacing tanah,
Waktu maghrib adik mengaji;
Enam tahun berada di Madinah,
Timbul hasrat tunai haji.

Berkukuk jauh si burung dekut,
Tidur si ayah melepas lelah;
Ajak Baginda bersama pengikut,
Orang kafir usah resah.

Emak payah bersengkang mata,
Menanti anak menunggu pulang;
Datang ke Mekah tanpa senjata,
Tiada terlintas untuk berperang.

Menanti anak dari pekan,
Pulang anak tiada bermusim;
Zul Halifah tempat persingahan,
Semua Muslim berpakaian ihram.

Pulang anak senyum ketawa,
Senanglah ibu menyambut sopan;
Tahu kafir apa peristiwa,
Kumpul tentera halang kedatangan.

Berbudi mulia janganlah berang,
Nafsu dunia usah tergoda;
‘Ikrimah diangkat kepala perang,
Khalid Al-Walid tentera berkuda.

Hati-hati hidup di kota,
Pandai bergaul jangan bermukah;
Sampai di ‘Usfan dapat berita,
Muslimin dilarang menuju Mekah.

Waktu malam ribut melanda,
Banyak berdoa banyak memuji;
Menuju Mekah tekad Baginda,
Niat sebenar tunai haji.

Ribut melanda menjelma taufan,
Sejuklah adik sampai mengigil;
Hantarlah Quraisy mengirim utusan,
Suku Khuza’ah sebagai wakil.

Habis ribut datang bercanda,
Sejuk adik jangan dibiar,
Datang mereka berjumpa Baginda,
Tahulah utusan niat sebenar.

Panas sejuk bertukar suhu,
Tertidur adik amat mengantuk;
Niat sebenar sudahlah tahu,
Muslimin tetap dilarang masuk.

Sarapan adik bersama ikan,
Ikan panggang ikan haruan;
Hantar utusan tentera upahan,
Bangsa Habsyah itulah pilihan.

Tempat hidangan tikar rotan,
Jalinan anyam sukar direka;
Sebelum bercakap depan utusan,
Letaklah unta di hadapan mereka.

Selesai makan terus berpakat,
Mana yang lebih terus disaji;
Itulah tanda niat terpahat,
Unta di depan korban haji.

Makan sedikit kurangkan penyakit,
Makanan manis perlu ditegah;
Pulang utusan tanpa pamit,
Tahu utusan Quraisy bersalah.

Nasihat pakar janganlah bosan,
Badan sihat umur lama;
Berjumpa Quraisy mencari utusan,
Rumah Allah milik bersama.

Nasihat pakar sudah berabad,
Makanan lemak membawa malang;
Orang Habsah sudah bertekad,
Quraisy menghalang mereka pulang.


Banyak riadah waktu senggang,
Pakaian riadah perlu dipakai;
Kafir Quraisy cuba menghalang;
Masalah besar dapat dirungkai.

Banyak riadah kuranglah derita,
Minuman mabuk perlu ditegah;
Hantar ‘Urwah selesai sengketa,
Pinta Rasul ke kota Mekah.

Banyak ibadah sifat insan,
Memberi maaf badan segar;
Utusan di hantar bincang urusan,
Yakinkan Quraisy tujuan sebenar.

Misi ‘Uthman

Meluncur laju nampaklah kereta,
Dipandu ia seorang belia;
Hantar utusan selesai sengketa,
‘Utman Affan orang mulia.

Berhenti kereta terkena duri,
Keluar pemandu tiada senang;
Cari ‘Uthman penjaga diri,
Abbas bin Said itulah orang.

Datanglah orang tolong bersama,
Meluncur kereta terus berlalu;
Rundingan berlangsung amatlah lama,
Bimbang Muslimin apa berlaku.

Pemandu belia memakai songkok,
Hajat di hati ke Kuala Berang;
Berkumpul Muslim di bawah pokok,
Berbai’ah mereka untuk berperang.

Memakai songkok warisan berzaman,
Berbaju kurung berkain songket:
Saat genting muncul ‘Uthman,
Bersyukur mereka sangkaan meleset.

Cara berdandan biarlah betul,
Warisan lama dapat disebar;
Kata ‘Uthman kepada Rasul,
Tahulah Quraisy tujuan sebenar.

Nampaklah sopan tiada megah,
Ajaran agama perlulah taat;
Muslimin dilarang ke kota Mekah,
Itulah sumpah yang dibuat.

Perjanjian Hudabaiyah

Banyak belajar teballah iman,
Banyak belajar usahlah bosan;
Suhail bin ‘Amr sebagai utusan,
Wakil Quraisy dialah utusan.

Atas pokok berkejaran tupai,
Melompat ia di dahan patah;
Hajat Muslimin tiada tercapai,
Muslimin dilarang ke kota Mekah.

Nampak ceria seekor beruk,
Lepas kerja terima upah,
Tahun berikut bolehlah masuk,
Itulah syarat perjanjian Hudabiyah.

