Friday, March 21, 2008

JAWABLAH PANTUNKU

BUDAYA MEMBACA

Ayam jantan cantiknya taji,
Berjalan ia mematuk kerupuk;
Budaya membaca amalan terpuji,
Bagaimana ia dapat dipupuk?


BUDAYA MEMBACA

Pergi ke pasar hari Selasa,
Mari membeli kuih putu;
Pustaka kita sepi sentiasa,
Mengapa ia jadi begitu?


BUDAYA MEMBACA

Duduklah adik mendengar cerita,
Dengar cerita makanlah kerupuk;
Budaya membaca amalan kita,
Bagaimana ia dapat dipupuk?


SEMANGAT PERPADUAN

Mari belayar ke arah Timur,
Kapal dilayar si orang buta;
Binalah perpaduan rakyat makmur,
Bagaimana ia dapat di kota?

SEMANGAT PERPADUAN

Cerana di beli di negeri Juddah
Bersimpuhlah nenek di depan cerana;
Pelbagai kaum hidup muhibah
Bagaimana ia dapat dijana?



SEMANGAT PERPADUAN

Duduk di pantai angin berpupuk,
Terbang sepasang si rama-rama;
Rakyat sejahtera dapat dipupuk
Bolehkah rakyat hidup bersama.


MODAL INSAN

Mari bermalam di Kampong Baru,
Sambil berjalan bawalah pelita;
Modal insan harapan baru
Martabatkah insan di mata kita?

MODAL INSAN

Ternak lembu untuk membajak,
Rihat sebentar mencari belalang;
Modal insan wawasan bijak,
Bagaimana mungkin dapat dicanang?

MODAL INSAN

Pestanya bagus sangat meriah,
Bersama adik mencari boneka;
Modal insan penjana sahsiah,
Martabahkah insan penjana etika?

PERKASA BAHASA

Belilah adik buku cerita,
Beli buku di kedai baru;
Bahasa Melayu bahasa kita,
Terbelakah ia di alaf baru?






PERKASA BAHASA

Mari belayar ke pulau Jawa,
Bawa juga si ikan darat;
Tiada bahasa robohlah jiwa
Robohnya jiwa siapa melarat?


PERKASA BAHASA

Ambillah lauk si ikan cencaru
Nasi lemak buah bidara;
Bahasa kita kian bercelaru
Siapakah dia punya angkara?



KERJA LIMA HARI

Mencari ikan ke Pulau Sunda,
Bawalah umpan si buah kuini;
Lima hari kerja lelah tiada
Terjaminkah produktiviti dijana kini?

SUKAN UNTUK NEGARA

Masak ranum, buah bidara,
Petiklah ia marilah pulang,
Majulah sukan untuk negara;
Bolehkah ia nama dijulang?


DIMANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG

Tanam sireh buatlah junjung,
Tanamlah juga si buah peria;
Bumi dipijak langit dijunjung
Dimana watan mencurah setia?

PEMIMPIN MITHALI

Mari bermain di tengah rumah,
Mari bermain bersama bunda;
Pemimpin mithali pemimpin ummah,
Dapatkah di cari pengerak minda?


BELIA JAYA

Bunga seroja di dalam cawan
Petiknya ia di tepi paya:
Belia jaya harapan watan
Bersediakah kita ke mercu jaya?.


SEKOLAH SATU SESI

Marilah kawan kita bercerita,
Berceritalah biar tidak jemu;
Satu sesi sekolah kita,
Dapatkah ia menjana ilmu?

MAKANAN SEIMBANG

Duduklah adik mari bercerita,
Usahlah hati terlalu gundah;
Makanan seimbang makan kita
Apakah ia martabat sudah?


INDUSTERI TANI

Bunga indah sedang bersemi,
Sedang bersemi bersama si buah peria;
Industeri tani penjana ekonomi
Bagaimana mungkin di jana ia?




PERUBATAN TRADISIONAL

Mari si adik menonton wayang,
Menontonlah wayang bersama si dia;
Ubatan tradisional warisan moyang,
Bagaimana mungkin diteroka ia?


MAKANAN TRADISIONAL

Mencari palas di hujung kota
Mari bersama membuat ketupat;
Ketupat manis warisan kita,
Bagaimana mungkin dapat dimartabat?

WARGA EMAS

Burung terbang di tepi huma,
Singgah sebentar di hujung kota;
Warga emas milik bersama,
Terbelakah ia slogan semata?