Makanan diberi bertambah segar,
Kemahuan beruk jangan disekat;
Kecewa umat mendengar khabar,
Rupanya menang Islam cara tersirat.

Ayam sambung panjangnya taji,
Bertenggek dibatang berhenti lelah;
Mintalah Rasul kerjakan haji,
Kerja haji luar Mekah.

Jalan terencut terkena bisul,
Wajah masam tentulah malu;
Ikutlah umat bersama Rasul,
Hajat ke Mekah tangguh dahulu.

Berjalan ia di atas tanah,
Mulut menyebut menanggung perih
Selesai haji pulang ke Madinah,
Menuju Madinah teramat sedih.

Waktu berjalan nampaklah lelah,
Orang mengejek tentulah marah;
Perjanjian dibuat bukan kalah,
Kemenangan dicapai tanpa darah.


BAB 47


DAKWAH KEPADA PENGUASA

Duduk di kerusi membaca surat,
Mata membaca amatlah cepat;
Keluar Nabi kepada sahabat,
Aku ini pembawa rahmat.

Simpanlah rahsia jangan mengumpat,
Itulah sifat orang yang pintar;
Katalah Nabi kepada sahabat,
Utusan dan surat turut dihantar.

Membaca surat bersama rakan,
Membaca surat di atas akar;
Penguasa dunia itulah tujuan,
Serata dunia pasti dihantar.

Selesai membaca isi dicatat,
Surat dibalas terus dikirim;
Cop mohor selesai dibuat,
Itulah tanda pemimpin Muslim.

Surat ditulis di daun lontar,
Surat ditulis si anak dara;
Raja Najasy surat dihantar,
Utusan disambut ramah mesra.

Selesai menulis mencari berus,
Mencari cat membuat lukisan;
Raja Mesir bernama Cyrus,
Surat disambut ucapan persaudaraan.

Duduk melukis teramat penat,
Duduk melukis hari Ahad;
Terima Islam kedudukan tergugat,
Hadiah diberi untuk Muhammad.

Lukisan dilukisan amatlah tepat,
Lukisan dilukis bergambar bunda;
Keldai putih jarang terdapat,
Hadiah diberi untuk Baginda.

Indah lukisan teramat bagus,
Indah juga si pohon bidara;
Maharaja Rom bernama Hiraklius,
Jawapan dikirim amat mesra.

Sayang lukisan turut terbakar,
Kebakaran terjadi amatlah besar;
Maharaja Farsi turut dihantar,
Amat murka menerima khabar.

Segala yang ada habislah rosak,
Semua penghuni amatlah kecewa;
Surat dihantar terus dikoyak,
Raja Yaman sekutu istimewa.

Semua terkejut tiada terlafaz,
Tinggalah penghuni di dalam bangsal;
Pintalah dia menyerang Hijaz,
Raja Farsi terima ajal.

Kebakaran besar amatlah ngeri,
Ramai orang turut menderita;
Mangkat raja huru-hara negeri,
Negeri besar terus sengketa.

Peristiwa dasyat amatlah kelam,
Semua orang turut terancam;
Ajak Badhan terima Islam,
Terima ia bersama Islam.

Pincang hidup amat gelisah,
Tebal iman mesti di pahat;
Raja Ghassan terima warkah,
Menyerang Hijaz timbullah semangat.

Doa selamat itulah diminta,,
Bebaslah hidup dari sengketa;
Larang Hiraklius usah sengketa,
Datang Baitul Muqadis itulah dipinta.


Masalah Yahudi Dapat Diselesaikan.

Email dihantar penganti khabar,
Senanglah jiwa semuanya sihat;
Yahudi bersatu di Khaibar,
Kononya merekalah yang terhebat.

Media elektronik penganti zaman,
Zaman lampau zaman usang;
Wang kuasa ada dalam gengaman,
Yakin mereka berhak menang.

Alatan baru terus dicipta,
Zaman siber zaman yang hebat;
Pertolongan luar tiada diminta,
Yakin mereka yang terkuat.

Zaman siber perlu ditatang,
Membina teknologi perlu diperah;
Tiga hari masa berperang,
Yahudi kalah tersungkur parah.



BAB 48

TIBA MASA MENGERJAKAN HAJI


Merdunya suara orang mengaji,
Terdengar suara dari jauh,
Tiba masa menunai haji;
Setahun sesudah perjanjian Hudaibiyah.

Duduk termenung di atas tunggul,
Dua merpati di atas rabung,
Bersama nabi beribu berkumpul,
Pergi mereka pedang bersarung.

Mengaji bersama datang meminta,
Ilmu dicari moga diberkati;
Pergi mereka tanpa senjata,
Syarat perjanian mesti ditaati.

Selesai mengaji mencari berangan,
Carilah raga untuk dikutip;
Pasukan kuda depan rombongan,
Bertindak mereka sebagai pengintip.

Dapatlah raga di atas para,
Dalam raga adalah ubi,
Musuh Nabi arah Utara,
Unta putih bersama nabi.

Mencari berangan tiadalah payah,
Mencari berangan sudah berdekad;
Pergi Nabi menuju Ka’bah,
Tempat dituju Hajar Aswad.

Di pohon berangan adalah beruk,
Beruk bermain amatlah lama;
Tunai haji dengan khusyuk,
Semua Muslimin ikut bersama.

Basuh berangan tepi kali,
Berangan besar warna merah;
Keliling Ka’bah tujuh kali,
Berlari arah Safa dan Marwah.

Goreng berangan tepi khemah,
Kumpul berangan banyak dapat;
Buat korban di Marwah,
Cukur rambut turut dibuat.

Buah berangan enak dimakan,
Makanlah ia penghilang mengantuk;
Rukun haji itulah perbuatan,
Kerjalah mereka penuh tawaduk.

Kera bermain perlu disergah,
Kutip berangan tambah meriah;
Tiga hari di kota Mekah,
Sanak saudara sempat diziarah.

Kutip berangan adik berbugil,
Datang ayah teramat marah;
Kaum Quraisy datang wakil,
Pinta mereka tinggalkan Mekah.

Kutip berangan mendapat upah,
Berangan diletak atas talam;
Tinggallah Nabi kota Mekah,
Lengkaplah sudah rukun Islam.

Dapat upah membeli gelang,
Harga murah nampaklah kusam;
Rupanya Islam makin cemerlang,
Khalid juga bersama Islam.



BAB 49

PEPERANGAN MUT’AH


Bunyi guruh seumpama bom,
Bunyi guruh di atas awan,
Tentera dihantar perbatasan Rom;
Mengajar suku membunuh utusan.

Awan hitam atas kayangan,
Awan hitam banyaklah makna;
Utusan dihantar menyeru beriman,
Balasan dapat dicerca dihina.

Petir guruh amatlah lama,
Turunlah hujan dari awan,
Rasul tiada ikut bersama,
Hantar sahabat terus berpesan.

Petir guruh bersama-sama,
Ombak di laut terlalu ganas,
Zaid al-Harith peneraju utama,
Ja’far Abi Talib penyambung tugas.

Ombak ganas tiada berbahagi,
Dentuman guruh teramat lantang;
Mati Ja’far diganti lagi,
‘Abdullah Rawahah itulah orang.

Hujan lebat berganda-ganda,
Apakah ini alamatnya bala?
Selamat jalan ucaplah Baginda,
Pinta umat ikut berdoa.

Air di baruh sudahlah pun penuh,
Jimatlah wang di dalam saku;
Sampai al-Balaqa’ berjumpa musuh,
Tentera Rom bersama suku.

Padi di rengkiang mesti disimpan,
Bah besar semakin dekat;
Daerah Musharif tempat kejadian,
Terjadi perang amat hebat.

Banyak ikan mencari umpan,
Mencari umpan tiada lelah;
Maju Zaid barisan hadapan,
Syahid dia di jalan Allah.

Dapatlah ikan teramat segar,
Digulai ia bersama peria;
Panji diambil oleh Ja’far,
Kecundang juga akhirnya dia.

Datang petir larilah unggas,
Lari ia ke tengah bendang;
‘Abdullah Rawahah penganti tugas,
Hebat berperang akhirnya tumbang.

Bunyi guruh kuatnya bunyi,
Itu tanda banjir besar;
Khalid al-Walid penganti panji,
Orangnya hebat amatlah pintar.

Banjir besar binatang mati,
Segala unggas tiada menari,
Strategi tentera ditukar ganti,
Gentarlah musuh cabut lari.

Melompat galak ikan haruan,
Menjaga anak dalam sarang;
Suku Arab bertambah hairan,
Tentera Rom dapat diterajang;

Berenang berpuak ikan lapam,
Berenang juga si ikan sembilang;
Ramai suku bersama Islam,
Agama Nabi makin terpandang.

Lebat hujan air melimpah,
Semua orang perlu dikerah;
Tentera Muslimin kembali ke Madinah,
Dua ratus ribu musuh dipatah

Segala alatan perlu ditambah,
Strategi lama mesti diubah;
Ucaplah syukur kepada Allah,
Khalid digelar Pedang Allah.



BAB 50

TERBATALNYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH


Ramai orang menabur cerita,
Berita palsu perlu disangah;
Musyirikin Mekah mendapat berita
Kaum Muslimin dapat dipatah.

Berita palsu perlu ditegah,
Basmi ia usah ditegak;
Beranilah Musyrikin berpaling arah,
Janji dibuat sudah dikoyak.

Dapat berita periksalah rupa,
Berita baik sama dipunggah;
Tiadalah risau balasan menimpa,
Disangka Muslimin dapat diratah.

Mari kita pergi ke pekan,
Bawalah wang dalam saku;
Sekutu mereka dipinta bantuan.
Bani Bakar namanya suku.

Barang diambil dari tanjung,
Barang dijual bersama ubi;
Dendam Bani Bakar tiada penghujung,
Bani Khuzaah sekutu Nabi.

Menjual ubi tersangat leka,
Masak ikan lupa disaji;
Bani Khuzaah dibunuh mereka,
Apa dibuat melanggar janji.

Masak ikan tepi tunggul,
Mengiau kucing meminta ikan;
Datang Khuzaah kepada Rasul,
Berjumpa Rasul pinta bantuan.

Khabar buruk amatlah duka,
Kuatkan iman beserta tabah;
Berjanji Rasul kepada mereka,
Kafir Quraisy terima padah.

Orang tersayang hilang ditangisi,
Seisi keluarga turut berduka;
Kumpul tentera menuju destinasi,
Destinasi tetap menjadi rahsia.

Menanggis adik terus dipangku,
Ayah pergi adik bertingkah;
Sedarlah Quraisy apa berlaku,
Apa disangka tersalah langkah.

Kuburlah ayah usah bertangguh,
Sahabat taulan mesti tabah;
Menyesal mereka tiada sudah,
Bersedia Rasul menakluk Mekah.

Kubur dihias jadikan taman,
Dalam kubur banyaklah nesan;
Abu Sufyan utusan keamanan,
Kafir Quraisy itulah utusan..

Atas kubur ramai berzanji,
Berkumpul orang dipohon cemara;
Mencari Rasul sambung janji,
Ditinggal Rasul tanpa bicara.

Tepi kubur terdengar azan,
Sama beramal ke alam fana;
Sahabat nabi di cari Abu Sufyan,
Pulanglah dia amatlah hina.

Sama beramal jangan layah,
Elakkan diri memakan suap;
Tentera hebat menuju Mekah,
Menuju Mekah secara senyap.

Berbuat amal perlulah bangat,
Kerja baik perlulah kerap;
Merampas Mekah itulah hajat,
Tumpah darah tiada diharap.

Rezeki orang jangan dicantas,
Tersalah langkah terkena sebat;
Mara tentera amatlah pentas,
Bergabung suku makinlah hebat.

Segala mungkar jangan dibiar,
Segala mungkar mesti disergah;
Berdebat Quraisy tiada sedar,
Tentera Islam menghampiri Mekah.

Anak nakal ibu sugul,
Wajah ibu nampaklah kusam;
Keluar Al-Abbas mencari Rasul,
Mengucap shahadah bersama Islam.

Anak muda janganlah bebas,
Ajaran Rasul jadikan teman;
Quraisy didatangi Al-Abbas,
Terimalah Muslimin usah melawan.

Datang adik bermain upih,
Upih diambil tepian sawah;
Kepunyaan Nabi keldai putih,
Tunggang keldai menuju Mekah.

Upih berasal pinang dara,
Datang anak datang mengutip;
Menuju Mekah terdengar suara,
Suara Quraisy datang mengintip.

Atas pokok burung bersarang;
Buahnya masak tersangat lebat;
Abu Sufyan itulah orang,
Bersama Budail dua sahabat.

Ibu di bawah mencari ulam,
Mencari ulam terjumpa lebah;
Pinta Al-Abbas menuju kem,
Bersedia Abu Sufyan ucap syahadah.

Lebah bersarang di pohon rambutan,
Terjumpa sarang amatlah senang;
Tentera dibahagi empat kumpulan,
Menuju Mekah tanpa perang.

Sarang lebah ingin ditawan,
Galah panjang perlu diukur;
Sampai Mekah tiadalah lawan,
Berhenti Nabi solat syukur.

Pintu jendela mesti dikunci,
Sengat lebah sangat menjadi;
Masuklah Nabi ke Rumah Suci,
Tumpah darah tiada terjadi.

Datang lebah tiada terlawan,
Datang menyengat ada yang tumbang;
Tiga pasukan tiada perlawanan,
Satu pasukan dipaksa berperang.

Ambil madu disarang lama,
Minum madu badan segar;
Khalid al-Walid dialah panglima,
Pertemuran kecil dapat dibubar.

Sarang lebah di atas puncak,
Tersengat lebah kulit bengkak;
Keamanan sejati dapat dipacak,
Agama berhala dapat dikoyak.

Sarang lebah dekat dedalu,
Ambil madu jangan disimpan,
Nabi memaaf kesalahan lalu,
Berhala musnah jadi kenangan

Mengambil madu tentunya payah,
Kerjalah ia yakin dan tabah;
Segala berhala sudah dimusnah.
Rumah Allah kembali megah

Madu istimewa anugerah alam,
Minumlah ia berserta azam;
Suku Quraisy memeluk Islam,
Semua bersatu di bawah Islam.

Madu bagus warnanya merah,
Disimpan lama tiada musnah;
Lima belas hari Rasul di Mekah,
Selepas itu kembali ke Madinah.


BAB 51

PEPERANGAN HUNAIN


Habsah nama negeri lama,
Rakyat hidup serba daif;
Suku Hawazin diberi nama,
Bergabung ia bersama Thaqif.

Cerminlah diri wahai mukmin?
Serata tempat muslimin kedaifan;
Bersiap siaga menyerang Muslimin,
Bersedia Muslimin menyahut kewajipan.

Kaum Muslimin hidup mengungsi,
Ke mana arah masa hadapan;
Senjata tentera pengalaman dikongsi,
Kemenangan besar itulah harapan.

Kaum Muslimin mesti bercermin,
Daifnya ummah zaman berzaman;
Sepuluh ribu tentera bersama Muslimin,
Empat ribu musuh itulah bilangan.

Kuatkan azam jangan pasrah,
Muslim kuat akan dipuji;
Setiap suku mengatur langkah,
Khalid Al-Walid pembawa panji.

Sayanglah masa sepanjang waktu,
Produktiviti ditingkat tinggi pendapatan;
Sampai di Hunain bermalam di situ,
Berbangga mereka dengan kekuatan.

Pemuda Muslimin tiang harapan,
Menjadi ummah hebat terbilang;
Khalid berada barisan hadapan,
Rasul berada barisan belakang.

Ideologi baru banyak bercelaru,
Jangan mudah bertukar rentak;
Beribu musuh datang meluru,
Datang mereka secara serentak.

Gagah perkasa bersikap lembut,
Itulah sifat seorang pejuang;
Tentera Islam semakin takut,
Lari mereka dari medan perang.

Kuat berusaha kurangkan angan,
Rancang strategi tindakan betul;
Pasukan tentera lari kebingungan,
Datang musuh menyerang Rasul.

Tiada matlamat hidup bacul,
Hutang bertimun perlu dilangsai;
Tentera beriman mengelilingi Rasul,
Bersedia mereka menjadi perisai.

Banyak berzakat hidup berkat,
Itulah sifat tebalnya iman;
Al-Abbas penghidup semangat,
Enam ratus tentera berjuang bermatian.

Perangi kezaliman usah beralah,
Harta tenaga perlu dikerah;
Keajaiban Tuhan makin terserlah,
Kehendak Allah musuh mengalah.

Muslim terhimpit sudahlah lama,
Sepanjang masa dalam bahaya;
Tentera Islam kembali bersama,
Islam menang di puncak jaya.

Ajak berjuang bersama teman,
Umat bersatu hilanglahlah lemah;
Perang Hunain membawa pengajaran,
Kemenangan itu milik Allah.

Bersatu hati bersatu fikiran,
Ummah menang capai kejayaan;
Bilangan ramai bukan ukuran,
Sifat tawakal ukuran iman.

Islam gemilang terbinalah iman,
Di situ tempat paling layak,
Bersama Islam ramai tawanan;
Rampasan perang amatlah banyak.

Banyak membaca pelbagai buku,
Jadilah kita umat yang arif;
Hawazin Thaqif menghasut suku,
Mencari perlindungan di kota Tha’if.

Bersatu hati elak sengketa,
Jadilah kita umat yang hebat;
Tentera Muslimin menuju kota,
Pertahanan musuh amatlah kuat.

Membazir masa amalan rugi,
Amalan rugi sepanjang zaman;
Berundur Muslimin mencari strategi,
Pokok kurma dibakar itulah tindakan..

Sambil berdoa ucaplah amin,
Segala ajal dapat diubah;
Seluruh kota dikepung Muslimin,
Akhirnya musuh terpaksa mengalah.

Anak kecil jangan didera,
Hidup kita mendapat berkat;
Berundur Nabi bersama tentera,
Menuju Mekah itulah tempat.

Azan dikumandang oleh mu’azin,
Bersama solat jangan lali,
Berjumpa Nabi datanglah Hawazin,
Wang dan anak minta dikembali.

Fikiran tajam mesti dicanai,
Itulah pembentuk masa depan;
Apa diminta telah ditunai,
Menghilang kebencian itulah harapan.


BAB 52

SERBUAN TENTERA ROM

Musim kemarau semakin dekat,
Tiada air amatlah teruk;
Kepanasan cuaca amatlah hebat,
Dapatlah berita teramat buruk.

Cari belalang membuat umpan,
Belalang dicari di tengah bendang;
Tentera Rom menyiapkan pasukan,
Kaum Muslimin akan ditentang.

Rihat sekejap di tepi bangsal,
Bangsal lama masih teguh;
Kezaliman Rom sudah dikenal,
Berbeza agama akan dibunuh.

Umpan belalang marilah letak,
Tepi bangsal berihat sapi;
Tentera Rom amatlah banyak,
Strategi tentera disusun rapi.

Pergi mengail dapat gelama,
Dapat juga si udang galah;
Golongan kaya diminta derma,
Belanja wang di jalan Allah.

Hari gelap hidupkan api,
Umpan api carilah lalang,
Kelengkapan perang disedia rapi,
Kaum Muslimin diajak berperang.

Hidup api terbitlah terang,
Gembira hati semua ketawa,
Rasul sendiri di medan perang;
Tabahlah umat mempertaruh nyawa.

Selesai mengail pulang ke kota,
Selesai riadah badan segar,
Golongan Munafik menabur cerita,
Cuaca panas usahlah keluar.

Sampai ke kota mencari teman.
Teman baik orangnya alim;
Dalam rumah ada perjumpaan,
Milik Yahudi bernama Suwaylim

Teman baik pandai bergaul,
Ajaklah kawan mencari makan;
Talhah ‘Ubaidullah dihantar Rasul,
Bakar rumah tamatkan pertemuan.

Orangnya baik rupanya anggun,
Harta dunia tiada tergoda,
Tiga ratus ribu tentera disusun;
Siap dengan pasukan berkuda.

Harta dunia tiada disimpan,
Harta disumbang itulah tanda;
Cuaca panas bukan halangan,
Berdepan musuh berlipat ganda.

Hidup di dunia tahan godaan,
Berbuat jahat jadi sempadan;
Perjalanan panjang air berkurangan,
Takdir Allah datanglah hujan.

Sungguhpun remaja tiada mabuk,
Itulah sifat orang yang akur,
Sampai Muslimin bernama Tabuk,
Tentera Rom sudah berundur.

Perintah Rasul tiada dilanggar,
Banyak pengetahuan jadilah imam;
Tentera Rom tiada dikejar,
Dapat peluang sebar Islam.

Berbuat baik tiadalah risau,
Dunia akhirat pasti aman;
Putera raja sempat diimbau,
Darat dan laut diberi perlindungan.

Orang beriman sejahtera alam,
Masyarakat sejahtera tiada gusar;
Cukai perlindungan bukan Islam,
Orang Islam zakat dibayar.

Agama Islam tempat berlindug,
Peluklah Islam usah segan;
Sempadan Arab akan dilindung,
Selamatlah Islam negara aman.


BAB 53

PENDUDUK THAI’F BERSAMA ISLAM


Selesai kemarau hujan lebat,
Selesai hujan hari terang;
Kota Tha’if kubu terkuat,
‘Urwah Mas’ud pemimpin dijulang.

Ikan di sawah mencari umpan,
Galaknya ikan tiada lemah;
Pemimpin mulia mengatur urusan,
Perjanjian Hudabiyah dialah penengah.

Hujan lebat amatlah lama,
Banyak air hati gundah;
Kebenaran Islam sudah diterima,
Depan Nabi lafaz syahadah.

Air melimpah tenggelam tunggul,
Awan hitam hari kusam;
Minta izin dengan Rasul,
Mengajak suku bersama Islam.

Bertenggek ayam atas tunggul,
Sudahlah penuh air di baruh;
Sudah didesak izinlah Rasul,
Beranglah suku terus dibunuh.

Riuh ayam cari umpan,
Tebar umpan datang segera;
Datang suku buat rundingan,
Datang mereka secara berpura.

Ambil umpan dalam dulang,
Pegang dulang sangat berat;
Rela berislam berhala dijulang,
Rela berislam tiada bersolat.

Air sungai melimpah gertak,
Angin datang dari Barat;
Permintaan suku terus ditolak,
Tiada kebaikan tanpa solat.

Selamat barang badan longlai,
Air naik semakin dekat;
Rundingan diterus mencari selesai,
Setuju mereka solat dibuat.

Air naik jangan leka,
Barang penting minta disimpan;
Roboh berhala di tangan mereka,
Setuju Rasul tanpa bantahan.

Semua kerja biarlah betul,
Kerja betul tiadalah sia-sia;
Abu Sufyan diutus Rasul,
Bersama al-Mughirah memecah berhala.

Air melimpah pecahlah gudang,
Pedagang lihat terkebil-kebil;
Dalam kuil diambil wang,
Seizin Rasul wang diambil

Air surut hati gusar,
Banjir datang tiada musim;
Hutang ‘Urwah sudah dibayar,
Seluruh Hijaz bersama Muslim.


BAB 54

HAJI TERAKHIR NABI

Terbit mentari ukuran segalah,
Adik bangun membuka saji;
Turun wahyu dari Allah,
Semasa Abu Bakar menunai haji.

Solat subuh tiada sempat,
Doa taubat kepada Allah;
Orang Kafir tiada tempat,
Tertutup sudah Rumah Allah.

Waktu pagi bunga segar,
Siram bunga jangan bertangguh;
Orang kafir diminta bubar,
Empat bulan diberi tempoh.

Bunga mekar tepi kolam,
Tepi kolam ada lelabi;
Tanah haram milik Islam,
Ali Abu Bakar utusan Nabi.

Pagi cerah tiada suram,
Bawah saji ada ketupat;
Tanah Arab sudah Islam;
Pendakwah Muslim segenap tempat.

Kenyang perut senanglah hati,
Kurang sedap jangan dikeji;
Tahun berlalu musim berganti,
Berhajat Rasul menunai haji.

Waktu sarapan bersama ibu,
Hidangan diberi burung merpati;
Bersama Nabi seratus ribu,
Datang beribadah merendah hati.

Sedapnya lauk ikan gelama,
Rasanya hebat kuah dihirup;
Isteri Baginda diajak bersama,
Kewajipan Muslim seumur hidup.




Selesai makan basuhlah tangan,
Ucaplah syukur tanda beriman;
Setiap perbuatan segala ucapan,
Tanda Nabi bertemu Tuhan.

Umat hebat umat pemurah,
Dapat nikmat tiadalah karam;
Sampai Jemaah Zul Hulaifah,
Bersiap mereka ke Tanah Haram.

Hidup bertakwa teguhlah iman,
Bahagia akhirat itulah azam;
Ucap Talbiah menyahut seruan,
Laungan brgema segenap alam.

Terbang pipit hinggap di dahan,
Terbang ia tiada lemah;
Serah diri kepada Tuhan,
Kerja ikut suruhan sunnah.

Padi disabit terus dikumpul,
Padi masak berwarna perak;
Padang Arafah tempat berkumpul,
Rukun Haji di situ kemuncak.

Indahnya alam tiada tanding,
Padi masak buahnya lebat;
Berkhutbah Nabi suara nyaring,
Sudah dilafaz segala amanat

Lepas menuai segarnya udara,
Waktu petang asyik berbual;
Muslim itu hidup bersaudara,
Amalan di dunia akhirat disoal.

Dari jauh abang melambai,
Bermain lelayang bersama teman;
Segala amanah perlu disampai,
Segala riba bukan amalan.

Rihat bersama sambil bercerita,
Seronoknya hati amat meriah;
Berbuat baik kepada wanita,
Takutlah diri kepada Allah.


Musim kemarau mencari ikan,
Air dilopak jadi panduan;
Segala sunnah jadi panduan,
Kitab Allah jadi amalan.

Waktu malam indah suasana,
Pesta menuai tibalah musim;
Ajaran Islam sudah sempurna,
Apa disampai disambut Muslim.

Pergi pesta bersama rakit,
aktu malam meredah sungai;
Selepas Ansar naik ke bukit,
Wahyu terbaru ikut disampai.

Sebelum pergi melihat tajul,
Pergi ke sungai bersama Karim;
Sempuna sudah agama Rasul,
Islam itu agama Muslim.

Dapat lelabi janganlah zalim,
Ajaran Islam sangat menegah;
Redhalah Islam agama Muslim,
Nikmat Allah cukuplah sudah.

Rajin berakit mendapat upah,
Orang malas pasti rugi;
Menanggis Abu Bakar mendengar titah,
Tahulah dia Rasul akan pergi.

Mulut manis jangan tersasul,
Bimbang kita datang musibah
Rukun Haji diteruskan Rasul,
Bermalam Baginda di tanah Muzdalifah.

Tiba pesta membuka cerita,
Cerita disampai amatlah mahir;
Korban haji berpuluh unta,
Itulah tanda korban terakhir

Buat kerja biarlah tekun,
Ucap tahniah angkatlah jempul;
Kepala dicukur berakhirlah rukun,
Itulah haji terakhir Rasul.


Tapak pesta tepi pekan,
Pintu gerbang depan pintu;
Sesibuk Rasul menyebar ajaran,
Timbul juga nabi palsu.

Ramai orang datang membeli,
Pesta utama manfaat bersama;
Nabi palsu tiada dipeduli,
Menentang Rom tugas utama.

Bunyi irama teramat indah,
Semua orang tiada terkata;
Tentera besar disedia sudah,
Sempadan utara tempat sengketa.

Tapak pesta banyaklah unggas,
Tepi pesta banyak arked;
Kepada Usamah diserah tugas,
Usamah itu anak Zaid.

Unggas banyak membuat sarang,
Datang helang terus menyerang;
Waktu subuh Usamah menyerang,
Islam menang terus pulang.


BAB 55


PERISTIWA KEWAFATAN RASULULAH

Menggali kubur di tanah kering,
Tanah bukit warna perang;
Resahlah umat Muhammad gering,
Usamah tangguh ke medan perang.

Tanah berpasir mudahlah hancur,
Umur kubur sudahlah lama;
Berangkat Rasul menziarahi kubur,
Abu Muwaihibah dibawa bersama,

Kubur lama bernisan merah,
Orang mati dikubur pasti;
Kaum kerabat tempat diziarah,
Ke rumah isteri juga dilawati,

Indahnya kubur sangat berseri,
Dihias orang sangatlah indah;
Mintalah izin semua isteri,
Dirinya dirawat di rumah Aisyah.

Tepi kubur ada madrasah,
Madrasah cantik sangatlah megah,
Sempatlah Rasul solat berjemaah,
Gering Rasul kian bertambah.

Bina madrasah sangatlah cermat,
Sudahlah siap dapat dipakai;
Keluar Nabi kepada umat,
Khutbah terakhir dapat disampai.

Kubur lama penuh diisi,
Nisan hilang banyaklah lupa;
Tentera Usamah teruskan misi,
Usamah berjaya seperti bapa.

Kubur mayat cuaca cerah,
Itulah masa sangat mustaid;
Kepada Abu Bakar diberi amanah,
Memimpin solat dalam masjid.

Harta dunia banyak tergoda,
Siapa tergoda dialah lara;
Pergi Fatimah ziarah ayahanda,
Sempatlah Rasul dapat bicara.

Tanah kubur berpohon getah,
Nisan hilang ramai bertanya;
Katalah Nabi kepada Fatimah,
Ayahanda pergi untuk selamanya,

Ceroboh kubur jangan dibenar,
Berani melawan berani menyergah;
Adalah Rasul tujuh dinar,
Harta yang ada minta disedekah.

Membawa mayat dari rumah,
Kubur mayat dalam tanah;
Dalam sakit Nabi berjemaah,
Selepas solat Nabi khutbah.

Atas kubur cuaca sejuk,
Membawa mayat dengan kereta;
Jadilah Al-Qur’an sebagai petunjuk,
Itulah jalan selesai sengketa.

Timbuslah tanah berisi padat,
Keluarga mati berilah simpati;
Beberapa ketika nampaklah sihat,
Tinggallah umat tiada pengganti

Kubur lama di hujung tanjung,
Jalannya kecil banyak berliku;
Umat Muhammad terus bingung,
Tiada percaya apa berlaku.

Terang kubur terang cahaya,
Kubur bersih kuranglah bahaya;
Umar Al-Khatab tiada percaya,
Pergi Nabi bercakap dengan Tuhannya.

Kubur bersih kuranglah pacat,
Memikul mayat tiada bermaya;
Pasti Nabi kembali kepada umat,
Kata-kata Umar ada percaya.


Kubur mayat berhati tegar,
Badan mayat jangan dicela;
Datanglah Abu Bakar memberi sinar,
Wafat Muhammad benar segala.

Orang berjasa jadi sebutan,
Waktu hidup banyak berjasa;
Bersatu umat terima kenyataan,
Tinggal umat sedih semua.



GLOSARI


Aulia orang-orang yg suci; wali-wali.
Bocah In kanak-kanak
Bermukah Berzina
Cempera berpecah belah ke sana ke mari; bertempiaran; bercerai-berai:
Tukil sejenis alat yang dibuat dari buluh untuk diisi barangan
dalam bentuk cecair misalnya budu dan nira kelapa.
Parak Kebun
Parewa Mn Penjahat/Gedebe
Pamit Mengucapkan selamat tinggal.
Menyadak Mengambil nira dari kelapa
Musibah Masalah
Metrai Perjanjian
Mahbub Ar dikasihi (lelaki).
Minhaj Ar cara, jalan
Menjalu Mengamuk
Onar khianat








BIBLIOGRAFI


Ali, Ameer, Syed, 1978, Api Islam : Sejarah Evolusi dan Cita-cita Islam dengan Riwayat Hidup Nabi Muhammad S.A.W. (terj: H.B. Jassin), Jakarta: Bulan Bintang.

'Abd al-Hamid Judah, 1992, Bani Ismail, (terj : Safiah Abd. Razak, Sutina Sulaiman), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Al Hamid Al Husaini,1997, Riwayat Kehidupan Nabi Besar Muhammad S.A.W. , Jakarta: Yayasan al-Hamidi.

Djalamun,1976, Riwayat Nabi Muhammmad s.a.w., Bandung: PT Alma'arif

Lubis, Mohammad Arshad Talib,1978, Ikhtisar Riwayat Nabi Muhammad s.a.w. Medan: Firma Islamyah.

Mashrur Hj. Ghazali, 1997, Iktibar dari Risalah Nabi s.a.w., Batu Caves: Pustaka Ilmi

Muthahhari, Murtadha 1995, Akhlak Suci Nabi yang Ummi (terj Zulfahmi), Bandung: Mizan, .

Muhammad Abd. Wahhab (pny), 1998, Riwayat Hidup Nabi Muhammad S.A.W
Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

Nasution, M. Yunan, 1979, Risalah Nabi Muhammad, Kuala Lumpur: Yayasan Buku.

Tahia Al-Ismail, 2002, Kehidupan Nabi Muhammad SAW (terj: Siti Sujinah Sarnap), Kuala Lumpur: Jaherbersa.



Semoga bermanfaat untuk anda. Tolong sebarkan sama ada dalam bentuk media elektronik dan media cetak hanya tujuan dakwah. Walaubagaimanapun, andai kata pengakuan karya ini hasil karya tuan, tanggunglah sendiri di akhirat kelak.

Andai kata tuan berminat untuk diterbitkan sebagai buku, sila hubungi;
tokakil@yahoo.com
nurulatikah99@yahoo.com

Sarji Kasim
Bandar Bera
27 Syawal 1431
06 Oktober 2010

1 comment:

Cikgu Hayati said...

Gigih Tuan berpantun. Terima kasih sgt menarik