PAKAIAN TRADISIONAL

Mari melukis di tengah kota,
Lukisan dilukisan di tepi taman;
Songket Kelantan warisan kita,
Lestarikah ia di hujung zaman?

BATIK MALAYSIA

Mari mengukir di atas kayu,
Samalah mengukir sambil berseloka;
Batik Malaysia warisan Melayu
Pasaran dunia dapatkah diteroka?




MALAYSIA CERGAS

Pergi ke pasar berpakaian indah,
Pakailah baju pakailah celana;
Senam seni dicanang sudah,
Bagaimana mungkin dapat dijana?

KESELAMATAN JALAN RAYA

Mari bersama mencari akar,
Mencari akar di tepi paya,
Jalan berlubang tiada berpagar
Selamatkah kita di jalan raya?

PERMAINAN TRADISIONAL

Sekawan kerbau di hujung kota,
Mencari tempat buat berkubang,
Wau gasing warisan kita
Terjaminkah lestari alaf mendatang?

IBU MITHALI

Temasya indah orangnya ramai,
Bawalah adik tumpang gembira;
Keluarga bahagia negara damai,
Bagaimana dapat di jana ia?

RUKUNEGARA

Ayunlah buai usahlah gayat,
Buai dibeli di Tanjung Tuan;
Rukunegara cetusan rakyat,
Hidup bersama tercapaikah perpaduan?






FAEDAH KOKURIKULUM

Anak teruna belajar menari,
Belajar menari bersulam indah;
Pelajar lestari negara bestari,
Sudahkah ia dicanang indah?


MASYARAKAT HADHARI

Burung terkukur merdunya suara,
Merdu lagi bunyi ombak,
Masyarakat hadhari agenda negara,
Mengapa sepi tidak bertindak ? .

MALAYSIAKU GEMILANG

Ambilkan emas jadikan gelang,
Mari dijual di Pasir Putih;
Dicanang sudah Malaysia gemilang
Sudahkah terubat pribumi merintih?


PENDIDIKAN PERCUMA

Mari mengail di Banggol Judah,
Bawalah juga si anak kera;
Pendidikan percuma dicanang sudah,
Mengapa bising seantero negara?



ALAM SEKITAR

Mari ke kedai membeli cendol,
Membeli cendol bersama kentang;
Pokok ditebang tanah digondol,
Bisakah ditatap generasi mendatang?


MODAL INSAN

Mari adik ke Kota Baru,
Kota indah cantik sirna;
Modal insan harapan baru,
Martabatkah insan di mata dunia?


CONTOH JAWAPAN PANTUN

SEKOLAH BESTARI

Kembang harum bunga cempaka,
Pohon cemara di rumpun rotan;
Sekolah Bestari menjana minda
Lahirlah pelajar gilang gemilang.

Burung kenari terbang ke dahan,
Burung nasar riang berdendang,
Sekolah bestari ada wawasan
Membentuk intelek yang cemerlang.


IT

Kapal berlabuh di lautan sisi,
Dipupuk angin sanga bayu;
Teknologi pembawa maklumat terkini,
Maklumat global di alaf baru.

Padi di bendang padi di huma,
Enak di masak bersama bawal;
Internet perosak generasi muda,
Kerana penggunaan tidak terkawal.

Hari panas terik mentari,
Hujan turun tidak diramal;
Teknologi maklumat era terkini,
Revolusi global mula diperkenal

PERPADUAN

Hasrat di hati hendak ke tanjung,
Boleh berjumpa ramai sahabat;
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat.

Karya ini dicipta bersama anakanda tercinta Nurul Atikah pada 22. 03. 2008 di Bera, Pahang.

7 comments:

Alia. said...

terima kasih banyak-banyak.Pantun ini memang banyak membantu saya.

Unknown said...

terima kasih sgt2 saya bersyukur sebb boleh membaca pelbagai pantun ....yg sgt seronok...

Anonymous said...

Someone essentially help to make seriously articles I'd state. That is the very first time I frequented your web page and so far? I surprised with the research you made to make this actual submit amazing. Great activity!

Also visit my website; acoustic guitar chord

Anonymous said...

Terima kasih banyak2 !! sangat membantu saya :D

Anonymous said...

banyak membantu kot

Puteri Sarawak said...

Bnyk membntu.^^kamsahammida

Norlaily Sharif said...

Izinkan saya ambil dan guna untuk tujuan pembelajaran dan terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini......